Search This Blog

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, August 14, 2018

Koleksi LeeyanaRahman Adha 2018

Salam korang..

Jom cuci mata tgk koleksi baju raya Aidiladha drpd butik LeeyanaRahman:

baju
SZANDRA QUROONG RIAU

cantik
SZANDRA QUROONG

SZANDRA DRESS dalam 9 kaler letup

jubah
SZANDRA ROYAL BLUE DRESS antara color yang paling hot

kaler putih sesuai digayakan pada setiap event.

koleksi Quroong Riau adalah satu koleksi yang sopan dan sejuk je mata memandang



💝💝💝Szandra Quroong Riau💝💝💝
Normal price : RM279
Special price : RM249 ( early bird price) 
Release Date : 2nd week of August 2018 
Material :  custom made polcadot chiffon & fully lining 
Colour : 9 colors
.
Wasap me to order
.
pearl (bawal shiffon) // RM59
www.leeyanarahman.com.my


#leeyanarayaaidiladha2018 #leeyanaraya2018 #janganbencintaku #lrclovers #bajukurung #bajukurungmurah #bajukurungcantik

Friday, July 06, 2018

Resepi Laksa Johor paling sedap

RESEPI LAKSA JOHOR PALING SEDAP DAN MANTAP!

Menu ni paling fav di Johor, kalau open house tu, menu ni yg habis dulu!

BAHAN- BAHANNYA:

Mee laksanya adalah - Spegeti

Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan):

Ikan kembong + ikan SARDIN + IKAN TENGGIRI
udang basah 100gm
1 1/2 paket kecil udang kering

Bahan B (dimesin):

bawang besar - 5 biji(kuah lebih manis
bawang putih 3 ulas
cili kering - 15 -20tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang dihiris halus dan dimesin
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / paket atau lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan (saya guna 2 paket)

Bahan Hias:

limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus( ade juga yang potong keliling n jadi mamc bawang bila dipotong bulat)
tauge buang ekor (segar)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum diracik halus
lobak asin

CARA-CARANYA:

1.rebuskan ikan, udang dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan

*cara buat kuah

1.Tumis minyak dan masukkan bahan B hingga wangi
2.Bila garing, masukkan rempah kari cili belender dan kacau sebentar sehingga naik bau 1/minit
3.Masukkan ikan/udang yang dimesin
. 4.Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
mangkuk air dan
5.Masukkan asam keping
6.Tambah garam dan gula untuk rasa
7.Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1
1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan
didalam peti sejuk

sambal belacan
cili api/merah
bawang
ikan bilis
belacan
(kukus brg diatas)
masa nk belender buh air asam jawa
gula.....

Siap! Letak spegeti dlm mangkuk, letak ulam dan curah kuah. Makan la guna tanggan! Sedap
!!!

Like & Share resepi panas

Kredit: facebook


laksa johor

sedapnye bila di makan panas2 ni...
Selamat Mencuba!!

Meriahnya raya bersama tudung Ariani

Salam korang

Salam jumaat korang. Tiap2 tahun, sis memang tak penah missed shopping di Ariani. So far, sis sgt suka pakai tudung Ariani ni. Mmg serasi sgt dengan sis. Ye la, kalo nak pakai tudung quack quack tk mampu rasanya.. hrga mahal dan nnti tk terpakai sbb sayang nk cucuk pin sana sini. Sis penah beli tdg quack quack dua thn lps . Tp pkai sekali sekala je sbb sayang nk cucuk2 pin. Kalo nk pakai tiap2 ari lg la sayang kan.

So, pilihan tudung raya sis tahun ni, tentula tudung ARIANI. kainnye lembut dan sedap di pakai. Ade pelbagai jenis pattern dan corak. Ade shawl, instant dan square. Pilihan sis adalah long shawl dan instant. Instant senang sket nak pakai... sarung dan pin kan je....maklumla sis ni mak anak dua yang masih kecik ni. memang selalu kena cepat bersiap. kalo tak ade je yang bising kt belakang...hahaha...

layan koleksi shawl ARIANI sis tahun ni... :)

tudung raya

shawl





sape berminat bole terjah butik ARIANI berdekatan ngan korang. dengar kata skang ni, ade sales... kalo nk shopping online, bole pergi kt website dorang ARIANI.COM


Tuesday, July 03, 2018

Photoshoot Raya 2018

Salam 18 Syawal

Cepatnye masa berlalu. Da 18 hari kite beraya. Aku masih lg dlm mood raya. Sbb tu blog pun tak berupdate lg ni.. hahaha..

