Search This Blog

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, March 14, 2018

Happy Birthday to my Son

Happy Birthday to Adik Emir | Salam to all. Alhamdulillah, harini genap umur Adik Emir 2 tahun. Bersyukur sangat sepanjang 2 tahun ni, Adik Emir tak banyak kareanah nye. senang sgt nak jaga. semoga adik Emir membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ye. (panjang jugak entry aku kali ni, harap korang bole baca sampai habis....eh....)


Ingat lagi peristiwa 2 tahun yang lepas. Since aku tak penah coretkan pasal kelahiran adik Emir kat sini, so arini aku akn sharekan camne pengalaman melahirkan adik Emir. Ingat lagi petang 13 Mac tu, aku sempat lagi pegi jalan2 ke Vision Park, bawa anak ku yang perempuan bermain layang-layang2. Masa tu, aku memang tak rasa apa lg. So, duduk dan lepak2 je kat padang tgk anak perempuan ku Arissa berlari2 mengejar layang-layang dengan abahnye.

Malam tu, aku tidur agak lambat. Biasala bile da dekat dengan waktunye, slow2 aku wat preparation untuk masuk hospital. sediakan baju baby, baju aku nak di bawa ke hospital. tapi, aku wat slow2 je sebab tak jangka baby akan kuar awl. waktu tu, baru miggu-ke39. so, aku rasa awl lagi nk prepare beg ke hospital.

Sebelum memejamkan mata malam tu, aku da rasa sakit2 perut. rasa cam nak membuang ari besar atau rasa cam period paid yang mild je. So, ape lagi, aku pun berlari masuk toilet. Masa dlm tu, terkejut gak aku bile yang keluar tu, darah. Agak heavy jugak sampai pad pun tak dpt nak menampung darah tu. aku panggil husband aku yang masih kat bawah. Pada mulanya, aku decide nak tunggu je dulu kat rumah sebab tak sakit lg. tapi, bile tgk darah yang mengalir dan meleleh2 tu, terus husband aku risau dan bawa ke Hospital. Masa perjalanan, memang da rasa sakit contraction. jerit2 jugak masa tu. 

Husband membawaku ke hospital yang berdekatan, Hospital Kepala Batas. Masa tu, dalam pukul 2pagi, macam biasa aku check in dulu dan disuruh tukar baju PINK hospital. Masa tu, sakit tu biasa2 je...kejap sakit, kejap tak....Nurse kat situ suh aku tido ats katil dalam satu bilik dan letak satu alat kat perut untuk monitor heart beat baby. Sebenarnye, alat tu sangat merimaskan aku. ye la, da la sakit rasa cam nak guling2. bile letak alat yang cam wayar tu, pergerakan aku sgt terbatas. aku tak bole pusing banyak sgt2. jalan pun tak bole. telentang je kat atas katil. 

Setelah sejam aku terlantar atas katil, Nurse datang baca bacaan graf daripada mesin heart beat tu. Nurse tu kata graf tak cantik. aku pun tak tau gaya tak cantik tu camne....Terus dia pegi menelefon Doktor. Doktor datang dan tengok graf tu dan akui graf tu memang tak cantik. Oleh sebab, kat hospital tu takde pakar dlm O&G tu, dorang terpaksa menolak ku ke Hospital Seberang Jaya. Masa tu, husband aku masih kat hospital. Dorang gitau husbandku, dan aku dibawa menaiki ambulance. first time tu naik ambulance....hehe..tapi tak dpt nak menikamti sgt sebba dlm rasa sakit guling2 n pakcik driver pun bawa laju semacam je....rasa terumbang ambing je.

Sampai kat Hospital Seberang Jaya, aku di bawa terus ke wad bersalin. Kat situ pun, aku masih di monitor oleh machine heart beat tu....rimas sgt la.. sebab aku rasa cam nak jalan2 dan guling ngan sakit contraction tu...sambil baca suruh nabi Yunus n macam2 surah aku baca nak legakan sakit tu. Dalam pukul 6.30 pagi, ade sorang doktor, check heart beat and terus dia kata kena wat emergency Czer. sebab, graf sgtla tak cun. masa tu, husband aku tak sampai lg, hanya ku sorang je. dorang terus je hulur pen n kertas suh aku sign je...aku ngan sakit contraction tu ikut je la....SIGN dan dorang terus bawa aku ke Operation Room.

