Search This Blog

Showing posts with label life me. Show all posts
Showing posts with label life me. Show all posts

Wednesday, April 11, 2018

FIT PENANG 2018

Salam korang..Alhamdulillah, mak anak dua ni telah berjaya menyertai acara larian marathon 5KM. kite start ngan 5KM dulu sebab tak wat training apa2 pun... just suka2 masuk marathon ni. InsyaAllah, lps ni nk aktif marathon plak. mana tahu bole hilangkan lemak2 tepu kt badan ni...Lagi satu, bole sihatkan badan kann.


sebelum larian bermula....muka segar bugar je.

Beribu2 peserta yang join marathon ni....nk lari pun tak bole, kena jalan je.



Yeay!! ALhamdulillah, my first medal of this year 2018.

Wednesday, April 04, 2018

Wordless Wednesday ww14


6 tahun lepas semasa musim sakura di Portland US


mood ke laut sangat ni...sebabnye banyak keja yang tak leh nak complete.. aku da give up tak tahu nk korek2 kat mana lagi. Ya Allah, permudahkan lah hambamu ini. :)

Friday, March 30, 2018

Happy Anniversary to my dear husband

salam korang. harini genapla 5 tahun aku dinikahkan dengan suamiku. Alhamdulillah berjaya menempuh level 1 dalam perkahwinan ni. ramai yang kata tempoh 5 tahun ni adalah tempoh kenal mengenal hati budi masing2. banyak ups and downs, ...dan kesudahannye mestilah berbaik semula kan. Alhamdulillah...semoga perhubungan ini di redhai Allah dan berpanjangan sampai ke syurga.

nak share sket video ku masa perkahwinan kami 5 tahun lepas... :) masa tu malu2 kucing lagi...dan, kurus kering...skang ni....hahahah...masa berubah, berat badan pun berubah...hahahah


Monday, March 26, 2018

Journal For Mom Day 3: Mom life

Mom Life | Salam korang. ok da banyak hari skip challenge ni. So, arini kite sambung lagi pasal cabaran untuk journal for mom ni.


from google
kehidupan seorang mak2 ni memang banyak cabarannye. tambah2 lagi, kalo bekerja 9-5 office hour. Pagi2 memang da kena bangun awal. kalo ade anak yang kecil lagi, tgh2 mlm, memang automatik akan bangun malam, wat susu untuk anak. kalo tak wat, ade yang nak tolong wat kan ke...hehe

pergi kerja, cam biasa kena siapkan kerja kt ofis. tak sempat, nak siapkan kerja, da kena balik rumah. balik rumah ni, memang tak leh nk dok diam. ade je kerja nak kena wat. laundry memang kena wat tiap2 hari. kalo skip, memang akan menimbun bajunye. tapi, selalu skip jugak. so, terima la balsannye bile byk baju yang di basuh, banyak baju jugak yang kena lipat. part lipat baju yang lemah sangat tuuu.

Memang kena selalu masak untuk suami dan anak2. kadang2 da penat masak, dorang tak makan, so nk wat camne lagi, mak la yang kena habiskan. SO, end up mak yang gemuk bertambah2 lemak.

dan lagi satu, anak2 suka sepahkan permainan dorang. sape lagi kalo bukan mak2 dorang yang kutip. kadang geram jugak. sebab da train kakak yg sulung kutip dan simpan. tapi, cam biasa, dorang pandai main, simpannye tak jugak. At the end of the day, mak2 tukar jadi gergasi.

ok, cukup untuk arini. InsyaAllah, kalo mak tak busy bole update untuk hari ke-4 pulak.