Nak cite pasal photoshoot raya. Ni first time aku berphoto shoot. Sush jugak sebenarnye. Yela ngan anak kecik yang tak beri kerjasama. Memang susahla nak bergambo. Si kecik tu asyik lari ke sana dan ke sini. Yang kakaknye da bole handle sket. Sbb da besar. Yang adik tu wat mama pening. Photographer pun pening sekali.. ye la.. die terpaksa jerit2 barula adik nak pandang kamera. Dahla puasa kannn. Dugaan jugak utk photographer..

Btw, outputnye sgt cantik. Da la aku dpt hrga promosi sbb booking awl.. so sape berminat bolela terjah instagram dorang ni:
yatiezaki_official_STUDIO

tapi, dorang base kt Penang...sape org penang n belah utara, bolela p terjah.. :)







gambo ni paling susah nak amik...ni secara spontan je adik nak salam tgn kakaknye tu...tgk seblh tgk pegang toy lg...heheh

Thursday, June 14, 2018

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin

Salam korang. Di hari terakhir Ramadhan ini, saya ingin menyusun sepulh jari memohon ampun dan maaf sepanjang sy berblog. Selamat Hari Raya untuk semua.




Tuesday, June 12, 2018

Tips cuci rumah sempena nak raya

Tips² cuci rumah sempena nak raya ! ♡♡♡

1. Nak kilatkan lantai rumah sekilat²nya!
Pencuci lantai mix dgn cuka & air panas pastu mop lah lantai tu mcm biasa...

2. Nak bagi habuk tak senang lekat dekat perabot??
Lap perabot²  pakai softener pakaian dgn kadar 1:10.. 1 penutup softener dgn 10 cawan air...air putihh yer...bukan air sirappp atau air kopi ...😀😀😀

3. Nak bagi rumah bau harum melekat²...mix softener dengan cuka then sprayy laa umah u olss macam pewangi jenama² terkenal tu...spray kat langsir²...dan sofa² jenis fabrik...bau wangi akan tahan lamaaaaaaa...

4. Nak cuci bilah kipas siling yang berhabuk, korunks boleh guna sarung bantal terpakai. Basahkan kemudian sarung bilah kipas tu. Tarik perlahan-lahan. Habuk tak berselerak & berterbangan. Semua masuk dalam sarung bantal tu. Cuci & lap bilah seterusnya.

5. Nak bersihkan lantai bilik air supaya berkilat. Senang sangat tau,campuran 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Lepas tu sental & cuci macam biasa.

6. Oven yang kotor dengan percikan kotoran boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat + air. Campuran tersebut tuang kat tempat yg terkena kotoran. Biarkan sekejap. Lepas tu boleh kikis kotoran tebal & lap macam biasa dengan air bersih. Berkilattt youuu

Okayyyy jom buattt sekaranggg....!!



Krdt : rosdiana rapiah
Sumber facebook

Wednesday, June 06, 2018

Cara berhijab ala-ala YB Nurul Izzah

Salam 21 Ramadhan korang

Pada sape yang suka menggayakan tudung bawal, dan nak meniru gaya seperti YB Izzah bole tgk tutorial kt bawah ni. Raya da nak dekat kan.. so ape lagi.. jom kite bergaya macam YB Izzah

Langkah 1: Selepas memakai anak tudung, lipat hujung tudung 4 segi kepada bentuk tiga segi kecil.

Langkah 2: Letakkan tudung  dengan belah tiga segi (lipatan di belah dalam)  di atas kepala dan biarkan belah kanan panjang daripada belah kiri.

Langkah 3: Kemaskan lipatan tudung (di sebelah kanan) dan bawa ke bawah dagu korang.

Langkah 4: Tarik lipatan daripada bawah dagu korang ke bawah telinga kiri korang.