Dalam bilik tu, ade ramai org jugak. pakar bius ade. pakar bedah ade. Nurse ade. memang kelam kabut jugak dlm bilik tu. utk biuskan aku, dorang suh aku peluk bantal kuat sebab dorang nk cucuk kt tulang belakng. masa tu, memang tak rasa sakit kena cucuk sebab sakit kontraksion tu mengatasi sume sakit. sampai aku suh doktor tu cepat sket sebab sakit sgt. Lepas cucuk terus aku pengsan.

Tapi sebenarnye, aku dibius separuh badan je. masa dorang membelah dan mengambil baby drpd perut ku, memang terasa sangat. rasa cam orang godek2 kt perut ku ni. tak rasa ngilu ke ape. tapi rasa cam ade orang godek2 dalam perut. lps, baby da kua, aku tak dpt tgk baby lagi masa tu. Aku rasa cam tak bole bernafas dan ade nurse yang tnya aku masa tu. lepas tu, aku rasa lemah dan pengsan terus.

Bile terjaga, first thing yg aku tnye orang dekat aku, "Mana my baby?, saya nk tgk baby. saya nak bagi susu kat baby" tapi dorang kt situ, tak tau pasal baby. sebab tugas dorang kt situ menambah darah. Ye, aku kehilangan banyak darah masa operation dan kena tambah 1 bag of darah.

Lepas setel tambah darah, baru dorang menolak ku ke wad bersalin. aku diletakkan dalam bilik khas sebab kes aku agak rumit. doktor kena monitor closedly br aku bole direlease ke wad biasa. lepas beberapa minit, barula nurse bawa anakku. Ya Allah, tula masa yang ditunggu2. aku nak tgk anak aku je. husband aku pun ade jugak masa tu. Alhamdulillah, semuanye da selamat. Doktor kata nasib baik cepat sebab uri da lekang daripada baby, maknanye baby da tak terima segala oksigen drpd badan mak. Alhamdulillah, Allah selamatkan aku dan baby. rasa kelahiran kali ni agak tragis dan bersyukur sangat sebab semuanya da selesai.



How can i ever forget the moment when I took you in my arms for the very first time? Every year your birthday reminds of this beautiful moments and I find tear rollong down my cheeks. Here's wishing the best of blessings and good luck on your Happy Birthday.

Thursday, July 25, 2013

MGGT test (Air gula)

salam uols...

salam Ramadhan ke 16...arini nmpk cm rajin je nk update blog nii...bukan saja utk simpanan peribadi, tapi bolehla dijadikan rujukan utk sape2 yg jd mum-to-be nnti.... :)

nk tau ape tu MGGT test...it stand for Modified Glucose Tolerance test...klo bhsa kpgnye adalah ujian kencing manis...senang cite...minum air gula...hehehe....

citenye camni....sebulan leps aku g check kt klinik desa...g klinik gomen je sbb free kann...tp, yg tak bestnye, kena g berulang kali...dlm sebulan cam 2-3 kali gak la...sgt2 leceh ooo...ok, masa g check, dorang suh tmbg berat bdn...surprisingly, berat bdn aku naik mendadak...drpd 56kg ke 58kg...misi tu apa lg..bising laa...ye la..org normal naik setgh kg je utk sebulan pertama nii...aku naik sampai 2kg lak...so, dia suspek aku ada kencing manis....dan refer aku utk jmpa doc kt klinik kesihatan..bkn aritu ye...tp, aku kena pg ari khamis sbb masa tu je doc ada utk check...haisshhh..kna amik half day lg...

