Search This Blog

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, July 06, 2018

Resepi Laksa Johor paling sedap

RESEPI LAKSA JOHOR PALING SEDAP DAN MANTAP!

Menu ni paling fav di Johor, kalau open house tu, menu ni yg habis dulu!

BAHAN- BAHANNYA:

Mee laksanya adalah - Spegeti

Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan):

Ikan kembong + ikan SARDIN + IKAN TENGGIRI
udang basah 100gm
1 1/2 paket kecil udang kering

Bahan B (dimesin):

bawang besar - 5 biji(kuah lebih manis
bawang putih 3 ulas
cili kering - 15 -20tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang dihiris halus dan dimesin
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / paket atau lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan (saya guna 2 paket)

Bahan Hias:

limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus( ade juga yang potong keliling n jadi mamc bawang bila dipotong bulat)
tauge buang ekor (segar)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum diracik halus
lobak asin

CARA-CARANYA:

1.rebuskan ikan, udang dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan

*cara buat kuah

1.Tumis minyak dan masukkan bahan B hingga wangi
2.Bila garing, masukkan rempah kari cili belender dan kacau sebentar sehingga naik bau 1/minit
3.Masukkan ikan/udang yang dimesin
. 4.Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
mangkuk air dan
5.Masukkan asam keping
6.Tambah garam dan gula untuk rasa
7.Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1
1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan
didalam peti sejuk

sambal belacan
cili api/merah
bawang
ikan bilis
belacan
(kukus brg diatas)
masa nk belender buh air asam jawa
gula.....

Siap! Letak spegeti dlm mangkuk, letak ulam dan curah kuah. Makan la guna tanggan! Sedap
!!!

Like & Share resepi panas

Kredit: facebook


laksa johor

sedapnye bila di makan panas2 ni...
Selamat Mencuba!!

Tuesday, June 12, 2018

Tips cuci rumah sempena nak raya

Tips² cuci rumah sempena nak raya ! ♡♡♡

1. Nak kilatkan lantai rumah sekilat²nya!
Pencuci lantai mix dgn cuka & air panas pastu mop lah lantai tu mcm biasa...

2. Nak bagi habuk tak senang lekat dekat perabot??
Lap perabot²  pakai softener pakaian dgn kadar 1:10.. 1 penutup softener dgn 10 cawan air...air putihh yer...bukan air sirappp atau air kopi ...😀😀😀

3. Nak bagi rumah bau harum melekat²...mix softener dengan cuka then sprayy laa umah u olss macam pewangi jenama² terkenal tu...spray kat langsir²...dan sofa² jenis fabrik...bau wangi akan tahan lamaaaaaaa...

4. Nak cuci bilah kipas siling yang berhabuk, korunks boleh guna sarung bantal terpakai. Basahkan kemudian sarung bilah kipas tu. Tarik perlahan-lahan. Habuk tak berselerak & berterbangan. Semua masuk dalam sarung bantal tu. Cuci & lap bilah seterusnya.

5. Nak bersihkan lantai bilik air supaya berkilat. Senang sangat tau,campuran 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Lepas tu sental & cuci macam biasa.

6. Oven yang kotor dengan percikan kotoran boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat + air. Campuran tersebut tuang kat tempat yg terkena kotoran. Biarkan sekejap. Lepas tu boleh kikis kotoran tebal & lap macam biasa dengan air bersih. Berkilattt youuu

Okayyyy jom buattt sekaranggg....!!



Krdt : rosdiana rapiah
Sumber facebook

Wednesday, June 06, 2018

Tazkirah Ramadhan 10 mlm terakhir

Tazkirah oleh:
Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah
Tmn Seri  Keramat