Langkah 5: Biarkan bahagian atas jatuh dengan sendirinya dan pinkan bersama bahagian anak tudung dan tudung dengan kerongsang. 


Langkah 6: Tarik bahagian yang lebih daripada kiri tudung ke bahagian atas tngah kepala korng dan pin kan dengan jarum peniti.


TARAAAA.....jadilah tudung bawal cara YB Nurul Izzah.

Senang je kan, korang...Selamat mencuba...

Sumber: nst.com.my

Tuesday, June 05, 2018

Iklan Raya paling sedih

Salam 20 Ramadhan..

Lagi 10 hari da nak raya. Cptnye masa berlalu kan. Tik tok tik tok arini da masuk hari ke 20 da. Iklan raya pun da mula disiarkan di TV 📺 dan radio 📻. Antara banyak2 iklan, korang suka yang mana satu 🤔🤔

Aku suka iklan yg kt bwh ni.. hahaha. 🤣🤣 iklan lama ni. 3 thn lps.. aku la pelakon utamanya.. jom layan sama2... bagi komen sket supaya dpt improve lg mutu lakonan ku di masa hadapan. Jgn gelak ye. 🤭🤭🤭



Dengan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin.. 😉😉

Wednesday, May 23, 2018

Resepi biskut M&M Rangup



Resepi Kuih RayaBiskut M&M Rangup

🌸Masa Penyediaan: 15 minit |Masa Memasak:15 minit |Jumlah Hidangan:80-100 biji biskut mini

Oleh: Che' Nom

🌸Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 1/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan (170 gram) unsalted butter, suhu bilik
1/3 cawan gula kastor, resepi asal 2/3 cawan
2/3 cawan gula perang
1 biji telur
1 biji kuning telur sahaja
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 - 1 cawan M&M

🌸Cara Penyediaan:

👉Panaskan oven pada suhu 170°C. (Che Nom bakar pada suhu 160°C sahaja sebab ikut kesesuaian oven).

👉Ayak tepung gandum, baking soda dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.

👉Dalam mangkuk berasingan menggunakan electrik mixer ataupun hand mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang, ringan serta warna menjadi pucat.

👉Kaut bahagian bawah dengan spatula dan kacau supaya sekata. Masukkan telur dan kuning telur. Teruskan putar sehingga sebati kemudian masukkan esen vanilla.

👉Sudukan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sehingga adunan sekata. Gunakan spatula untuk pastikan bahagian bawah doh digaul sebati.

👉Jika adunan agak lembik, masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit ke 1 jam.Gunakan sudu kecil atau scoop ice cream untuk bentukkan kepada doh bulat kecil dan kemudian susun di atas dulang pembakar.

👉Selit M&M di dalam doh dan juga tekan rata M&M di atas permukaan doh.

👉Bakar selama 15-18 minit. Angkat dan sejukkan di atas dulang pembakar seketika sebelum dipindahkan ke atas rak penyejuk biskut kerana biskut agak lembut di tengah jika masih panas.

🌸Tips:

💝Jika anda suka biskut yang tidak terlalu manis, kurangkan sedikit gula seperti yang disebut di atas.Jangan tambah tepung kerana aduna memang lembik dan akan mudah dibentuk jika disejukkan di dalam peti ais seketika.

💝Resepi Biskut M&M Rangup yang pasti akan menarik perhatian kanak-kanak kerana terdapat pelbagai warna menarik dari hiasan coklat M&M. Untuk faktor rasa biskut, pemilihan butter adalah faktor yang paling utama mempengaruhi kesedapan biskut. Kalau dah guna butter salted tidak perlu lagi tambah garamdi dalam adunan. Jika gunakan Buttercup pun tak perlu lagi tambah garam.

💝Candy M&M harus dimasukkan pada saat akhir sebelum dibakar kerana kalau dimasukkan awal nanti warna M&M akan melekat dan bercampur aduk di dalam doh.

💝Biskut ini  sesuai dihidangkan pada musim perayaan dalam saiz mini. Panjangkan tempoh pembakaran sehingga warna biskut menjadi 'golden brown' jika mahu lebih rangup. Resepi diadaptasi dari Stephanie Jaworski, Joy of Baking


Saturday, November 12, 2011

Kisah raya ku di perantauan....