Thursday, March 22, 2018

Majlis kecil-kecilan untuk Anakku

Salam korang. Ni cite weekend yang lepas. Aku dan suami decided nk wat majlis kecil-kecilan untuk birthday boy - Adik Emir. Actually, ade dua org birthday boy n birthday girl. sorang lagi, sepupu Emir, Delisha. so, kitorang combine sekali dan wat makan2 di rumah aku. tukang masak untuk majlis ni adalah husband ku. ALhamdulillah, beliau sudi memerah keringat untuk masak nasi tomato dan ayam masak merah untuk majlis tu. memang yummilicious dan tambah berkali2. selain menu nasi tomato, aku order laksa dan kakak iparku sponsor mee goreng.




Menu utama: Nasi Tomato, ayam masak merah dan jelatah timun. menu sampingan: laksa, mee goreng. dessert: buah tembikai, pisang, sosej dan fries.

Birthday boy yg malu2 kucing, so aku yang beriya pakai topi. yang baju kuning tu, kakak delisha.

Arissa yang bertema Princess Elsa FROZEN
birthday boy baru bangun tido. so, agak moody sket.

3 generasi: Atok, Mama, mak ngah dan anak mak ngah.

Mama dan keluarga kakakku. terima kasih sudi memeriahkan majlis.


Alhamdulillah semua berjalan lancar. majlis dihadiri oleh keluarga terdekat je. InsyaAllah, lain kali kite wat yang grand2 lagi...

Friday, March 16, 2018

Small celebration for Emir's birthday

Salam Jumaat korang. da Jummat pun rini kan. cepatnye masa berlalu. ni cite ari Rabu yg lps. kitoang wat small celebration je. takde tiup2 lilin n potong kek pun. just mkn2 kek one slice and dinner as a small family. kedai yang menjadi pilihan kitorang is Secret Recipe. Kat area rumh kitorang ni, tak banyak pilihan utk mkn2 kek ni. so, tula satu2nye restaurant yg jd pilihan. agak mahal actually. tapi, servis marvelous sgt. staff peramah. makanan yg pesan tu dpt cepat sgt. dan makanan pun sedap. Sangat puas hati.



jom tgk2 menu apa yg ade
Birthday Boy yg da msk 2 years old

Pilihan ku adalah spageti marinara seafood. sedap n pedas. suka sgt.
kakak plak yg over. nk dress up cam Belle.
Birthday boy biasa je. kakak birthday boy yg over mlm tu
Sit like a BOSS.


cam tula klo bawa anak2 mkn luar. sume tak duduk diam. mama nak makan pun tak senang. dorang wat kedai tu da cam rumah dorang je...hmmmm...sabar je la kann....tu la kids, dorang ni takleh nk duduk satu tempat, ade je bnda2 yang dorang nk wat. Tgk ank kt meja sebelah behave je. ank aku??? hahaha...nk tergelak jugakla...

Alhamdulillah, dapat jugak mkn sekali as a family. InsyaAllah, weekend ni br kite wat majlis mkn ramai2 plak ye. 

Happy Birthday to Emir. Semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.

Wednesday, March 14, 2018

Happy Birthday to my Son

Happy Birthday to Adik Emir | Salam to all. Alhamdulillah, harini genap umur Adik Emir 2 tahun. Bersyukur sangat sepanjang 2 tahun ni, Adik Emir tak banyak kareanah nye. senang sgt nak jaga. semoga adik Emir membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ye. (panjang jugak entry aku kali ni, harap korang bole baca sampai habis....eh....)


Ingat lagi peristiwa 2 tahun yang lepas. Since aku tak penah coretkan pasal kelahiran adik Emir kat sini, so arini aku akn sharekan camne pengalaman melahirkan adik Emir. Ingat lagi petang 13 Mac tu, aku sempat lagi pegi jalan2 ke Vision Park, bawa anak ku yang perempuan bermain layang-layang2. Masa tu, aku memang tak rasa apa lg. So, duduk dan lepak2 je kat padang tgk anak perempuan ku Arissa berlari2 mengejar layang-layang dengan abahnye.