📌Bagi yg merasakan kurang berpuas hati dgn  ibadah puasanya sejak dr hari pertama berpuasa,  anda  tidak perlu risau.  Kerana masih ada peluang lagi yg Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pd 10 malam terakhir.
📌Pd 10 mlm terakhir ini,  banyakkan berjaga  di sebelah malam. (biarlah pd 10 mlm terakhir ini, waktu kita bertukar. Sblh siang, rehat/tidur secukupnya utk kita berjaga/beribadah di sebelah malam.
📌Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/cergas pd mlm2 itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.
📌Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dgn solat, zikir dan mengaji Al-Quran
📌Kurangkan menonton tv pd mlm2 ini
📌Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, *jangan tinggal doa: "Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni*"
✅Sentiasa amalkan langkah2 ini sebelum berdoa:
1) Puji Allah dahulu. Dgn 99 nama2-Nya
2)Berselawat
3)Istighfar
4)Doa
📌Apa yg kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.
📌Banyakkan berdoa dgn memuji Allah. Qadar dan Qada  Allah boleh diubah dgn doa.
📌Kpd wanita yg dlm haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan mlm2 ini dgn ZIKIR DAN DOA.
📌Jangan sibukkan diri dgn membuat kuih raya pd mlm2 ini. Buat persiapan raya pd waktu siang. Jgn lepaskan peluang yg Allah berikan ini.
📌Sepanjang mlm2 ini, hidupkan suasana harmoni dlm rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/isteri/anak2/adik beradik. Sentiasa bersabar dgn kerenah suami/isteri/anak2 sehingga 10 mlm ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak2 yg degil sekalipun. Allah mendgr doa ikhlas kita
📌 Jika tiada suasana aman di dlm rmh kita, kita tidak mungkin dpt bertemu dgn mlm lailatul  qadar. Krn pernah terjadi pd zaman Nabi saw, terdpt 2 org pemuda yg bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan utk memberitahu bila sbnrnya mlm lailatul qadar itu. *CREATE PEACEFUL IN OUR HOUSE*
📌Jika kita ada merasai kelainan pd mlm ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yg lain. Kejut mrk, jika mrk tidur.
📌Bermula dari hari ini sehingga mlm2 tersebut:
1)Sentiasa dlm berwudhu
2)Sentiasa pakai pakaian yg bersih
3)Sentiasa dlm keadaan wangi
👉🏻Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dgn kita
📌Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa2 kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dgn dosa2 kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara2 yg dilarang Allah di luar bulan  Ramadhan nanti.

Sumber: wasap

Tuesday, June 05, 2018

Iklan Raya paling sedih

Salam 20 Ramadhan..

Lagi 10 hari da nak raya. Cptnye masa berlalu kan. Tik tok tik tok arini da masuk hari ke 20 da. Iklan raya pun da mula disiarkan di TV 📺 dan radio 📻. Antara banyak2 iklan, korang suka yang mana satu 🤔🤔

Aku suka iklan yg kt bwh ni.. hahaha. 🤣🤣 iklan lama ni. 3 thn lps.. aku la pelakon utamanya.. jom layan sama2... bagi komen sket supaya dpt improve lg mutu lakonan ku di masa hadapan. Jgn gelak ye. 🤭🤭🤭



Dengan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin.. 😉😉

Thursday, May 31, 2018

Resepi nasi tomato

Nasi tomato🍅
Sy suka hancurkan fresh tomato bubuh dlm nasi tomato dlm 4 biji utk 7 pot nasi
Idea utk berbuka puasa.

Resepi nasi tomato🍅
7 pot beras cuci n toskan.masuk dlm rice cooker.

Tumis dlm kuali:
-Bubuh butter 1/2 buku.
-4 sekawan
-Hirisan halia dlm 1/2inci,bwg putih 7 ulas & bwg besar 1 biji
-4 biji tomato. 2 smash hancurkan. 2 biji lagi belah 6 masuk dlm kuali.
-1/2 tin susu cair tuang dlm kuali.
-2 sdb sos tomato nak bg warna merah sikit.
-Garam n perasa.
-Kacau n terus tuang dlm periuk nasi.
-Sukat air guna jari mcm biasa.
-Taburkan kismis & gajus jika mau.
-Tggu sampai masak baru kacau balilkkan.tekan periuk nasi lg sekali.
-Siap.
-Saya lawankn dgn ayam masak merah fav.ank ank.

Kredit Resepi : Adibah Adilah Adawiyah

sumber: facebook

Tuesday, May 29, 2018

Tips kebahagiaan suami isteri

Sepuluh tips kebahagian suami isteri. Perkongsian  Ustaz Abu Sufyan.

