Search This Blog

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, March 13, 2018

Journal for Mom Day 2: Kids Are FUNNY

Kids Are Funny | Assalamualaikum. da masuk hari kedua arini. sape yang kata kids tak funny, tipu sangat la kan. Suka sangat tengok telatah anak2. kalo balik rumah, tgk telatah dorang, terus terlupa keja2 yang melambak kat opis tu. Memek muka dorang pun selalu membuatkan kite tersenyum. kadang2 bole gelak terbahak2.


Macam anak ku yang no 2 tu, Adik Emir, dia tu cam pelawak sketla. Mak Ndak nye panggil die Pak Ude (alaa yang dlm Pi Mai Pi Mai Tang Tu tuuu) Maybe, sebab dia cam gemuk2 pendek...sama la cam Pak Ude tu. Lagi satu, bile berjalan o berlari, kepala adik Emir ke depan dulu....kadang2 memang nak tergelak cara lari dan jalan adik Emir tu. Lagi satu, dia suka angkat baju tunjuk perut dia. tau tak sebab apa? Nak suruh orang gomol2 la tu...bile gomol2 dia memang gelak guling2 laaa...

Kakak Arissa pun banyak telatah nye jugak. kakak ni sgt2 obses ngan FROZEN. sampai dlm hospital pun bole wat performance nyanyi lagu "Let It Go"... 

Wanna be Princess Anna
quote
Sumber google.....lawak kan niii

Ok, esk birthday adik Emir. da 2 tahun da....nnti, aku nak share pasal pengalaman melahirkan Adik Emir ni. agak tragis sket. Alhamdulillah, ibu dan anak dah selamat. :) (kalo tak, takdela penulis blog belovedtitin ni :) )


Friday, March 09, 2018

Happy international women day

Salam suma. Da hampir semggu tak update blog ni. Arap korang tak rindu la ye. Bz sket mggu ni. Tapi sempena Hari wanita ni nk update jugak kt sini.

I met lots of strong women. I think strong women are everywhere. And really they can live strong n steady without any helps from others.  I really admire those strong women and i hope become strong women one day.

international
Behind every SUCCESSFULL WOMAN is a tribe of other SUCCESFULL WOMEN who have her back 



Little GIRL wth dream become woman with VISIONs.

TO stunning beautiful WOMEN who read my blog, i wish you,

HAPPY INTERNATIONAL WOMEN'S DAY

Wednesday, February 14, 2018

Lunch time di Blackwood Coffee and Chocolate Cafe

Lunchtime di Blackwood |  Salam korang...da lama entry ni stay dlm draft..hahaha....mood nk update tu tak sampai2... skang brla bole update cite pasal 2 miggu lepas ni.

Makanan kat sini sgt sedap. memang sesuai sangat ngan tekak ku yang nak makan Italian food especially pasta dia...sedap sgt...sebab cafe ni ada masukkan ciri masakan kemelayuan. selalunye kalo kite makan pasta, sure masam2 kan. tapi kt cafe ni, dorang menyediakna pasta yang masam dan ditambah dengan sedikit kepedasan. i like sgt!!!

Ynag tak bestnye, servis dorang agak lambat. Hampir 45 minit jugak aku tunggu makanan untuk sampai. tu, aku g makan sorang2. kalo ngan famili sure lagi lambat. Dorang entertain org yg wat reservation. So, sape nak makan kt situ, kena wat reservation dulu. i mean during peak hour. kalo lepas waktu tu, bolela nak lepak2 dan makan kat situ.



coffee cafe
suasana tenang di blacwood cafe


Ade 15% discount untuk members. i'm one of the members...tunjuk badge je... 


Menu pasta


Ice lemon tea agak mahal. RM9 uolsss






puas hati dapat makan spageti marinara ni. portion besar n seafood pun banyak ngan sotong, udang dan kupang (mussel).



So, sape2 nak menikmati hidangan istimewa terutamanya makanan western dan pasta, bole terjah kafe dorang kat alamat di bawah:

Blackwood Kulim
342C Tingkat Bawah, Jalan Seraya Indah 1&2,
Taman Seraya Indah 1 & 2
09000, Kulim, Kedah.
Tel: 04905732 | Operation Hours: 12 pm – 11.00 pm


Blackwood Kangar
Galeri 28, 6/8 Persiaran Jubli Emas,
01000, Kangar,Perlis



Blackwood Arau
Tingkat Bawah, Lot 3968, Kompleks Arau,
02600, Arau, Perlis


Blackwood Changlun
Roti Bakar Kopitiam Sdn. Bhd
Jalan Changlun, Depan Pasaraya C-Mart,
Pekan Changlun 2,
Changlun, Kedah


https://blackwood.my/

Wednesday, February 07, 2018

Cara Nak dapatkan Photobook Percuma. hanya bayar postage fee je...

