Search This Blog

Showing posts with label berita terkini. Show all posts
Showing posts with label berita terkini. Show all posts

Friday, May 25, 2018

RM114 juta dalam 35 beg

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, mengesahkan 35 daripada 72 beg yang dirampas dari sebuah unit kediaman di Pavillion Residences pada Jumaat lalu, mengandungi wang ringgit bernilai RM114 juta.
Pada sidang media khas di Ibu Pejabat JSJK pagi ini, beliau memaklumkan 37 lagi beg dirampas mengandungi wang tunai manakala selebihnya berisi barang kemas dan jam tangan mewah.
Amar memaklumkan, wang tunai dirampas itu membabitkan 26 pelbagai mata wang asing dan ringgit.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa tiga hari untuk mengira jumlah semua wang itu dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Islam.
Bagaimanapun nilai barang kemas dan jam tangan belum dapat dipastikan.
Amar turut menegaskan semua gambar beg tangan, jam tangan dan wang tunai yang tular di media sosial dan disiarkan di media cetak sebelum ini adalah palsu.

Sumber: bhaian.com

Thursday, May 24, 2018

'Pemecatan' MB Perlis tak sah

KUALA LUMPUR: Pemecatan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, daripada UMNO, sejurus beliau mengangkat sumpah jawatan itu, hari ini, tidak sah.

Berdasarkan Perlembagaan UMNO, pemecatan seseorang ahli hanya boleh diputuskan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti dan Pengerusi Perhubungan Negeri tidak mempunyai kuasa berkenaan.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Pemecatan diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, yang beliau dakwa diputuskan sebulat suara oleh UMNO Perlis dalam satu mesyuarat, hari ini.

Shahidan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, berkata keputusan itu dibuat susulan penolakan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perlis terhadap pelantikan Azlan sebagai Menteri Besar.

"BN Perlis memenangi 10 kerusi daripada 15 kerusi yang dipertandingkan dan majoriti daripada ADUN ini tidak memberi sokongan kepadanya.

"Pemecatan beliau sudah dimaklumkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang kini menjalankan tugas Presiden UMNO dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO," katanya.

Terdahulu, UMNO Perlis bermesyuarat kira-kira dua jam dengan Ahmad Zahid dan Hishammuddin.

Azlan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua di hadapan, Tuanku Syed Sirajuddin jam 11.10 pagi, di Balai Menghadap, Istana Arau. Hanya tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) dan dua ADUN PAS yang hadir.

Sebelum ini, Shahidan mengumumkan nama ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim, yang juga adiknya sebagai calon Menteri Besar.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan BN berjaya meraih 10 kerusi (DUN, manakala PH tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Sumber: berita harian online

Sape kt sini org Perlis?? 🙋‍♀️🙋‍♀️🙋‍♀️ Cer komen sket..

Meghan Markel kini dilarang lakukan 9 perkara ini setelah berkahwin dengan putera idaman,

MAJLIS gilang-gemilang perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markel telah berlangsung pada Sabtu yang lepas.

Namun, usai menjadi puteri baharu kerajaan England, ada beberapa perkara yang Meghan perlu patuhi.

Berikut adalah senarai yang tidak boleh dilakukan Meghan selepas menjadi isteri Putera Harry.

1. Tiada swafoto
Anda tidak akan melihat lagi sebarang selfie daripada Meghan selepas ini, sama ada bersendirian, berdua atau ber-wefie.

Couple mana yg lagi sepadan?? Suka sgt wedding gown Kate kann...cantik sgt. yg Megahn nye weding gown terlalu simple n plain.


2. Tidak boleh berautograf
Atas dasar keselamatan bagi mengelak peniruan tanda tangan keluarga diraja, Meghan sudah tidak boleh memberikan sebarang autograf kepada peminatnya.


Sape lagi CUN??


3. Tidak boleh mengundi
Menjadi neutral dan menghormati semua parti politik antara syarat yang perlu dipatuhi Meghan.


4. Tidak boleh menayangkan kaki
Pakar diraja, Victoria Arbiter menjelaskan orang ramai tidak akan melihat keluarga diraja tanpa memakai sarung kaki berona nude.

5. Tidak boleh beradu ikut suka
Pernah berlaku kejadian di mana Puteri Diana meminta izin untuk beradu lebih awal daripada Permaisuri Elizabeth dan perbuatan itu adalah tidak wajar.


6. Tidak boleh duduk bersilang kaki
Menjadi protokol istana untuk tidak duduk dalam keadaan bersilangkan kaki melainkan hanya hujung kaki sahaja.

7. Tidak boleh berlakon
Tiada lagi dunia glamor bagi Meghan selepas menjadi sebahagian daripada kerabat diraja

ROYAL FAMILY POTRAIT


8. Tidak boleh melancong bersendirian
Meghan akan dikawal 24 jam oleh pegawai perlindungan diraja.

9. Tiada manicure warna-warni, beg besar
Menurut StyleCaster, kerabat diraja dilarang untuk menyalitkan warna kuku selain warna neutral. Tiada lagi warna merah menyala atau ungu gelap bagi Meghan.


Selain itu, etika pemakaian diraja hanya membenarkan clutch atau beg kecil dibawa setiap kali keluar dari istana.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: The List, Pens & Patron
Astroawani.com



Wednesday, May 23, 2018

Wang tunai, barang kemas isteri bekas Pengerusi Tabung Haji dirampas SPRM

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan bahawa beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah datang ke rumahnya semalam.

Beliau yang dihubungi oleh Astro AWANI sebentar tadi mengesahkan kira-kira 10 anggota SPRM telah datang ke rumahnya sebelum memaklumkan kepada beliau untuk melakukan penggeledahan.