Salam Aidiladha utk sume.... :)


lambat benor aku wish utk korang2 sume ye....haishhh.....mggu yg sgt2 busy....so, dah takde masa nk layan blogging niii....arini, da jumaat, so agak lega sket laaa....walaupun ada byk lg keja yg belum siap....haishhh....(tak baik mengeluh ye...)


so, pagi Aidiladha yg lepas, Alhamdulillah, syukur pada Ilahi, aku diber kesempatan menyambut hari lebaran ini ngan penuh sederhana tapi bermakna...memandangkan hari ahad tu bermulanya day light saving...agak rush hour la utk ku...nk tau apa tu day light saving..maksudnye, mlm tu aku dpt tdo lama...extra satu jam...hahahha....


paham tak?? tak pham lg ek....makanye masa diawalkan satu jam....kalo ikut jam manual, contohnye jam menunjukkan pukul8 pagi...tp, sebenarnye br pukul7 pagi...hehehe....tp, pg tu, bgn dr tdo..aku agak blur...tgk jam kt handset..yup..dah pukul 7pagi...tp, tak sure handset ada auto daylight saving ke tak....terus ON laptop...ye, waktu sama ngan jam handset...tp, bile tgk jam tgn, of kosla tak berubah....dah pukul8 pagi....hehe...camtu la story utk daylight saving...dan, waktu solat skang ni, diawalkan sejam drpd hari Sabtu...haishhh...susah oo..skang ni nk solat....pkl4.50ptg da msk Magrib....Asar lgla awl, pkl 2.30 da masuk....so, bayangkan camne aku kena blk umah n solat....haishhh...cobaan utk aku disini.....tp, kalo posa waktu ni. mmg best laaa.....jom kite posa esok!!!!


alkisahnye di pagi raya, (br nk cite..hehe)..terlambt sampai ke tmpt solat..bukan aku yg lmbt..tp, org lain...dan, terlupa lak nk bw jaket yg super tebal...apa lagi....tergedik2 la dlm kesejukan pagi tuuu....dah, lambat, parking pun da full....terpaksa parking kt tmpt yg sgt sgt jauh....


nsb baik, smpat solat....tp, tak sempat dgr takbir raya....lepas solat..br kesempatan jmpa org2 melayu yg lain...jmpa geng2 melayu ni mmg best....hingaq tak igt.....hahahhahaha...


dalam tmpt solat...Umat Islam drpd pelbagai negara, bangsa dan pelusuk dunia

kwn baru dan kawan lama.. :)

aku tak bw bj kurung..so, terpaksala pakai bj yg ala2 bj kurung....dan, sweater itu tak cukup tebal..sgt2 sejuk pagi tu..

gathering utk org2 Melayu - Malaysia n Indonesia..tp, yg ramai nye org Indonesia je..org Malaysia...5 org je....


Itulah kisah rayaku di perantauan...ALhamdulilah, aku ditemukan ngan org2 yang baik...syukur sgt2 tuuu...malam tu, aku wat open house kt umah aku...penuh ngan umat2 non muslim....nnti, aku cite lain ye.... :)


Salam Aidiladha utk sume.... :)

Friday, September 23, 2011

Raya di rumah saya...mereka sukakan sambal udang saya tetapi sgt2 PEDAS!!!

Salam Syawal...

eh..kite masih lagi dlm bulan Syawal ke ek...ermm...tak tau raya ke bape rini..hehe...sorry ye, kengkawan...semangat raya tu dah hilang lepas 1 Syawal..patutnye raya sebulan kann....huhu..sgt2 tak best...InsyaAllah, next year..saya akan cover blk raya thn niii...beraya sakan...dan pegi sume umah kawan2 baik saya...hehehe..tak kira walau jauh beribu2 batu...cewaaa....semgt la sgt kannn...

ok..ni, cite lama saya...saya wat open house secara kecik dan bersederhana..sebb saya tak nak terasa keseorangan beraya di bumi asing niii...(eh..arini, rasa gembira sket sbb dpt bercakap ngan org2..ok, tertukar topik lakk)...