Salam korang,

Barang free, sape yang tak excited kannn....
Sebab korang tanya hakak pon gigih jugakla nk share macam mana cara wt photobook free ni😚

BARANG FREE MESTI DIKONGSI KAN😂

Cara2:

1) Download Apps Photobook

2) Lepas Download, gi dekat Setting dulu untuk Daftar (masukkan nama, alamat dan no phone)

3) Pilih 6 x 6 Simple Book

4) Pilih 20 keping gambar (klu pilih lebih nnti cas lebih tp still murah lg, so terpulangla) Kemudian tekan NEXT susun la gambar tu

5) Anda jugak boleh tulis Nama utk belakang photobook tu

6) Pilih Premium Silk kemudian tekan Chekout

7) Masukkan code. Ni hakak share byk2 code boleh wt byk2 photobook try la guna rasanya semua boleh guna lg 😍😚

Kod

Bnarapbww
Harianmetro
Beritaharian
Merrybook
Sweetbook
Newyearsb

8) Yeahhh setel tunggula  gdex dtg 😊


my photobook yang da sampai... :)

Yeay!!..suka...suka!!

Yeay!!!

JANGAN LUPA SHARE.. 😍😂


Monday, January 29, 2018

Petua Lembutkan Hati Pasangan

PETUA LEMBUTKAN HATI PASANGAN 😍😍😍

Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tau2 wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.

Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.

Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?

Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya Jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing2, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun Ego jugak, kira nak betul kita je kan.

Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik2. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!

Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.

Maksud nya, kalau u sayang i, i hormat u. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!

Dan yang best nya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam Jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa2 hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua2 ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama2 berdoa ni.

The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di Cintai Automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran Emosi dalam Perkahwinan, asbab Solat Jemaah.

Jadi, kalau ada pasangan yang asyik2 nak gaduh, asyik2 tak sependapat, asyik2 suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari2, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.

Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah2. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah limpah2 Allah turun kan InsyaAllah.

Paling bagus pergi masjid bawak anak2 sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing2 dah busy dengan urusan masing2 kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.




InsyaAllah itu jela perkongsian harini. Moga bermanfaat selamat beramal. 😇

Apa lagi? Ajak hubby solat jom. 😉

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Kredit Sumber FACEBOOK: Afnan Rosli

Friday, January 19, 2018

You are what you think so always think POSITIVE

Salam Petang Jumaat,


BAYANGAN FIKIRAN BOLEH BERTUKAR MENJADI REALITI



Ini adalah konsep "Law of Attraction" yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW..

Apa yang kita fikirkan, ia boleh benar-benar terjadi.

Suatu hari, Rasulullah SAW menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.

Beliau bersabda,
" Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu".

Orang itu menjawab,
" Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah renta, boleh menyeretnya ke lubang kubur".

Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah SAW bersabda :
‘ Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya ’.
(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullaah SAW.

Perhatikan pesan-pesan Rasulullaah SAW berikut ini.

" Barangsiapa yang redha, maka keredhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya "
(HR. at-Tirmidzi)

"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan ALLAH."
(HR. Ahmad)

🔹 Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.

🔹 Jika kita berfikiran sedih, maka kita menjadi sedih.

🔹 Jika kita berfikiran gagal, kita menjadi gagal.

🔹 Jika kita berfikiran sukses, maka kita nescaya sukses.

🔹 Jika kita berfikiran sakit, kita juga menjadi sakit.

🔹 Jika kita berfikiran sihat, maka kita pun akan sihat.

Inilah "The Law of Attraction"
Hukum Tarik Menarik, merupakan Sunnatullaah yang berlaku di alam semesta

*You are what you think

Selalulah berfikir yang positif dan jangan pernah biarkan fikiran negatif membelenggu otak dan kehidupan kita.

Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.

Tugas kita hanya 2, yaitu : Berusaha optimal dan berdoa.

Sedangkan selanjutnya itu Kuasa ALLAH SWT.

Nabi SAW bersabda :
"Ketika seorang hamba berkata, Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah,  maka ALLAH berfirman, " Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu".
(HR. Ahmad).

Fikirkan yang baik-baik, berkata yg baik, Bertindaklah yang Baik Baik, dan Insyaa Allah yg datang juga yang Baik Baik!