Malam tu, aku tidur agak lambat. Biasala bile da dekat dengan waktunye, slow2 aku wat preparation untuk masuk hospital. sediakan baju baby, baju aku nak di bawa ke hospital. tapi, aku wat slow2 je sebab tak jangka baby akan kuar awl. waktu tu, baru miggu-ke39. so, aku rasa awl lagi nk prepare beg ke hospital.

Sebelum memejamkan mata malam tu, aku da rasa sakit2 perut. rasa cam nak membuang ari besar atau rasa cam period paid yang mild je. So, ape lagi, aku pun berlari masuk toilet. Masa dlm tu, terkejut gak aku bile yang keluar tu, darah. Agak heavy jugak sampai pad pun tak dpt nak menampung darah tu. aku panggil husband aku yang masih kat bawah. Pada mulanya, aku decide nak tunggu je dulu kat rumah sebab tak sakit lg. tapi, bile tgk darah yang mengalir dan meleleh2 tu, terus husband aku risau dan bawa ke Hospital. Masa perjalanan, memang da rasa sakit contraction. jerit2 jugak masa tu. 

Husband membawaku ke hospital yang berdekatan, Hospital Kepala Batas. Masa tu, dalam pukul 2pagi, macam biasa aku check in dulu dan disuruh tukar baju PINK hospital. Masa tu, sakit tu biasa2 je...kejap sakit, kejap tak....Nurse kat situ suh aku tido ats katil dalam satu bilik dan letak satu alat kat perut untuk monitor heart beat baby. Sebenarnye, alat tu sangat merimaskan aku. ye la, da la sakit rasa cam nak guling2. bile letak alat yang cam wayar tu, pergerakan aku sgt terbatas. aku tak bole pusing banyak sgt2. jalan pun tak bole. telentang je kat atas katil. 

Setelah sejam aku terlantar atas katil, Nurse datang baca bacaan graf daripada mesin heart beat tu. Nurse tu kata graf tak cantik. aku pun tak tau gaya tak cantik tu camne....Terus dia pegi menelefon Doktor. Doktor datang dan tengok graf tu dan akui graf tu memang tak cantik. Oleh sebab, kat hospital tu takde pakar dlm O&G tu, dorang terpaksa menolak ku ke Hospital Seberang Jaya. Masa tu, husband aku masih kat hospital. Dorang gitau husbandku, dan aku dibawa menaiki ambulance. first time tu naik ambulance....hehe..tapi tak dpt nak menikamti sgt sebba dlm rasa sakit guling2 n pakcik driver pun bawa laju semacam je....rasa terumbang ambing je.

Sampai kat Hospital Seberang Jaya, aku di bawa terus ke wad bersalin. Kat situ pun, aku masih di monitor oleh machine heart beat tu....rimas sgt la.. sebab aku rasa cam nak jalan2 dan guling ngan sakit contraction tu...sambil baca suruh nabi Yunus n macam2 surah aku baca nak legakan sakit tu. Dalam pukul 6.30 pagi, ade sorang doktor, check heart beat and terus dia kata kena wat emergency Czer. sebab, graf sgtla tak cun. masa tu, husband aku tak sampai lg, hanya ku sorang je. dorang terus je hulur pen n kertas suh aku sign je...aku ngan sakit contraction tu ikut je la....SIGN dan dorang terus bawa aku ke Operation Room.

Dalam bilik tu, ade ramai org jugak. pakar bius ade. pakar bedah ade. Nurse ade. memang kelam kabut jugak dlm bilik tu. utk biuskan aku, dorang suh aku peluk bantal kuat sebab dorang nk cucuk kt tulang belakng. masa tu, memang tak rasa sakit kena cucuk sebab sakit kontraksion tu mengatasi sume sakit. sampai aku suh doktor tu cepat sket sebab sakit sgt. Lepas cucuk terus aku pengsan.

