Search This Blog

Thursday, December 01, 2011

hukum pokok krismas



HAKIKAT POHON KRISMAS ITU :
Pohon/pokok Krismas ( Christmas Tree ) itu ialah pokok yang kita namakan sebagai “ Pokok Pain “ ( Pine ) . Manakala orang-orang Arab menggelarnya pokok pain itu sebagai  “ Syajarah As- Sonawbar “نَوْبَر 
Asal-usul pokok pain ini dijadikan sebagai “ pokok Krismas “ yang disucikan oleh orang-orang Kristian adalah merupakan adat kuno masyarakat Jerman. Kisahnya , di zaman dahulu tatkala Jerman diliputi oleh salji yang tebal, masyarakatnya mendapati banyak pokok dan pohon yang mati kecuali pokok pain itu. Masyarakat Jerman Kuno menganggap bahawa matinya kebanyakan pohon / pokok itu adalah disebabkan oleh “ gangguan “ roh-roh jahat “ daripada hantu-syaitan. Lalu , mereka pun membawa balik ataupun menanam pokok / pohon itu di dalam rumah-rumah agar pokok / pohon itu berupaya mengusir “ gangguan-gangguan “ jahat daripada rumah mereka.

Pokok yang meruncing di atasnya itu kemudiannya – di zaman moden – dihiasi pula dengan lampu kelip-kelap , kad-kad ucapan dan sebagainya, demi memeriahkan lagi perayaan Krismas mereka. Di samping itu, di zaman kini juga sudah ada pohon Krismas tiruan .
Selain itu , pokok / pohon tersebut juga ditanam di kawasan luar rumah / sekolah sebagai hiasan dan tidak kurang juga sebagai tanaman pelindung ( pokok pain yang besar ) . Ini dapat kita lihat sendiri , khasnya di kawasan-kawasan sekolah.
HUKUM BERKAITAN POKOK / POHON KRISMAS ITU 
“ Pokok Krismas “ itu asalnya ialah Pokok Pain. Bezanya dengan Pokok Pain ialah pokok pain tidak mempunyai sebarang lampu kelip-kelap dan kad-kad ucapan serta tidak pula disucikan untuk beribadah. Manakala pokok Krismas pula ialah pokok pain yang dihiasi dengan lampu kelip-kelap , kad-kad ucapan dan dipercayai pula mempunyai kuasa dan semangat yang dikaitkan dengan kepercayaan ( Aqidah ) masyarakat Kristian .
Oleh itu , jika seseorang itu menanam ataupun menghiasi rumahnya dengan pokok itu ( Pokok Pain ) , sama ada dengan tujuan sebagai pohon hiasan ataupun pohon pelindung ( daripada cuaca yang panas ataupun angin yang kuat ) , maka TIDAKLAH MENGAPA ( tidaklah berdosa ) .
Jika ianya dijadikan sebagai satu ritual ibadah ( Pokok Krismas ) , ataupun dipercayai ianya mempunyai kuasa untuk menghalau hantu dan mambang , maka kepercayaan ini ->TIDAKLAH BERASAL DARI ISLAM , MALAHAN IANYA ADALAH SATU KHURAFAT KAUM KRISTIAN YANG BERASAL DARIPADA JERMAN KUNO !.
Jika ianya sengaja dihiasi oleh umat Islam itu sendiri di dalam rumah-rumah mereka dengan lampu kelip-kelap ataupun dengan kad-kad ucapan, tanpa adanya sebarang niat untuk meniru-niru tatacara ibadah kaum Kristian -> MAKA PERBUATAN ITU TIDAKLAH SEPATUTNYA DILAKUKAN . Bukankah masih banyak cara untuk menghiasi rumah selain daripada meniru-niru cara masyarakat Kristian itu !? . 
Seseorang isteri yang kerap-kali menghiasi rumahnya , khasnya ruang dalaman rumah ( interior ) , tentu akan mendapati bahawa bukannya senang untuk menghiasi rumah dan mengemasnya agar sesuai dengan cita-rasa ahli-ahli rumah itu , khasnya suaminya. Lantaran itu, bukanlah sedikit masa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk mencari ide dan melaksanakannya. ( Dan masa untuk itu tentu akan semakin tidak ada bagi wanita-wanita moden yang sibuk berkerja walhal si suami sendiri mampu menanggung kos hidup dengan mewah ! ) . Walaupun begitu, bukankah lebih baik agar tidak kita terikut-ikut dengan gaya masyarakat Kristian di dalam hal mengemas rumah sehingga perlu kita bertaqlid 100% dengan cara mereka dan sampaikan pokok Krismas pun mahu kita jadikan hiasan rumah !? .
Menghiasi rumah memanglah satu tuntutan agar jiwa para penghuninya aman dan tenteram . Dan ianya pula merupakan salah-satu kewajipan si isteri sebagai salah-cara mengekalkan kerukunan rumah-tangga dan menambat hati si suami. Namun , itu bukanlah alasan untuk dibolehkan sebarang hiasan yang ada kaitannya dengan agama-agama selain Islam sbg mana halnya Pokok Krismas itu.
Kalau hendak ditanam juga, tanam sahajalah pokok Pain itu di luar rumah ataupun di dalam rumah. Tapi , jangan pula ianya dihiasi dengan hiasan-hiasan yang biasa digunakan oleh masyarakat Kristian. Kita bimbang, tujuan asal untuk hiasan itu boleh bertukar pula dengan perasaan bermegah-megah dengan tatacara kehidupan Kaum Kristian .
 Umat Islam perlu mengekalkan identiti, jati-diri dan keperibadian mereka. Jangan sampai “ terjajah ‘ lagi !!! . 



*suka tgk dorang decorate umah2 dorang ngan lampu lip lap n pokok krismas...cam suasana hari raya lakk..yela...aritu, tak dpt tgk pelita kt luar umah masa Raya arituu..kali ni, bole tgk lampu lip lap yg cntik nk sambut krismas....*

*suka jugak tgk bnda2 kecik yg gantung2 kt pokok krismas tu...sgt2 comel...dan, ada satu tmpt tu, dorang jual hiasan cam satu town kecik ngan pokok pine, ngan saljinye, ngan org2nye....cam comel je....nk wat hiasan kt umah laa..(takde niat lain, tp sebagai hiasan je).. :)



1 comment:

Ca Ezah said...

kdg2 kita xsedar ape yg kita buat menyerupai amalan agama lain kn?

Related Posts with Thumbnails