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Robbana Taqobbal Minna
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), Aamiin...


Semoga bermanfaat untuk semua.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Wednesday, January 17, 2018

Hari Orientasi di Little Caliph Kulim

Assalamualaikum korang.

Alhamdulillah, minggu ni da masuk minggu ketiga anak sulong ku (Arissa El-Zahrah) masuk sekolah. Dan, baru hari ini aku berkesempatan nak update pasal hari orentasi anakku di Little Caliph Kulim. Hari Orentasi tu dimulakan dengan pendaftaran anak2 yang berumur 4 tahun. Masa pedaftaran, ibu bapa hanya perlu mengesahkan kehadiran anak2. sume pembayaran dan deposit sudah disetelkan masa Opening day sebulan sebelum hari orentasi ni. So, masa ni, pihak LC hanya menyampaikan item2 yang diorder masa opening day. Pihak LC menyerahkan baju uniform, baju sukan dan beg sekolah yang termasuk dalam deposit.


pengetua memberikan briefing utk parents dan pelajar



bangunan Little Caliph yang dilengkapi dengan padang yang besar

Bole tengok gambo2 2 beranak kt slideshow kt bawah



Mula2 sampai sekolah memang pakai tudung comel dah. siap ade parents yang tegur, dia tak buang pun tudung tu. tapi lepas setangah jam, da tertanggal tudung tu. Rimas katanya. kesian la pulak kan.

Lepas briefing drpd pengetua, ade aktiviti antara ibubapa dan anak2. Parents perlu menyiapkan buku "ALL ABOUT ME" bersama anak2. Parents perlu isikan nama ibu dan ayah, tempat tinggal, ape yang anak suka, ape yang anak love to do. Utk anak2, dorang hanye perlu tampal2 je kat box2 dalam buku tu....QUite fun jugak...yang tak funnye, ade kanak2 lain yang suka bermain ngan gam tuu...habis tangan melekit2 ngan gam....

Lepas aktiviti bersama anak, parents dijemput menikmati hidangan makan pagi bersama anak2. makanan yang disediakan adalah mee kosong je. dan portion nye memang sesuai untuk anak2 je. Parents tumpang tengok je la....hahaha...

Lepas makan, parents diminta tinggalkan anak2 dengan teacher sahaja. so, masa ni, ramai la ank2 yang meraung2 nangis nak ikut parents masing2. Nasib baik Arissa ok je. dia tak nangis. so, aku tingglkan die kejap bersama teacher dan aku sambung masuk kerja. Ofisku dekat je ngan tadika ni...so, senang sangat nak ulang alik ke situ. 

untuk Orentasi Day ni, adalah setengah hari je. so, aku terpaksa ambil Arissa balik pukul12.30 tengah hari. Alhamdulillah, all went well. muka dia nampak happy je. tapi bile tanya nama kawan, die jawab "TAK TAU". actually, sampai ke harini, dia masih belum kenal nama kawannye...hmmmm..nampak sangat tak berkawan lagi tu...harap2 lepas ni, Arissa bole sesuaikan diri dengan sekolah, teacher dan bergaul dengan kawan2 nye.

ARISSA muka mak jemah sgt2!!!! mood baik nak pakai tudung...tp bole lekat kejap je la kat kepala tu....



Friday, January 12, 2018

Panduan untuk hidup yang lebih baik

Assalamualaikum sume,

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
***Betul sgt ni...bile kite membandingkan hidup kite ngan org lain, mulala rasa iri hati, rasa tak best ngan hidup sendiri, rasa tak bersyukur...sume perasaan negatif la....then, kite jadi muram n sedih je...***

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.
***POSITIF..POSITIF..POSITIF!!! Aura negatif tu selalu membuatkan kite sedih...terus rasa tak happy***

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.
***betul sangat ni...janganla nak harapkan org lain especially husband ke, kawan ke nk gembirakan diri sendiri...Diri sendiri je yang tahu benda apa yang bole membuatkan diri ni HAPPY selalu...sebab tu, dalam hidup ni, aku tak pernah harapkan orang lain....**


12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.   ***YES....senyuman itu suatu sedekah kannnn!!!***

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama..😊😊😊

Sumber drpd Whatsapp message.