Tapi sebenarnye, aku dibius separuh badan je. masa dorang membelah dan mengambil baby drpd perut ku, memang terasa sangat. rasa cam orang godek2 kt perut ku ni. tak rasa ngilu ke ape. tapi rasa cam ade orang godek2 dalam perut. lps, baby da kua, aku tak dpt tgk baby lagi masa tu. Aku rasa cam tak bole bernafas dan ade nurse yang tnya aku masa tu. lepas tu, aku rasa lemah dan pengsan terus.

Bile terjaga, first thing yg aku tnye orang dekat aku, "Mana my baby?, saya nk tgk baby. saya nak bagi susu kat baby" tapi dorang kt situ, tak tau pasal baby. sebab tugas dorang kt situ menambah darah. Ye, aku kehilangan banyak darah masa operation dan kena tambah 1 bag of darah.

Lepas setel tambah darah, baru dorang menolak ku ke wad bersalin. aku diletakkan dalam bilik khas sebab kes aku agak rumit. doktor kena monitor closedly br aku bole direlease ke wad biasa. lepas beberapa minit, barula nurse bawa anakku. Ya Allah, tula masa yang ditunggu2. aku nak tgk anak aku je. husband aku pun ade jugak masa tu. Alhamdulillah, semuanye da selamat. Doktor kata nasib baik cepat sebab uri da lekang daripada baby, maknanye baby da tak terima segala oksigen drpd badan mak. Alhamdulillah, Allah selamatkan aku dan baby. rasa kelahiran kali ni agak tragis dan bersyukur sangat sebab semuanya da selesai.



How can i ever forget the moment when I took you in my arms for the very first time? Every year your birthday reminds of this beautiful moments and I find tear rollong down my cheeks. Here's wishing the best of blessings and good luck on your Happy Birthday.

Friday, March 09, 2018

Happy international women day

Salam suma. Da hampir semggu tak update blog ni. Arap korang tak rindu la ye. Bz sket mggu ni. Tapi sempena Hari wanita ni nk update jugak kt sini.

I met lots of strong women. I think strong women are everywhere. And really they can live strong n steady without any helps from others.  I really admire those strong women and i hope become strong women one day.

international
Behind every SUCCESSFULL WOMAN is a tribe of other SUCCESFULL WOMEN who have her back 



Little GIRL wth dream become woman with VISIONs.

TO stunning beautiful WOMEN who read my blog, i wish you,

HAPPY INTERNATIONAL WOMEN'S DAY

Thursday, March 01, 2018

Tutorial on how to repair Samsung S7 Edge LCD cracked.

Assalamualaikum. Sedih bile terkenangkan nasib phone ku. br 2 bulan tukar screen br, semlm kena tukar lagi. dah la nak tukar screen tu mahal...RM1200 uolss....hmmm....better beli phone lain...

aku igt phone tu ok je sebab kat luar mmg takde pecah langsung. tapi, bile buka phone, mmg white screen je....bile g tanye kedai phone n samsung katanye, LCD cracked....maybe kat dalam...   OMG!!!.....luluhnya rasa hati...sedih sgt.... kaching kaching bakal terbang lagi.... :(

Btw, bile gugel pasal LCD cracked ni, bole nk repair sendiri. tp, still kena beli LCD yg super mahal tu....tpi takdela semahal RM1200 yang dicharge oleh SAMSUNG...


it's time to switch to another brand now... bye! bye! SAMSUNG... you are so fragile!!

Wednesday, February 14, 2018

Lunch time di Blackwood Coffee and Chocolate Cafe

Lunchtime di Blackwood |  Salam korang...da lama entry ni stay dlm draft..hahaha....mood nk update tu tak sampai2... skang brla bole update cite pasal 2 miggu lepas ni.

Makanan kat sini sgt sedap. memang sesuai sangat ngan tekak ku yang nak makan Italian food especially pasta dia...sedap sgt...sebab cafe ni ada masukkan ciri masakan kemelayuan. selalunye kalo kite makan pasta, sure masam2 kan. tapi kt cafe ni, dorang menyediakna pasta yang masam dan ditambah dengan sedikit kepedasan. i like sgt!!!

Ynag tak bestnye, servis dorang agak lambat. Hampir 45 minit jugak aku tunggu makanan untuk sampai. tu, aku g makan sorang2. kalo ngan famili sure lagi lambat. Dorang entertain org yg wat reservation. So, sape nak makan kt situ, kena wat reservation dulu. i mean during peak hour. kalo lepas waktu tu, bolela nak lepak2 dan makan kat situ.



coffee cafe
suasana tenang di blacwood cafe


Ade 15% discount untuk members. i'm one of the members...tunjuk badge je... 


Menu pasta


Ice lemon tea agak mahal. RM9 uolsss






puas hati dapat makan spageti marinara ni. portion besar n seafood pun banyak ngan sotong, udang dan kupang (mussel).



So, sape2 nak menikmati hidangan istimewa terutamanya makanan western dan pasta, bole terjah kafe dorang kat alamat di bawah:

Blackwood Kulim
342C Tingkat Bawah, Jalan Seraya Indah 1&2,
Taman Seraya Indah 1 & 2
09000, Kulim, Kedah.
Tel: 04905732 | Operation Hours: 12 pm – 11.00 pm


Blackwood Kangar
Galeri 28, 6/8 Persiaran Jubli Emas,
01000, Kangar,Perlis



Blackwood Arau
Tingkat Bawah, Lot 3968, Kompleks Arau,
02600, Arau, Perlis


Blackwood Changlun
Roti Bakar Kopitiam Sdn. Bhd
Jalan Changlun, Depan Pasaraya C-Mart,
Pekan Changlun 2,
Changlun, Kedah


https://blackwood.my/

Wednesday, February 07, 2018

Cara Nak dapatkan Photobook Percuma. hanya bayar postage fee je...

Salam korang,

Barang free, sape yang tak excited kannn....
Sebab korang tanya hakak pon gigih jugakla nk share macam mana cara wt photobook free ni😚

BARANG FREE MESTI DIKONGSI KAN😂

Cara2:

1) Download Apps Photobook

2) Lepas Download, gi dekat Setting dulu untuk Daftar (masukkan nama, alamat dan no phone)

3) Pilih 6 x 6 Simple Book

4) Pilih 20 keping gambar (klu pilih lebih nnti cas lebih tp still murah lg, so terpulangla) Kemudian tekan NEXT susun la gambar tu

5) Anda jugak boleh tulis Nama utk belakang photobook tu

6) Pilih Premium Silk kemudian tekan Chekout

7) Masukkan code. Ni hakak share byk2 code boleh wt byk2 photobook try la guna rasanya semua boleh guna lg 😍😚

Kod

Bnarapbww
Harianmetro
Beritaharian
Merrybook
Sweetbook
Newyearsb

8) Yeahhh setel tunggula  gdex dtg 😊


my photobook yang da sampai... :)

Yeay!!..suka...suka!!

Yeay!!!

JANGAN LUPA SHARE.. 😍😂


Friday, January 19, 2018

2018 New Year Lunch at Hotel Jen Penang

Assalamualaikum korang.


Lunch di Jen Hotel |   Alhamdulillah, da 19 hari kite di tahun baru 2018 dan 19 hari jugakla tahun 2017 meninggalkan kita. molekla kiranya semua kenangan manis dalam tahun 2017 di pahatkan dalam memori dan kisah teladan dijadikan pengajran untuk kita teruskan kehidupan dalam tahun 2018 ini.



Bagaimana pula dengan azam dan goal 2017? Adakah telah dicapai kesemuanya, ataupun 50% atau 0% ? Bagiku, Alhamdulillah, ada lah 50% yang di set pada awal tahun telah dicapai. ( i mean in my working life). kalo tak tercapai, susah jugak nak naik pangkat ni....hahahha..