1. Makan bersuap. Suap isteri kita makan, asing isi bg lauk yg bertulang, amik hidangan yg jauh utknya.

2. Tidur malam dalam dakapan. Isteri nak tidur atas lengan atau atas dada suami.

3. Selalu mesej ayat-ayat cinta. Tiada bilangan khusus. Cukup nyatakan kerinduan bila berjauhan.

4. Sesekali ke dapur bantu isteri masak atau sesekali suruh isteri rehat kita yg masak lauk istimewa.
5. Ajak isteri duduk atas riba atau kita baring atas paha isteri sambil baca buku atau kitab.
6. Kemas rumah; lipat baju, mop lantai, vacum habuk dan kemas apa yg patut.

7. Kucupan manja di pipi atau di dahi. Insyaaallah seluruh hidup isteri akan berseri pagi tu.

8. Peluk dari belakang sama ada ketika isteri sedang masak atau sedang basuh pinggang di sink.  Bisik kat telinga "Jazakillahukhairan sygku."

9. Berkongsi gelas yg sama utk minum/berbuka puasa.

10. Selalu mandi bersama.Gosokkan daki, scrubkan badan, syampokan rambut.

Tidak salah selagi ia dilakukan dalam batas2 yg dibenarkan syara'.

Inilah sebahagian usaha untuk kita buat yg terbaik utk isteri-isteri kita. Seperti kata Nabi Sallallahu alaihi wasallam

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
“Sebaik-baik orang di antara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap istriku” (HR. Ibnu Majah)

Semoga bermanfaat.

Sumber facebook


Saturday, May 26, 2018

Resepi murtabak maggi

Murtabak Maggi

Sedap dan mudah dibuat. igt lagi masa sekolah menengah dulu selalu wat murtabak maggi ni...senang sgt...

🌸Bahan-bahan:

4 peket maggi - direbus mee saja
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang carrot
Isi ayam dan chicken ball secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
4 peket serbuk perisa maggi
Sedikit daun sup dan bawang

* Peket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.

🌸Cara-cara:

Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil . Kupas semua bawang dan diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil . Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga . Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu .

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau , masukkan chicken ball , carrot , daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak . Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau .

Masukkan semua mee maggi , tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni . Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata . Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat .

Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan .

Kredit : Foodink Carteen
Sumber: Facebook

sungguh enak dimakan begitu saja

Selamat mencuba dan selamat berbuka!

Resepi Air Asam Ikan kembung

Kalo ibu nyer style.. ikan tu ibu buang tulang siap2.. perghh gajah mai lalu blkang pun x pasan..

Resepi Air Asam Ikan Kembung..

🌸Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar - di potong dadu
1 biji tomato - di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api - Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh
1/2 biji cili besar - Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam

🌸Cara Membuatnya

1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor. Angkat ikan dan ketepikan.

2. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.

3. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.Perah air limau. Masukan gula. Gaul hingga rata

4. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.

# Selamat mencuba.

Nota:

👉Kalau nak tukar dengan daging, perut lembut, atau kerang pun boleh. Gunakan teknik memasak yang diajar oleh Puan Roshima ini.

👉Sukatan Air Rebusan Ikan, Jangan Sampai Ikan Tenggelam

air asam


# Selamat mencuba dan Selamat Berbuka Puasa

Resepi ikan celop tepung

RESEPI IKAN CELOP TEPUNG AKAK2 STAIL RANGUP
Sepeket tpung beras
2 biji telur ayam
3 sudu srbuk knyit
3 sudu bsr air kapur
Garam secukup rasa
Air ais - agak2 tpung tu x cair dn x pekat
# satukan tpung beras,srbuk knyit dn garam- gaul bg sebati
# msukkn air ais tu ikut kpekatan yg sesuai
# msukkn telur dan air kapur - gaul sebati
# goreng minyak bnyk dgn api sedang2 je..
* guna air ais tpung tu lg rangup
* pastikan minyak betul2 panas bru tpung dia jadi berkerak cantik
.
.
Sumber: Facebook.
Kredit Resepi - ‎Ummi Hana (mahn)


Friday, May 25, 2018

Resepi murtabak mini ayam cheese

Murtabak mini ayam cheese
.
Bulan puasa nanti x gaduh bli murtabak da kot.. buat sendiri je simpan stock byk2 😁
Lg sedap dari beli kt luar.. ayam seketoi2 bila kunyah.. huhu
.
Resepi sumber MAHN tapi sy tambah cheese 😁
.
Bahan2 Inti..
isi ayam @ daging - cincang
kentang - potong dadu
Carrot - potong dadu
rempah kari daging - 1 paket kecik
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang besar - potong dadu
daun sup - hiris
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis
Cara memasak inti..
1. Panaskan kuali.. Tuang sedikit minyak masak.. Masukkan bawang yang dihiris..
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air.. Tumis rempah hingga pecah minyak..
3. Masukkan isi ayam & masukkan kentang.. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak..
4. Masak sehingga air hampir kering.. Masukkan sedikit garam & gula.. blh juga letak serbuk cukup rasa..
5. Masak hingga betul2 kering.. Sejukkan & sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini....
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul & masukkan sedikit garam.. Masukkan inti yg telah dimasak tadi..
2. Masukkan daun sup dan bawang.. Kacau hingga sebati..
3. Buka kulit popia, letak atas dulang.. letak sekeping cheese di tengah2..
Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu.. Letak di atas cheese tadi.. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan.. lekatkan lipatan terakhir guna gam (tepung gandum + air)
Terbalikkan bila di lipat, letak atas bekas lain & ulang proses yg sama..
4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak.. Letakkan murtabak mini tadi..
5. Bakar sehingga masak.. Balik2kan ia... bila dah siap bolehlah dihidangkan..
credit : Saya CikPuan Hanani‎ 
Sumber : facebook

bahan yg diperlukan

Siap

Selamat mencuba dan selamat berbuka !!

Resepi Rendang Daging Power

RENDANG DAGING POWER

Ada yang suka? Share dulu nanti boleh buat

Resepinya:

🌸Bahan:
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan2 bertanda* smp cili kering jd rapuh.. api slow je
-kisar kering smp halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bwg merah kecik*
4 ulas bwg putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 btg serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lg lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)

🌸Cara penyediaan:
-kisar bahan2 bertanda *
-tumis bahan2 kisar smp garing@pecah minyak
-masukkan rempah yg dikisar halus td..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan msk smp pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dgn garam.. sy x suka rendang yg manis, kalau suka manis nak letak gula pun blh
-sy buat byk rendang ni.. blh frozen kan.. in case ada tetamu dtg mengejut blh p cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan☺️
*rendang sy x ada lengkuas.. kalau nak tambah blh jer, selera masing2

Kredit resepi & video: Zaimah Zakaria

Untuk lebih banyak resepi setiap hari jom follow fb Zaimah Zakaria
Sumber facebook


Thursday, May 24, 2018

Resepi buah melaka viral yang sedap

Resepi Buah Melaka Sedap 😍😍😍

🌸Bahan-bahannya:

2 cwn tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 biji Gula melaka yg saiz kecik (@stgh biji yg standard size)
1 cwn air @ air secukupnya
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pandan
Serbuk pewarna yg dibenarkan

🌸Cara penyediaan

1) Gula melaka dipotong kiub kecil2.

2) Gaulkan kelapa kering dgn sedikit garam sehingga rata.. ketepikan..

3) Satu kan tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dan sedikit pewarna hijau dlm satu bekas.

4) Bancuh tepung dengan air sikit demi sedikit sampai adunan sebati sehingga boleh digentel dan tidak melekat di tangan..

5) Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.

6) Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.

7) Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.

😎 Angkat kuih yg dah timbul dipermukaan air dan toskan di dalam tapis.

9) Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.

Sedia untuk dihidangkan.

like & share
Bawang goreng utk resepi2 hebat menanti
Sumber facebook


Resepi nasi tomato dan ayam masak merah

RESEPI NASI TOMATO

🌸Bahan nasi:

4 cawan beras
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
3 sudu minyak masak
Rempah kasar
3 sudu tomato puri
Garam
Air secukupnya

🌸Bahan ayam masak merah:

1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 cawan cili kering (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kasar
1 biji tomato

🌸Bahan acar:

1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 batang cili hidup
3 sb cuka
5 sb gula

🌸Cara-cara:

1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu
2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu
3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan
4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa.
5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau
6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
7)Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang
8)Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang.

Kredit: Seminit Resepi
Sumber : Facebook


Resepi Biskut samprit

Biskut samprit. Guna majerin jer. Nak guna mentega mahal 😄. Tapi rasanya tetap tidak mengecewakan.


🌸Bahannya
150 gm majerin
80 gm gula aising
50 gm tepung jagung
80 gm tepung kastard
120 gm tepung gandum
1 biji kuning telur

🌸Cara2
👉pukul majerin guna whisk @ senduk kayu. Sebatikan
👉masukkan kuning telur & kacau.
👉masukkan tepung gandum,tepung jagung & tepung kastard.
👉uli hingga jd doh & terap atas loyang yg disapu majerin.
👉bakar pd suhu180°c selama 20-25 min begantung pd suhu oven masing² & saiz biskut.


Sumber facebook

Wednesday, May 23, 2018

Resepi biskut M&M Rangup



Resepi Kuih RayaBiskut M&M Rangup

🌸Masa Penyediaan: 15 minit |Masa Memasak:15 minit |Jumlah Hidangan:80-100 biji biskut mini

Oleh: Che' Nom

🌸Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 1/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan (170 gram) unsalted butter, suhu bilik
1/3 cawan gula kastor, resepi asal 2/3 cawan
2/3 cawan gula perang
1 biji telur
1 biji kuning telur sahaja
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 - 1 cawan M&M

🌸Cara Penyediaan:

👉Panaskan oven pada suhu 170°C. (Che Nom bakar pada suhu 160°C sahaja sebab ikut kesesuaian oven).

👉Ayak tepung gandum, baking soda dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.

👉Dalam mangkuk berasingan menggunakan electrik mixer ataupun hand mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang, ringan serta warna menjadi pucat.

👉Kaut bahagian bawah dengan spatula dan kacau supaya sekata. Masukkan telur dan kuning telur. Teruskan putar sehingga sebati kemudian masukkan esen vanilla.

👉Sudukan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sehingga adunan sekata. Gunakan spatula untuk pastikan bahagian bawah doh digaul sebati.

👉Jika adunan agak lembik, masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit ke 1 jam.Gunakan sudu kecil atau scoop ice cream untuk bentukkan kepada doh bulat kecil dan kemudian susun di atas dulang pembakar.

👉Selit M&M di dalam doh dan juga tekan rata M&M di atas permukaan doh.

👉Bakar selama 15-18 minit. Angkat dan sejukkan di atas dulang pembakar seketika sebelum dipindahkan ke atas rak penyejuk biskut kerana biskut agak lembut di tengah jika masih panas.

🌸Tips:

💝Jika anda suka biskut yang tidak terlalu manis, kurangkan sedikit gula seperti yang disebut di atas.Jangan tambah tepung kerana aduna memang lembik dan akan mudah dibentuk jika disejukkan di dalam peti ais seketika.

💝Resepi Biskut M&M Rangup yang pasti akan menarik perhatian kanak-kanak kerana terdapat pelbagai warna menarik dari hiasan coklat M&M. Untuk faktor rasa biskut, pemilihan butter adalah faktor yang paling utama mempengaruhi kesedapan biskut. Kalau dah guna butter salted tidak perlu lagi tambah garamdi dalam adunan. Jika gunakan Buttercup pun tak perlu lagi tambah garam.

💝Candy M&M harus dimasukkan pada saat akhir sebelum dibakar kerana kalau dimasukkan awal nanti warna M&M akan melekat dan bercampur aduk di dalam doh.

💝Biskut ini  sesuai dihidangkan pada musim perayaan dalam saiz mini. Panjangkan tempoh pembakaran sehingga warna biskut menjadi 'golden brown' jika mahu lebih rangup. Resepi diadaptasi dari Stephanie Jaworski, Joy of Baking


Resepi terung goreng berlada

*RESEPI TERUNG GORENG BERLADA*

🌸Bahan2🌸
Terung
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Bawang besar-dihiris
Ikan bilis digoreng garing

🌸Bahan2 tumbuk kasar🌸
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Cili besar merah
Cili padi

🌸Cara memasak🌸
- terung dibasuh dan dibelah tengah..Goreng dlm minyak panas, biar smp masak tpi jgn lembik sgt... Angkat toskan...

- kemudian tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau wangi ..Masak sehingga pecah minyak...

- kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula.. kalu nak lebihkan kuah masukkan sedikit air.. biarkan mendidih..

- kemudian masukkan terung yg telah ditoskan tadi dgn bawang besar yg dihiris... biarkan kejap bg sambal berlada sebati dgn terung..

- bila sudah betul2 masak, angkat dan gaulkan dgn ikan bilis goreng... siap!!

Selamat mencuba !!!



Sumber facebook

Resepi sambal ikan bilis dengan petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai 😍😍

Bahan-bahan:

1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia - opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara-cara:

Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Nota:

Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.




Sumber facebook


Tuesday, May 22, 2018

Resepi buttermilk chicken ringkas dan mudah

Resepi Buttermilk Chicken

BAHAN2:
1 ketul Dada Ayam - potong kiub kecil
1 bj Putih Telur
1/2 cwn Tepung Kentucky
2 sb Butter
1 ulas Bwg Putih - cincang
2 tangkai Daun Kari
3 bj Cili Padi
1/2 cwn Susu Cair Evaporated (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada

CARA2:
1. Perap ayam dgn garam, serbuk lada & putih telur selama 5-10 minit.
Golekkan ke dlm tepung Kentucky & goreng sehingga masak & garing.
2. Cairkan butter & tumis bwg putih, daun kari & cili padi sehingga wangi.
Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga pekat.
3. Tuangkan ke atas ayam goreng & hidangkan segera dgn nasi putih.

Like & Share
Resepi Memikat Suami



Sumber facebook

Wednesday, September 07, 2011

SELAMAT HARI RAYA untuk sume!!!

salam utk muslimin dan muslimat....

Di kesempatan ini, tuan empunye blog, cik miyoko suki aka lebih dikenali ngan nama cik TITIN ingin menyusun sepuluh jari, kiranye ada salah dan silap, harap di maafkan...sebagai manusia kite tak lari drpd membuat salah....so, mintak maaf sume, sekiranye ada yang terguris hati pembaca sekalian (bujet cam ramai je yg baca kann)....semoga kite mendapat keberkatan di hari yg sangat MULIA ini.....

pesan saya untuk sume :-
  • berhati-hati di jalan raya kalo balik ke kampung...
  • pastikan rumah dikunci ngan serapi--rapinye...
  • enjoy your raya tapi sentiasalah beringat kepada yang kurang berkemampuan...
  • ingatlah org yang jauh di mata niii....(ada ke org nk igt kt aku)
  • sila mkn ketupat bagi pihak cik titin gak ye....uwaaaa....nk mkn ketupat palas tok...
walaupun cik TITIn tak pulang ke kampung, tapi still rasa meriahnye hari raya sebab korang sume laaa....hehehe....

akhir kata....layan dulu kad raya yg tak seberapa niii....nk jugak kaannnn...


*sticky mode entry sampai abih raya...hehehe*


Tuesday, August 30, 2011

sume org kt Mesia da selamat menyambut raya..aku kt sini masih berpuasa..go..go..one more day....

Salam Aidilfitri...

waaaa..bestnye tgk gambo membe yg da beraya sakan kt Mesia tuu..sume pakai bj cntik2...siap cntik2 ye...dan yg paling penting, makan pon sedap..ketupat, lemang, lontong...sume adalaaa....kt sini, non ada...uwaaaa......

aku br je selesai bersahur utk Ramadhan ke-30...InsyaAllah, mudah-mudahan bertambah berkat hidup sebab berpuasa lebih daripada org...go..go...one more day to go...caiyok..caiyok...

tapi, semlm best sgt2..sebab dpt skypr ngan famili kt penang nun jauh disana...sgt2 meriah raya kt umah aku tuuu..mmg selalu camtu punn...best sgt2 sebab ada ramai sedara niiii....tak rasa sedih sbb dpt tgk sume org...tp, tggula pagi raya nnti...sure menangis tak berlagu...uwaaaa....

yang paling bermakna semalam, dpt jugak berskype ngan tunang tersayang...hehe...nasib baik die datang rumah beraya....berani ek die beraya tanpa saya....sgt2 semangat...

okla, kengkawan..nk pegi solat subuh dulu..lepas ni, tdo kejap and go to work....hmmm....no mood for work.. :(
Related Posts with Thumbnails