Wednesday, January 10, 2018

Jauh lagi perjalanan hidup kita


*_PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA*_

*Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati*

*Jahat atau Baiknya kita...*
*Solat jangan ditinggalkan.*
*Solat Bukan sebab kita baik.*
*Solat sebab perintah Allah.*
*Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...*

*Ada orang tidak dpt Nikmat pun dlm solat...renung sejenak,  apa kah solat kita sekadar perlakuan solat ?*

*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...*
*Berapa Ramai yang  berkejar-kejaran Mencari duit, harta kekayaan Tanpa solat...?*
*Rezeki sentiasa dirasa tidak pernah cukup...*
*Kerana  kita merasa duit adalah segala2nya.*
*Maka kita menjadi hamba kepada duit...*

*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.*
*Jika tidak, sudah pasti Gunung yg hendak di tukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...*

*Syukur Tanpa hilang Allah...itu lah perjuangan hidup...*
*Yakinlah dgn solat...solat Akan merubah seluruh Kehidupan kita...*

*Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup...*

*Kalau dah mati...*
*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus...*
*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...*
*Sedekah masa hidup itu bonus...*
*Ilmu yg di kongsi itu bonus...*

*Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati...*
*Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...*

*Takut mcm mana pun dengan mati...tetap Akan mati...*
*Berani mcm mana pun...tetap Akan mati*
*Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...*
*Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya...*
*Mati itu pasti...*
*Sakaratul maut itu pasti...*
*Alam barzakh itu pasti...*
*Ingat mati...*
*Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun...*

*Kita tak bawa segunung harta setelah mati.*

*Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekalian alam...*

*Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik*

*Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai*

*Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan*

*Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu*

*Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri*

*Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza*

*Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya*

*KITA BUKAN SIAPA-SIAPA UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA*

*_Semoga bermanfaat._*

Wednesday, January 03, 2018

Imbasan 2017 part 2

Imbasan 2017 | Assalamualaikum sume. hari ni da masuk hari ketiga dalam 2018. Alhamdulillah, all went well... walaupun pagi tadi ade sedikit drama di tadika anak sulung ku. hari pertama (semalam) ok je...tak nangis pun. hari ni, Arissa sedih pulak. Nangis2 nak ikut aku balik jugak. arap2 anak mama ok la kat sekolah ye.

harini nak sambung entri yang lepas. biasala, selalu nak taip panjang ni, takut takde yang nk baca sangat kan.

July 2017

Bulan July ni, kite sambung beraya lagi. raya kan sebulan. bulan ni, banyak spend time ngan famili je. selalunye weekend kitorang akan lepak2 tasik kat Vision Park. tak pun, g jalan tepi pantai kt Pantai Bersih.


August 2017

I LIKE BULAN OGOS. sebab ape? sebab it was my birthday month. so, tahun ni, aku wat kelainan sket celebrate my birthday. aku amik cuti sehari dan celebrate ngan my ex BF (sape lagi my husband la)...seharian kitorang g dating berdua je tanpa anak2. bile lagi kan nak berdating ni...selalu ngan anak2 je selalu bergaduh jugak sebab anak2..

Kat penghujung bulan Ogos, mama aku dapat panggilan HAJI. so, beramai2 antar mama ke Mekah menunaikan Haji. walaupun mama pergi seorang tapi Alhamdulillah Allah memudahkan perjalanan mama untuk menunaikan haji. 

Pada cuti hari merdeka, aku pergi melawat ke negeri pantai timur. stay 2 malam kt Tok Aman Bali. pergi sana sebab nak attend wedding my BFF sejak kt U lagi. so, harusla pergi kan. sambil makan kenduri sambil kite bercuti ke Kelantan. 



September 2017

Di bulan 9, aku memulakan perniagaan online ku. aku wat secara kecil-kecilan dan sambilan je. bukan dapat banyak untung pun. tapi sebab, aku ni suka online, so aku ambil kesempatan promote kan barang2 di media sosial. sesiapa yang berkenan bolela beli. walaupun bukan setiap hari dapat pelanggan, tapi seronok jugak bile sesekali customer datang nak beli. customer HAPPY, aku lagila HAPPY. aku tak amik untung banyak pun. rm1 -rm2 je...hahaha...camne nak maju kann...jom korang support my small business. follow la my instagram @erneearyssa.

First customer ku adalah ex classmate ku. terima kasih sebab support my small business ni.



Oktober 2017

My husband start sambung Master kt UUM, Kedah. so, memang selalu ikut my husband ke sana. bile die g kelas, aku jaga anak stay kt Hotel EDC UUM. best jugak melayan anak2 yang selalu nk mandi kolam je...