So, sempena menyambut tahun baru dan kejayaan our team pada tahun lepas, bos belanja kitorang makan. Actually, every year, bos akan belanja makan masa CNY ni...dan yang paling best, tahun ni, bos ade kasi gift untuk setiap orang. (small gift je, angpow takde)Semoga dimurahkan rezeki bos lagi.

tahun ni, bos bawa kitorang makan International Buffet lunch kt Hotel Jen. Hotel Jen ni bersebelahan dengan KOMTAR, first Avenue dan Prangin Mall. Memang betul2 kat tengah pekan. dan, betul2 heavy trafik la kt situ.

Alhamdulillah makan kat situ sedap sangat. aku lupa nk amik gambo untuk main course sebab lapor sangat dan tak sabar2 nak makan da...untuk main course, aku ambil ayam, ikan, sotong, spageti, mee goreng, mix vege. sume dalam satu plate. bole bayangkan byk mana tuu...hahahaa...lepas tu, memang da rasa kenyang sangat..yang tak best nye, tak de seafood yang best seperti udang besar, ketam, oyster....



the price per person is RM68nett
International Buffet yang berharga RM68 nett untuk orang dewasa
marshmelow n chocolate fondue....sedap!!!
ni untuk sandwish


sushi pun ade..tp, tak byk choice. takpela, aku tak makan sushi pun....


creamy mushroom soup, garlic bread, cheese cake n bread pudding.


jom kite selpie.....ni geng2 perempuan melayu terakhir dlm team. yang lain sumenye non malay.

Lepas bos belanja ni, maknanya kitorang kena bekerja keras lagi la untuk kejayaan tahun 2018 pulak...tu la pre- reward utk 2018 ni ataupun pemberi / penggalak semangat untuk kitorang lebih bekerja keras dan berusaha untuk terus maju dan sukses untuk Tahun 2018 ni.

p/s: tu cite semalam. arini kite makan sandwish je la...

Tuesday, January 16, 2018

Tips Mengatasi Bibir Kering, Pecah dan Berdarah

Assalamualaikum korang,

Sebelum nak melangkah pulang ke rumah ni, elok benarla aku sharekan satu tips ni. actually, last week, aku mengalami bibir kering, pecah dan hampir berdarah. Ya Allah, pedih sangat. memang tak bole nak buka mulut pun.

Selepas aku discover, punca bibir pecah ni adalah kerana lipstik MAC yang aku pakai. aku pun tak sure kenape jadi camtu. sebabnye aku da pakai lisptik MAC tu kurang daripada setahun. takkan la da expired kan.

Lepas kejadian bibir pecah ni, terus aku berhenti pakai lipstik sampai ke hari ini. rasa fobia plak nak pakai lipstik ni. takut kejadian tu berulang lagi sekali. sekarang ni, aku pakai lip balm je yang di recommend oleh farmacis.

Alhamdulillah, lip balm herbals jenama HIMALAYA sangat serasi dengan bibir sensitifku ini walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. sampai ke hari ini, aku sentiasa mengoleskan bibirku dengan lip balm ni, kalo tak memang terasa kering sangat bibir ku.

Harga RM15.90 je beli kat kedai farmasi. Organic ingredients n non chemicals. 


lebih kurang camnila bibirku...tp, rasanye lebih teruk. sumber: google 

Bibir yang kering akan membuatkan kita hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai kerana ianya merupakan "first impression" apabila kita bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain.
Ia juga akan membuat kita rasa tidak selesa,menyakitkan dan merasa rimas.
Jom ketahui tips merawat bibir kering merekah dan mengelupas secara semulajadi. Semoga kita  sama - sama mendapat bibir yang mungil dan lembap sentiasa! (sumber daripada Google)

Mari kita lihat, apa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai rawatan bibir ! 

1. Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil

Minyak kelapa dara bukan sahaja baik untuk pemakanan dalaman, tetapi juga sangat baik sebagai agen pelembap semulajadi! Tuangkan 1-2 titis dan oleskan di bibir anda.