at first, igt nk masak ketupat, lontong lemang bagai...tapi, bile pk blk sy sorang je nk wat sume2 tu, mana cukup tgn kannn...so, sy wat sesimple yg boleh....kuih raya musti ada...sy wat 2-3 ari sebelum raya...then, aritu, sy just wat sambal udang dan sayur kacang makan dengan nasi putih je...hehehe...

mazola dan cornflakes biskut versi miyoko suki

jumpa snowy kt bwh umah

bersama tuan rumah,,,

sebelum makan dan sebelum tggu yg lain sampai, sempat lagi main game kt IPAd

time to eat....beratur plsss....sowi..umah kecik...

sedap ek.....tp, ada yg tak tahan tahap kepedasan sambal udang saya..hehe

pinggan penuh...

sedapnye dorang makan...arap sumenye ok ye....

*terlupa nk amik gambo sambal udang saya...hehe..tapi, mmg licin satu periuk...cukup untuk sume orang..maknanye, sedap la kannn....dan, lepas kenyang perut malam tu.....kitorang bergerak ke tempat yg jauh beribu batu....(12 jam memandu utk sampai ke sana...) tggu my next next entry ye....hihihi

Tuesday, September 13, 2011

YEAY!! dpt jugak makan lontong kt Portland niii...

salam sume....

mari kite update pasal raya....hehehe....

Yeay!! Alhamdulilah..bersyukur sgt2 sbb ada jugak manusia yg mengajak saya ke open house dorang...hehehe...saya, dgn muka tak malunye..ikut saja laaa....hehehe...bukan ape..nk mengeratkan silaturahim..tak salah kannn....

hari tu, sy drive sendiri..so, meaning kena pegi sendiri laa..dorang kasi alamat dan sy key in je alamat dlm GPS dannn GO!!...

nsb baik, senang nk jmpa rumah tuu...dan, nasib baik GPS sy tak wat hal dan sgt2 behave ariniii....time kasih GPSku sayang..hehehe

apa lagi....jom kite layan gambo raya yg sgt2 wasatiah utk thn 2011....

nasib baik sy terjumpa kak G kt dewan solat...kalo tak, sure sy kesorangan di pagi yg mulia niii

JOM!!! here we go...

jalan agak jem sebab sume berpusu2 kua selepas solat Aidilfitri...yang sebelah tu adalah tmpat sy solat Aidilfitri - Oregon Convention Center.

da sampai...tgkla kawan2 br saya....dan, mereka sume adalah org2 Indon dong....tak paham sgt dorang ckp...

makanan yg disajikan utk ariniii,,,see...ada lontong...ada satay...ermmm..terliur lak skang niiii..

para tetamu dan makanan...

hidangan saya utk arini....rugi tak mkn byk2 aritu...ntahla...rasa cam kenyang je....maybe sebb lepas 30ari posa kannn
group photo bersama tante2 sume

then, lepas kenyang di rumah tante *tak igt nama*, kitorg pergi ke rumah lg satu...kali ini, keluarga melayu+burma....so..mmg ramai org2 burma..nsb baik isterinye org johor..so, makanan confirmla drpd johor....ohh...terasa cam blk kg lakkk....tp, takde batang buruklaaa....:(

ada kerepek pisang tuuu..tuan rumah buat sendiri...

ada pulut kuning, nasi beriyani gam dan rendang.....sedap kannnn

makanan sy utk aritu..sket je kann sy mkn...ruginyeeee.....

after that, terus bergegas pulang ke rumah..kali ni, GPS sy wat hal...tersesat sket....tp, nsb baik dpt pulang ke pangkal jalan....hehehe...sesampai kt umah, sy kena prepare smtg...utk apa??? tggu next entry lak yee....

*Alhamdulilah..Aidilfitri yg sgt2 bermakna utk thn niii....terima kasih ats sume jemputan kalian...semoga kalian dipemurahkan rezeki*
*org2 Indon kt sini sgt2 berpendidikan dan berjaya...sgt2 kagum...nk jd cam dorang jugak*
Related Posts with Thumbnails