Search This Blog

Tuesday, July 16, 2013

Perkembangan fetus - hamil 15 minggu


Anda mungkin tidak sedar ianya berlaku, tetapi penghuni kecil anda kerap tersedu-sedu, satu perlakuan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. Bayi tidak mengeluarkan sebarang bunyi sebab trakea mereka bertakung air dan bukan udara. 

Walaupun badan anda telah naik berat antara 5 ke 10 paun / 2.2 ke 4.5 kilogram, berat fetus anda hanya sekitar 2.5 auns / 70 gram. Panjangnya dari mercu kepala ke punggung hampir 4 inci / 11 sentimeter. Kaki membesar sehingga lebih panjang dari lengan, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan anggota boleh bergerak. Anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi anda dengan ujian ultrasound, sebab genital luarannya sudah berkembang sehinggakan doktor sudah dapat memberitahu anda samada anak itu lelaki ataupun perempuan. 

Jika sebelum ini idea yang anda akan mendapat seorang bayi itu belum begitu nyata, anda akan betul-betul sedar yang ini satu hakikat apabila bayi anda bergerak untuk pertama kali. Ramai bakal ibu merasakan pergerakan (diberi nama 'gerakan pertama' di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20. Jika anda sudah biasa hamil, anda akan menyedari perkara-perkara seperti ini lebih awal lagi. Yang anda sangkakan perut berderam-derum mungkin bayi anda bergerak tunggang terbalik. Rekodkan bila anda mula merasakan pergerakan bayi dan beritahu doktor anda apabila berjumpa dengan dia nanti. Kehamilan di tahap pertengahan ini adalah masa yang baik untuk anda mula bersenam. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


info:

http://www.babycenter.com.my/a1044258/perkembangan-fetus---hamil-15-minggu#ixzz2ZAz7U6tX


Alhamdulillah...baby skang tgh membesar ngan jayanya....bukan saja baby...mummy pun sama....sampai kena minum air gula laa...sbb doc suspect mummy terkena kencing manis....huhu...padahal naik 2kg je...tp, resultnye tak tau lg camne...tggu next check up plak....

*da lama benor tak update blog niii....mmg mood ke laut nk update blog niii....anyway, thanks to sape2 yg sudi singgh ye...Salam Ramdhan utk sume...semoga Ramadhan ni membawa keberkatan n rahmat utk kita sume...baby n mummy still ok..posa still penuh...arap2 dpt posa sebulan thn nii.... :)

8 comments:

cha said...

yeay bunting pelamin ye u? bestnya. take care tau

Zai Zamree said...

tahniah titin...take care k

myrah said...

tahniah awak..! :)

MiYOKO SuKi said...

cha --> nmpknye camtu la...thanks a lot, cha...

k.zai --> terima kasih byk2.. :)

myrah --> thanks.. :)

WE said...

congrats u!!!

tqahmisdar said...

seronoknye jd mommy to be..jaga diri baik2 ye..

shuhadah Zainol said...

take care darling mummy!! see u tomorrow... nak ambik berkat !! hehehe...

Puan Ida said...

Salam,
Tahniah ye
Take care ur self
saya ida newbies blogger
sayay baru je follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails