Search This Blog

Thursday, October 28, 2010

mari membuat kotak...

kotak ape tuuu...hihihii...

kotak kecik yg berwarna kuning...sgt comel sekali...saiznye tak kecik sgt..cukup2 ngan kepala seorg manusia...

semlm, kami satu team bertungkus lumus menyiapkan kotak masing2...

at the end, lihatlah hasilnyee....(lupa nk amik gambo semasa proses membuat kotak)

taraaaaa...8 kotak terhasil drpd kerjasama satu team...pelbagai face expressions...sgt comel kan.

cuba jaya kotak masing-masing... :)

da girls yg come2 n kiut2 belaka...


da guys yg still single n available...anyone interested???


kotak kuning tersenyum-senyum dan tersengih2 cam kerang busuk...


kamilaa....team spongebob square pant..spongebob square pants....menyanyi2 riang...


p/s: kadang-kadang, kite perlu menjadi kanak-kanak riang di opis...br semangat nk wat keja... :) tggu for my next ntri...cite pasal halloween day at my opis...

Wednesday, October 27, 2010

TEASER - HALLOWEEN DAY

Yuuuhuuuuu....

lama giler tak update blog niii...manyak keja sket...esk, br bole berenjoy sakan...

stay tune for my update tomorrow on our Halloween day Celebration... :) hahahahahah (nk gelak besar)

Monday, October 25, 2010

Jodoh Ditangan Allah...

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..


Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi ambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai
antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki
dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta
itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..



Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "


Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.


"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...


-sama-samala kite amek pengajaran dari citer ini okeh^^-

Friday, October 22, 2010

dlm hal ni, rasanye kena solat Istikharah

mmmmm.....
mood berbelah bagi...

lepas jmpa bos, mcm2 lak option yg dia kasi...so, kena consider blk...


mlm ni, kena solat istikharah..InsyaAllah..arap dpt membantu dlm membuat keputusan ini..

muka berbelah bagi...

Ya Allah, engkau berikanlah aku kekuatan dan berilah aku petunjuk dan hidayah Mu, Ya Allah...

Tuesday, October 19, 2010

My not-So HOT engagement Day - Review 7

hello peeps! ^-^


again..bout my engagement day???...hehe...ok2..i think this would be my last update on this my not-so big day...after this, i'll update on other stuffs...

i would like to introduce to u my only n da only beloved fiance (padahal da byk gambo die kt sidebar tuu)...

taraaaa......cam tak surprise langsung pun kannn


V








V








V




these are some photos from my Mr OP...for more photos, can click here.






p/s: tgk gambo sendiri berkali2...suka dan happy ngan perasaan ini... :)

Monday, October 18, 2010

My not-So HOT engagement Day - Review 6

Salam Hari Isnin utk sume...

tak abih2 ngan review pasal ari tunang saya ni...korang jgn bosan2 ye...review ni sgt penting utk diri saya sbb bole dijadikan kenangan pada masa hadapan..hihihi...


arini genapla 8 ari, saya menjadi tunangan encik tunang...Alhamdulilah, everything was smooth..hbgn jarak jauh ni mmg agak susah tetapi ada manisnye sbb selalu dok rindu2 je...walaupun jauh, tetapi terasa sgt2 dekat sbb tak penah putus hubungan walaupun seminit...maklumla skang kan zaman berteknologi tinggi, bole guna sms, call, ym, chatting kt Fb...lagipun, waktu bertunang ni, tak leh jmpa selalu, nnti, ade org ketiga yg dok kaco..so, amat molekla kalo masing2 dok jauh2 dan elak dari berjumpa...jumpa sebulan sekali pun dah cukup..yg penting, dua2 pihak kenala saling percaya-mempercayai dan bersikap jujur...tui takk...