Kesemua pegawai SPRM itu hadir sekitar jam 1 petang semalam.

Tambah Azeez, daripada penggeledahan tersebut, pegawai SPRM turut merampas barang kemas milik isterinya serta wang tunai
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah wang tunai yang dirampas oleh SPRM.

Azeez berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan.

“Saya sedia pada bila-bila masa sahaja untuk membantu dan memberi kerjasama kepada SPRM dalam sebarang siasatan.

"Saya tiada apa yang hendak disembunyikan. Sebenarnya saya sudah duga ini akan berlaku memandangkan nama saya memang disebut," katanya.

SPRM pada Selasa melancarkan serbuan serentak di lima lokasi berbeza melibatkan kediaman dan juga pejabat Abdul Azeez.

Menurut sumber, serbuan dilakukan di kediaman beliau di Subang, Selangor dan Baling, Kedah.

Selain itu, SPRM turut membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

SPRM turut merampas wang tunai hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan nilai tukaran sekitar RM1.2 juta.

Difahamkan serbuan yang bermula 12.30 tengah hari itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.

Astro AWANI sudah cuba mendapatkan pengesahan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM mengenai perkara ini.

Sumber: AstroAwani.com

Tuesday, May 22, 2018

Menteri Pendidkan Malaysia yang baru

Hasrat Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu, YB Dr Maszlee Malik sejurus selepas mengangkat sumpah.

Beliau menyuarakan hasrat untuk melihat bagaimana sistem pendidikan di Finland boleh dimanfaatkan. Selain pendidikan dengan rangsangan teknologi, YB juga berhasrat menjadikan pembelajaran awal lebih menumpukan perhatian kepada pembentukan syahsiah dan bukannya peperiksaan.

Pembelajaran dan pengajaran perlu menjadi suatu proses yang menggembirakan, dengan kasih sayang.

Manakala di dalam konteks kepelbagaian latar belakang masyarakat kita, budaya hormat menghormati perlu diterapkan.

Sama-sama kita bantu beliau dan pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia merealisasikan hasrat murni ini.

Terima kasih Sinar Harian untuk temubual ini.

https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/10156598346689883/


Alhamdulillah one of my UIA lecturer da jadi Menteri Pendidikan skang ni. Walaupun die tak penah mengajar aku, tapi rasa bangga jugak. Sbb from my previous UIA kann. My ex unimate cite beliau penah mengajar diorang. Orangnye tegas tapi penyayang. Beliau penah jugak menjemput pelajar2 nye ke rumah beliau untuk makan2 bersama... waa.. nampak orangnye sgt pemurah n frendly kann. Semoga beliau dapat mengubah pendidikan kita ke arah yang lebih baik lagi..

Monday, May 21, 2018

Hutang negara kini cecah RM1 trilion

PUTRAJAYA: Nilai hutang negara kini sudah mencecah RM1 trilion dan ia memerlukan langkah-langkah pemulihan dan penyelesaian yang menyeluruh.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kewangan negara kini sudah dicabul dengan begitu besar sehingga kerajaan menghadapi masalah penyelesaian hutang yang meningkat kepada RM1 trilion dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, ketika di bawah pentadbirannya dahulu, hutang negara tidak pernah melebihi RM300 bilion berbanding RM1 trilion buat masa ini.

"Bagaimana kita hendak menyelesaikan hutang ini adalah bergantung kepada usaha dan daya fikir kita untuk menghadapi cabaran ini.

"Justeru, kita perlu ada kerjasama antara pihak yang menjadi kerajaan menerusi wakil rakyat yang dipilih dan anggota pentadbiran kerajaan bagi menyelesaikan masalah itu," katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Katanya, perpisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman penting bagi mengelakkan penyelewengan dalam pentadbiran negara.

Dr Mahathir berkata, sebenarnya Malaysia adalah sebuah negara yang mampu menghadapi apa-apa cabaran jika berpegang pada prinsip berasaskan sistem pentadbiran demokrasi.

Menurutnya, jika berpegang pada prinsip berkenaan, Malaysia boleh lawan seluruh dunia dan ia berjaya dibuktikan apabila sistem matawang negara diserang suatu ketika dahulu.

Sumber bhonline

Saturday, May 19, 2018

284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai

Sejumlah 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dan barangan bernilai termasuk jam tangan, adalah antara rampasan yang dilakukan dalam satu operasi pencarian di kondominium mewah milik bekas pemimpin negara lewat malam tadi.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media yang berlangsung di perkarangan kondominium mewah itu selepas operasi pencarian tamat sekitar jam 2.15 pagi tadi.

"Anggaran jumlah wang barang kemas, jam tangan yang dirampas tidak dapat kami diberikan buat ketika ini," kata Amar Singh.

Katanya, bagasi yang dirampas turut mengandungi mata wang asing dalam pelbagai denominasi. Namun,  jumlah mata wang asing itu tidak dapat didedahkan kerana perincian berhubung nilai mata wang yang dirampas itu hanya akan dilakukan pada hari yang berlainan.

Beliau turut berkata bahawa pihak polis telah menjalankan penyiasatan di keenam-enam tempat tersebut secara serentak dan menegaskan bahawa ia merupakan suatu pemeriksaan dan bukannya serbuan.

Antara lokasi-lokasi terbabit termasuk di Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri dan empat buah kediaman miliknya.

Beliau turut berkata rampasan dibuat untuk membantu siasatan kes berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) .

Sumber : Astro Awani
Related Posts with Thumbnails