2. Madu
Madu disapu setiap hari dengan kerap dengan mengoleskan sedikit di jari.

3. Air Suam
Minumlah air suam sebanyak 8 gelas sehari dan ambil sehelai tuala dan rendamkan dengan air suam dan lap bibir yang kering sebelum memakai sebarang lipstick.

4. Gula dan Madu
Gunakan adunan gula dan madu sebagai lulur/scrub bibir 2 kali seminggu

5. Lidah Buaya 
Gunakan lidah buaya yang asli untuk dioleskan di bibir.

Elakkan menjilat bibir terlalu kerap juga dapat membantu mengurangkan bibir kering

Monday, January 15, 2018

Jalan Jalan Cari Makan ala ala western di Bigbob Cafe

Salam Monday Blues untuk sume....

Jalan Jalan Cari Makan ala ala western di Bigbob Cafe | Disebabkan harini masih lagi terasa nak golek golek atas katil, kite post satu entry lagi...kali ni, pasal makan-makan....memang best kalo entri makan2 ni....(tu untuk aku la)..


Actually, first time aku makan kat sini. sebelum ni, tengok membe2 selalu post pasal makan kat sini. macam menarik pulak. sebab tu, masa en suami tanya nak makan kat mana, aku suggest nak makan kat BIGBOB Cafe ni.

Menu utama kat BIGBOB Cafe ni adalah western food. tapi, dorang ade sediakan ASIAN food seperti nasi goreng. Harga makanan kat sini adalah sangat berpatutan sepadan ngan jumlah makanan yang disediakan. bagi aku, makanan yang aku order quite a big portion. siap tapau bawa balik lagi.

menu utama western food di bigbob cafe
Western menu untuk tatapan korang


Starter menu pun ade


Anak lelaki ku yang suka acah2 tido

Oreo Smoothies (RM8.90)



Oreo smoothies ni nampak sangat menyelerakan. walaupun cuaca sejuk, terasa nak minum ice blended yang CHILL sangat... tapi, bile minum minuman yang bersusu ni membuatkan kite cepat kenyang.


Garlic bread & Mushroom soup (7.90)


Ade je tangan yang tak sabar nak makan tuu


Sebenarnye, aku order French fries untuk anak2 ku. masa sampai je kat kedai ni, dorang da minta nak makan fries. tapi, malangnye, pekerja kat situ datang balik lepas 10 minit ambil order mengatakan fries da habis...terkejut gak la aku..sepatutnye dorang kena simpan stok yang banyak untuk fries. kata jual Western food kann.....so, terpaksa menukar menu ke mushroom soup. nasib baik anak2 ku suka jugak...berselera jugak dorang makan.



Suamiku order beef burger...



Chicken Parmiagana (RM19.90)


chicken chop n cheese meleleh

Aku order chicken parmiagana ni. sedap jugak chicken chopnye yang dicurah cheese meleleh ala2 chezza....di celup pulak dengan black paper source tuu.. Nyum..Nyum..memang sedap....tapi, disebabkan big portion, tak terdaya aku nak habiskan makanan tu. terpaksa tapau balik. 

Alhamdulillah, fries yang dikatakan habis, ade dalam menu kami ni. so, anak2 ku makan dengan hati gembira.


muka ibu dan anak dara yang excited dapat makanan


So overal, bolela aku recommend this BOGBOB CAFE untuk korang sume. sape yang terasa nak menikmati hidangan Western Food, bolela terjah ke cafe ni. Servis yang cepat walaupun ade banyak pelanggan, pekerja yang beruniform bersih, cekap dan kemas serta keadaan dan suasana Cafe yang nyaman dan selesa sesuai untuk kanak-kanak serta seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut, bolela check details kat bawah...klik je link kat bawah..

FACEBOOK_BIGBOB

IG_BIGBOB


No.111, Jalan Dagangan 2, Bertam Perdana,
Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia 13200
Highlights info row image
019-444 7533



Related Posts with Thumbnails