tak story lapi pasal the moment yg ditunggu2...mestila upcara menyarung cincin kann...waktu ni, Allah je yg tauu...hati sgt berdebar2, dup dap dup dap...rasa sgt2 jauh, bile berjalan kua bilik nk ke ruang tamu kt depan sana...this time, mmg dok tarik2 teman yg lain suh ikut sama, berjalan sekali...tp, dorg tak bolela ikut g naik ats mini dais tuu...dorang leh tgk dari jauh jelaa....bile sampai je kt ruang tamu, byknye mata memandang..malu sgt2 tuuu..auuuww....saya berjalan ngan sgt sopan santun sambil diperhatikan oleh byk2 bijik mata yg agak terbeliak...maybe, terpegun melihat kecantikan ku...auwww....sgt perasan ye...jgn pecaya ckp saya...hehe...


masa kt atas bantal kecik yg empuk tu, saya dok terenyih2 dan tersenyum2...nasib baik ada Mr OP yg selalu dok suh saya, "senyum ikhlas...senyum ye..senyum ye cik miyoko"...kalo tak, sure da nangis..hahaha...then, time bakal mak mertua nk sarung cincin, tangan kananku ini menggigil tak igt....hahahha...as usual, tgn ni tak leh nk dok diam...dok gigil2 cam ape lagi...malu aii tauuu...tak taula dlm gambo nmpk shaking ke takk...Mr OP tak kasi gambo ku lagi....

jom tgk saat yg ditunggu2 ituu.... :) the precious moment in my life :)

berjalan kua drpd bilik...jalan yg tak seperti DIVA...sgt2 berdebar2 waktu nii...



ramainye org tgk i...malu tuiiii....

tangan mengigil2 waktu niii...hihihi...


byknye paparazzi...cheq glamer tui ari tuuu.. :)



terima kasih, my mom-in-law-to-be..cheq janji akan jaga ank mak baik2...


like mom, like daughter...mama cantik lagi..muka saya sgt2 silebar...

Friday, October 15, 2010

My not-So HOT engagement Day - Review 5

Salam sume


this is just a short update...mmm..rasa nk cite byk2 tapi, takde gambo lg, so tak bole nk cite...gambo2 cntik sume ade kt Mr OP...die tak kasi2 lagi...

actually, want to talk about my baju tunang...kalo korang follow this blog from beginning, sure da perasan...actually, i recycle je my bj tunang...b4 this, i dah penah pakai time wedding my sister which is Nov last year...actually, i bought that kain for my bj nikah...nikah?? br tunang, da nk nikah ke...hmm...cite lama..kalo rajin, belek2 la my old story ya...oleh sbb tak jadi nikah, so i pakai bj tu utk my sister wedding n now i wore it at my engagement day...betui2 bujet niii...hihihi...we can save money for baju n spent the money for something else...bijak kan saya..

then, for the veil, i ordered special for my engagement day....it was so lovely...saya pun sgt2 suka veil tuu..lain dari yg lain..tp, actually, a night before that day, i baru perasan ade sedikit koyak kt veil...mlm tu, rasa cam tak senang duduk n tak puas ati..ye laa...tak pakai lg, tapi da koyak...nmpk sangat aku ni bdk ganas....sedih ooo...nsb baik, my MUA pandai memujuk gua...kalo tak, tak leh tdo n rasa nk buang je veil tu dlm tong sampah..hahaha....

i ordered that veil on9...the owner is from KL...i only received it 2 days before my DAY - Jumaat...a week before, mmg rasa sedikit tertekan..ye la...sgt2 risau n tkt kalo veil tu tak sampai on time..dah la guna pos je...mana la tau, die g melencong kt tempat lain lakkk....but, Alhamdulilah...syukur sgt2, sampai gak veil tu ke tgn saya...tu pun, that friday, i need to take half day in order to go to post office...fuuuhhh...everything is fine.... :) so, to those yg interested, bolela klik disini.
koleksi vispera ...saya suh da owner wat koleksi vispera velo..nmpk simple tapi cntik dan sweet...next time, for nikah, i know whom should i contact to.. :)

as a pengapit, sy pun nk mekap tebal2 gak...nmpk cun gituu...oooppsss..perasan sendiri..

i pakai bj ni once masa wedding my sister...

with the veil....suka sgt2...cntik kann.. :)

Thursday, October 14, 2010

My not-So HOT engagement Day - Review 4

Salam sume...

Alhamdulilah, selesai sudah my training utk new hires..tak taula dorg paham ke tak...tp, nmpk gaya cam paham je...aku ni, ade ciri2 nk jd pengajar ke?? ntahlaa...main ckp je...pot pet pot pet...dorg tnye, aku jawab..dorg angguk2, maknanye faham la tu kann...hehe...

ok, this is continuation from
this , this and this .. u must read that first.. :)

a week before that day, dah rasa debaran nye...tiap2 ari, dup dap dup dap..tak senang duduk tuu..tak tau nape...feeling die mmg sgt2 lain mcm je..it's like u want to take SPM or maybe final exam..no...no..it's not...dont know how to tell u..maybe, it's like u want to speak in front of people...very2 nervous...got a lot of butterflies in my stomach...hehe..mcm2 la aku nii...org lain tak rasa camni punn..aku je yg lebih2...

a week before that day, ade rasa sedikit risau gak...risau sbb my papa tak blk2 umah...da sebln die g kl...dah la tak contact ank2 die lgsg...aku plak sgt2 degil takmo call or msg die...sbbnye, aku da gtau awl2 yg aku bertunang 10.10.10...he should know rite...tp, at last, i had sent him a msg..he didnt reply...its ok...i only hope that he came back on that day..even tho, hati ini keep saying that he would not come back....n surprisingly, he came back on friday night...ohhh...thanks, Allah..syukur sgt2...my papa ade gak utk my big day nnti...

so, tukang ckp utk ari itu adalah abah dan pak ngah saya..saya tak tau keadaan perbincangan tu camne, sbb saya sibuk beraksi dan berposing dlm bilik...hehehe....tp, rasa sgt2 tension, bile adik n kakak saya dtg bilik dan tnye bape byk hantaran...hmm..i think i already discuss with him abt this..takkan la my syg tak gtau kt famili die...time tu, aku dah rasa tension, geram, moody..sume perasaan buruklaa...dah rasa tak sonok dah...yelaa...tiba2, tnye lak bape hantaran...takkan aku yg nk letak...tak sukalaa...kasi je la bape nk kasi kannn...hmmm...aku akan igt this thing sampai bile2...tp, rupa2nye keadaan di dpn sana tak sperti keadaanku yg agak bengang..dorg bole lak wat lawak2, gelak2, ketawa2...that means, i should forget abt that, rite...it's just a small matter...

okla..whatever it is, jom layan gambo lakkk....every entry should have photos...if not, korang sure bosann dgr i beleter je...


dorang sedang berbincang...apelah yg dorg bincangkan tuu...mas kawen?? wang hantaran?? tarikh kawen??

abh saya yg pakai bj kuning ituu....nape cam diam je...

ni lak, para ibu2 dr pihak lelaki dan perempuan...nmpk tak my small dais tuu...tak mcm pelamin pun kann..just nk kasi cntik bile amik gambo....


saya suka cadar katil saya.. :)beli ngan harga yg murah setelah diberi diskaun 70%....


p/s: gambo sarung cincin takde lagi....stay tune for my next entry...till then, bye bye...

Wednesday, October 13, 2010

My not-So HOT engagement Day - Review 3

morning peeps...

again, this is another story of my beautiful n precious engagement day..dont be bored ya... :) i admit that my lovely happening friends complete my stunning 10.10.10...they make my day such a wonderful day...love it soooo much (beribu2 kali)...

million of thanks for all of you that come that day...to Kate, come all the way from KL...really appreciate it...to my darling bloggers - Shu...dtg paling awl, Wina- sanggup datang walaupun ade hal dan Nida - dtg membawa satu kejutan...and not to forget, my officemate - Ain, Liza, Niza and Ayien - datang ngan membawa seribu senyuman...ohhh....i will not forget all of you forever n ever...hope our friendship will last forever....last but not least, Lyd, my bff since i graduated, come n slept over at my house, help me doing my simple n small dais n most importantly, help me on my make up...love it soo muchhh...love u forever n ever...muuuaahhhh...