Bulan ni jugak, aku join Young Living. bukan ape, anak aku selalu je selsema. so, aku arap lepas ni, dia dijauhkan daripada penyakit 3 serangkai tu. Alhamdulillah, skang ni kurang sket la. sebabnye, selalu aku sapu imune blend kat anakku. sangat2 serasi dan berkesan. Alhamdulillah.


November 2017

Open day Little Caliph pada 11-11, anak sulung ku sangat excited nak pegi sekolah.
round2 satu sekolah, tgk keadaan sekeliling. Alhamdulillah, dia suka. Adik dia pun excited jugak. tapi, adik takleh masuk sekolah lagi. kena tunggu 4 tahun.




December 2017

seronoknye bulan december ni. all about HOLIDAY. :)

walaupun, kitorang cuti2 kat penang n kedah je...tapi happy sangat...
cuti tahun baru, kitorang g celebrate new year kt Penang je...nanti, aku update ye pasal new year celebration. 

Alhamdulillah, 2017 da melabuhkan tirainye. skang, mulala fasa tahun baru 2018. semoga tahun ni memberi banyak lagi kenangan indah yang bole dikongsikan bersama. azam 2018 masih di awangan lagi. tak tau ape yang nak achieve. padahal banyak sangat yang nak dalam kepala tu. nak kurus, nak cantik menawan, nak g US lagi, nak tambah koleksi beg LV lagi, nak tambah anak lagi, nak g holiday lagi.

sampai sini saje....till then, bye......

Tuesday, January 02, 2018

Imbasan 2017 part 1

Assalamualaikum korang.

Hari ni da msk hari ke 2 dalam tahun 2018. Patutnye post ni di pos minggu lepas lagi. tapi terpaksa ditangguhkan sebab banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan. so ade dlm draft je la...Cepatnya masa berlalu. Diam tak diam lagi 4 hari kita akan meninggalkan tahun 2017. Banyak sangat kenangan manis yang berlaku dalam tahun 2017 yang lepas. Alhamdulillah. Ade juga kenangan pahitnya. Tapi biarlah tersemat dalam hati. Kite share kenangan yang manis2 saje ye.

Jan 2017

Di awal bulan Januari, lahirlah puteriku Arissa El- Zahrah 3 tahun yang lepas. tapi, aku tak wat birthday party besar- besaran pun.. celebrate dengan famili je....potong kek je. InsyaAllah tahun ni, kite wat birthday party ye. Kat hujung bulan Januari, aku dan family mertua ku pergi melawat Pulau Langkawi.. pergi melawat Underwater World, bawa adik Emir dan kakak Arissa jalan-jalan tengok ikan dan penguin....




Feb 2017

Di awal Februari pun masih di Langkawi. pergi naik kabel car tapi tak pegi naik kat skywalk. aku kan gayat. tak bole nak jalan sampai ke hujung.. ke tengah pun tak sampai lg..masa pertengahan februari, aku dapat berita baik daripada bos. bos suruh apply VISA untuk ke US. so, one day trip to KL for VISA interview. yang sedihnye, tak dapat visa aritu jugak.. tunggu dlm 2 mggu baru dapat. nasib baik, dapat jugak...kalo tak, memang tak leh nak g US. 


Mac 2017

14-Mac, celebrate birthday adik emir bersama kakak Delisha dan mamasu Nadia....seronokla ade 3 org birthday yang sama. small celebration je..potong kek bersama famili. di penghujung mac, aku da kena pegi US. masa ni sedih sangat nak tinggalkan anak ku baby Emir, yang baru saja masuk setahun umurnye. memang sedih giler....sedih jugak tinggalkan kakak Arissa dan abahnye..huhu....sampai kt US, aku sorang je..memang sepanjang perjalanan pun sedih teringat kan si kecik je....2 miggu jugak la aku tinggalkan baby kecikku...

Ade satu benda yang tak dapat dilupakan masa kat US adalah aku sesat masa mula2 menjejakkan kaki kt Airport San Fransisco. aku tersalah hotel. nasib baik da sampai hotel tu, receptionist kat situ gitau aku yang aku salah hotel yang aku booking. so, terpaksa la drive keta malam2 ke hotel yang aku booking. Alhamudilillah sampai jugak.

Da sampai US, aku tak lepaskan peluang untuk melawat tempat2 menarik kat sana. aku g kota San Fransisco dan main salji kat South Lake Tahoe





April 2017

US trip kali ni memang banyak shopping trip je. nak tau sebab ape? sebabnye Shopping Outlet dekat sangat ngan my company. 5 minit drive je ke sana. aku apalagi, masa lunch je terus shoot je ke shopping outlet tuuu...hehehe...aku jadi personal shopper ms kat US nii..banyak jugak amik order sampai beg pun tak muat. so, kena beli beg lagi satu kt sana.

Alhamdulillah 8- April, aku berkesempatan meraikan hari lahir mama ku kat Penang.birthday girl yang belanja masa tu. makan kat the Light hotel...heheh


May 2017

Bulan May, tak banyak benda menarik sangat. Masa labor day, aku g KL melawat anak sedara yang baru lahir...sambil2 tu, kite berusti sekali la kt the Royal hotel damansra, depan IKEA...masa penghujung bulan May, ade department teambuilding yang wat kat area Batu Feringgi..so, banyak pics from teambuilding je...



June 2017

Hari RAYA Aidilfiri jatuh pada bulan Jun. so, banyak gambo raya je. macam biasa aku balik beraya kat kampung mertua n kampungku yang dekat 10min je perjalanan...hahah...senang sangat, tak yah gaduh2 nak balik beraya.



ps: Ade sambungan plak ye....utk second half of the year 2017. 

Wednesday, December 20, 2017

Ada apa dengan wonderfood museum

Ada apa dengan wonderfood museum | Assalamualaikum korang....sape penah pegi Wonderfood museum, angkat tangan?? Muziumm ni kat Penang...saya org Penang tp br first time terjah ke muzium ni...ade ape ek kat situ...

Wonderfood Museum ni adalah Muzium Makanan Pertama di Malaysia. Ia dibuka pada 21 Nov 2015 (da hampir 2 thn di penang ni) dan fames dengan nama the world’s first inter-food fantasy.  Dalam muzium ni, pelbagai jenis makanan tempatan yang korang bole tgk...saiznye besar gedabak sesuai sangat untuk korang yang suka bergambar...its FAKE tapi nampak REAL sgt...cam ank2 saya, sumenya pakat nak makan makanan yang di pamerkan...dah la masa pegi tu, tak makan lagi...Adik Emir memanjang kata "Nak makan, mama."  sian sgt kat anak mama..



TARIK jgn tak TARIK
INDIAN food kat belakang tuuu....siap ngan daun pisang lagi
Belakang kitorang ni, Malay food...ade lemang, nasi beriyani ngan ayam, roti jala, ketupat....nyum2...sume rasa nk makan je
Nasi Kandar...Penang mmg sinonim sgt ngan NASI KANDAR...tgk ni, terus nk g terjah nasi kandar
Ni plak chineese food:  yang besar kt tgh tu namanye POON CHOOI (Chineese Casserole) , Yusheng, kuih kapit, tangyuan, local biscuits, tim sam...
sedapnye kalo dpt makan asam laksa semangkuk besar ni...kenyang sampai seminggu laa....hahahha

kalo korang berminat bole masukkan alamat kt bawah ni dlm GPS korang....sure sampai kt depan pintu masuk muzium tu...

Alamat: 49, Lebuh Pantai, 10200 Georgetown, Penang
Phone: +604-251 9095
Waktu Buka: Daily 9am-6pm
Harga Tiket: Malaysian- Adult RM15, Child RM10
Non-Malaysian- Adult RM25, Child RM15

p/s: ade banyak lagi nk cite ni, kite sambung part 2 plak ye....stay tune guys!!!... :)

Friday, December 08, 2017

Walk In interview at Intel Penang/Kulim

Salam uolss

my "great place to work" ade open walk in interview utk sume talented engineers out there....tak kesah la korang fresh grad o yg da experince, klo nk try ape salahnye...yang penting korang kena ade  electrical / electronics engineering / computer systems / physics degree ye...

klo sape2 berminat nk keja kat Penang or Kulim, sila2 la forward resume to me ya...best oo keja kt sini...hehehe...GREAT PLACE TO WORK sgt....




for more info, bole klik kt sini. SINI

Wednesday, December 06, 2017

Wordless Wednesday: Gelagat dua beranak

salam uolss...

arini terasa tak nak tulis panjang2....hehehe..just nak share gambo2 dua beranak..bukan senang nak dapat mood baik drpd kakak Arissa...bukan senang kakak nak bergambo n bermesra dengan mamanye macam nii...hehehe...sekali sekala je....


sayang anak mama ni ye...

cubaan membuat BIG LOVE from us

kakak posing ayu ye

AYU AYU gituu

eh...ehhh

sama tak muka kitorang

till then....tata..~~
Related Posts with Thumbnails