so, here are some of their photos....enjoy it...

with Kate all the way from KL....being friend since UIA.

with Wina - XOXO....pipi kite sama lebar kannn...

with my dear Nida...datang membawa surprise...sgt2 teruja dan excited....thanks a lot, guys..muuaahhhh.. :)


nila, surprise dr nida, shu dan wina...love it so muchh..suka sgt2....terharu sampai tak terkata apa2....cupcake yg sedap...:)

we are bloggers from penang...manis2 belaka...


my MUA yg sibuk touch-up lg dan lg... :) thanks...muuaahhh..


my bff aka bestie aka MUA... :)

ceris sggh gambo niii...saya suka sgt2 walaupun saya takde dlm gambo niii...dlm diam2, dorg bergambo tanpa saya...so sad.. :(

phewittt...

nk phewitt gakk....later, i'll share more pics from my OP....sgt2 berpuas ati ngan gambonye yg cntikk... :)


saya sayng kawan2 saya...ade sorg missing...miss wina, nape kamu blk awl sgt...kan dah takde dlm gambo niii....

Tuesday, October 12, 2010

My not-So HOT engagement Day - Review 2

holaaaa....


nk story pasal my make up lak...actually, very2 last minute, br g cari MUA...tak tau nk suh sape make up...sebenarnye, nk booking mak andam kt satu kedai andaman pengantin kt dpn pacific...tp, sgt2 mls utk pegi ke kedai itu....at the end, saya telah memilih one of my bestie...i know she has talent in make-up..that's why i asked her to conteng2 on my face...at first, die cam berat hati nk tolong saya...tp, setelah di pujuk rayu, die bersetuju utk menjadi my MUA aka my mak andam.. :)



ok...as a simple person, she choose a natural concept..but for me, sgt2 terhegeh2 nk suh my MUA make-up yg heavy2 supaya saya nmpk HOT dan lebih hangat drpd biasa...my MUA mmg sgt2 tercabar with my expectation yg tggi menggunung...dan, mulala die merasa cuak...hihihi..



so, a night before the DAY, kitorg main testing2 conteng2 kt muka...nsb baik die tak conteng muka saya cam clown...lgla lawak nnti...



nk tgk camne hasilnye utk pagi 10.10.10....taraaaa...



segala jenis brushes...segala jenis eye-shadow, foundation..sumenye ada...mmg terbaiklaa MUA ku niii...

ni, nk touch-up sket2...da siap sebenarnye...nk kasi nmpk HOT lg....

mata bulat..


pipi cam buah peach?? ye ke ek...

PEACE...da ready utk di sarungkan cincin...


inila dia my bestie aka my MUA....cun kan die... :)

My not-So HOT engagement Day - Review 1

Salam sume....

Selamat pagi dan salam sejahtera...pagi ni, terasa sgt rajin utk cite pasal hari pertunangan saya yg berlangsung pada 10.10.10 yg lepas yg mana sama ngan tarikh perkahwinan Dato' Dr SMS...encemnye Dr SMS tu kann...saya minat sggh kt die...bertuahla Dr Harlina...Dr Harlina pun sgt2 cntik tuuu...jatuh hati ngan semyuman manis nye itu..

korang jgn bosan2 ye baca blog saya ni nanti...for a few days, i will update more about my engagement day..it is very2 important as it was such a wonderful moment and will not forget it forever n ever..to my official fiance (ceewaaahhh, dah ade tunang tu), thanks a lot for accepting who I am today...i'm very2 happy to have you in my life...you came into my life, take my heart and propose me to be ur fiance...hopefully, this relationship will never end... :)

ok, now we start from a week before the real day..hmmm...sgt2 bz prepare utk hari tunang ku...bz membuat hantaran utk pihak lelaki...hari2 lepas ofis hr, akan sggh dulu ke kedai brg2 hantaran, kalo kt Penang, A to Z laa, kedai yg kutuju...kt situ, mmg ade pelbagai pilihan utk wat hantaran..segala jenis reben, bakul, bunga, bunga telur, paper bag dan macam2 lgla...kalo korang pegi sana sure teruja gak..tp, tak besar sgt cam kt Nilai 3 tuu...kalo g beli kt nilai3 tu, lgla rambang mata..tak tau nk pilih yg mana satuu...

tema kaler utk hantaran kepada pihak lelaki adalah tema kaler biru - putih..ohhh....dont know why, just love the combination of the colors...sweet sgt....rasa tenang je tgk...hehehe...start from monday until saturday night, saya bertungkus lumus siapkan hantaran sedikit demi sedikit...maklumla, siang kena keja..so, saya ada waktu mlm je nk siapkan sume2 nye...i can get 1 tray for one night....later, i'll share the photos ye...

i need 7 trays for the hantarans...(1)sireh junjung - ni saya tempah kt org A to Z..saya akui saya takde bakat dlm gubah-menggubah ni...(2)fondant cup cake...i like it so much...sgt2 cntik..saya tempah on9 melalui akak ina...klik
disini (3) kek lapis...kek ni nmpk sedap...saya tempah on9 gak dr kak ina...saya jugak telah menempah sebiji kek lapis utk diri sendiri...nk rasa gakla camne rasa kek lapis akak Ina nii...hmmm...terbukti sgt2 sedap n menyelerakan...tak sampai satu hari, sebiji kek abih di makan....(4) Raya cookies...at first, tak tau nk suh sapa wat kuih raya nii..maklumla raya da abih...ade ke org nk wat kann...so, i've decided to find it at kedai kek...nasb baik, ade dijual kak kedai kek Murni kt tmn koskam..sape2 yg dok penang, sure tau kan kedai nii...(5)buah-buahan..ptg sabtu, br terhegeh2 nk g beli buah....yelaa..kalo beli awl2, buah sure kecut dan tak fresh...nab baik ade, bakal tunang teman petang tuu..masa tu, bakal lglaa...skang dah jd tunang..hehe... (6) Coklat ..coklat2 dibeli ptg jumaat lepas ofis...tak sah kan kalo tak de forrero rocher...hihi...tapi simple je laa... (7) kek tiramisu...this time, saya tak wat kek tiramisu..beli je...tak sempat nk wat kek niii... :) tp, at first kakak saya nk sponsor...tp, sedihnye, mlm jumaat tu, ada pencuri msk umah dah curi wallet n hset die..sian die...sy pulak ilang jam kesayangan saya...huhuhu.....camne nk dpt blk tuu...

back to my story...selalunye, kalo adat org penang, hantaran tunang ni sumenye makanan je..takde la segala jenis hanbag ke, kasut ke, perfume ke...tu, nnti, nk kawen br ade ye...hehe...so, still under budjet laa....

bdk snowy pun sibuk nk kaco masa saya tgh wat hantaran...belakang tu is one of the hantaran..kaler biru-putih yg sgt2 sweet... :)



bertungkus lumus menyiapkan hantaran...

Snowy as one of the hantaran...nk jugak posing ats hantaran ku yg cntik niii..


tray ni utk letak buah-buahan...takde gambo after letak buah-buahan...maybe, my OP ade amik gambo hantaran...


ni cupcake yg saya tempah dr kak Ina...sgt2 cntik okie....rasanye pun sure sedapp...

ni pulak kek lapis tembikai yg berperisa strawberry....sedapnyee....nyum..nyum...tak rasa pun...tp, tgk pun cam sedap je...

hantaran drpd pihak lelaki...5 dulang berbalas 7...thanks, syg...suka sgt2..sume2 sedap dan manis2 belaka...ni, nk kasi tahap kolesterol naik dan seterusnye menyumbang kepada kegemukannn...oh noo!!! tidaakkk....kena diet, lepas niii...


till next story (make-up)..see u...

Related Posts with Thumbnails