then, ari khamis tu, aku g jmpa doc..doc cam terkejut jugk la sbb bnda tu small matter je...tp, dia still nasihatkan aku utk amik mggt test tuu..patutnye aku kena amik lps raya..tp, skng dia advise suh pegi mggu depan...sehari seblm posa....(lg satu, masa g checkup tu kena marh ngan doc sbb pakai jeans...NO JEANS pls....sian kt baby nnti...

bersambg lak citenye ari selasa (sehari b4 posa) kena amik MGGT test..kena datang awl2 pg...aku sampai seawal 8pg...aku antara org yg terawl gak la...mlm b4 tu misi da suh posa...tak bole mkn kecuali minum shja...then, dia amik drh aku...cam biasa byk gak la. (satu tbg uji)..then, misi suh aku minum ari gula yg dorang da sediakan....membe aku ada ckp klo nk minum better minum air yg panas..klo suam2 kuku maybe akan terasa kemanisan n nk muntah....tp, ALhamdulillah, aku berjaya abiskan satu cawan air gula yg manes melecas tuuu...haishhh...klo bole mmg takmo dah ye...

lps tu, misi suh rehat 2 jam...n dtg blk lps 2 jam utk amik darah....masa amik drh kli kedua ni la, misi tersalah cucuk kot...abih lebam lengan aku...lmbt gak nk ilang lebam tu...almost 2weeks gaklaa....

dan, smpaila arini, aku g checkup n scan baby utk 16weeks.... :) suka2...sbb masa scan tu, da bole nmpk jntung baby, kepala baby, tgn n kaki baby....so cute!!!...terkangkang2 die dlm perut mummy niii....Alhamdulilah, baby nmpk sihat dlm perut aku..semoga baby kuat dok dlm perut mummy ye...tak sabo nk tggu baby kua nnti.... :)

dan, Alhamdulillah, MGGT test aku tu positif.... :) FBS (Fasting Blood sugar) maknanya value b4 minum air gula =3.9...dan, selepas minum air gula =4.4.(>7.8 ada kencing manis)...yeay...tak dak kencing manis...lps ni, bolela mkn kuih raya byk2....hihihi....

ok, tu je la pengalaman aku wat MGGT test..arap2 lps ni, da tk kena minum ari gula lg....


Tuesday, July 16, 2013

Perkembangan fetus - hamil 15 minggu


Anda mungkin tidak sedar ianya berlaku, tetapi penghuni kecil anda kerap tersedu-sedu, satu perlakuan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. Bayi tidak mengeluarkan sebarang bunyi sebab trakea mereka bertakung air dan bukan udara. 

Walaupun badan anda telah naik berat antara 5 ke 10 paun / 2.2 ke 4.5 kilogram, berat fetus anda hanya sekitar 2.5 auns / 70 gram. Panjangnya dari mercu kepala ke punggung hampir 4 inci / 11 sentimeter. Kaki membesar sehingga lebih panjang dari lengan, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan anggota boleh bergerak. Anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi anda dengan ujian ultrasound, sebab genital luarannya sudah berkembang sehinggakan doktor sudah dapat memberitahu anda samada anak itu lelaki ataupun perempuan. 

Jika sebelum ini idea yang anda akan mendapat seorang bayi itu belum begitu nyata, anda akan betul-betul sedar yang ini satu hakikat apabila bayi anda bergerak untuk pertama kali. Ramai bakal ibu merasakan pergerakan (diberi nama 'gerakan pertama' di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20. Jika anda sudah biasa hamil, anda akan menyedari perkara-perkara seperti ini lebih awal lagi. Yang anda sangkakan perut berderam-derum mungkin bayi anda bergerak tunggang terbalik. Rekodkan bila anda mula merasakan pergerakan bayi dan beritahu doktor anda apabila berjumpa dengan dia nanti. Kehamilan di tahap pertengahan ini adalah masa yang baik untuk anda mula bersenam. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


info:

http://www.babycenter.com.my/a1044258/perkembangan-fetus---hamil-15-minggu#ixzz2ZAz7U6tX


Alhamdulillah...baby skang tgh membesar ngan jayanya....bukan saja baby...mummy pun sama....sampai kena minum air gula laa...sbb doc suspect mummy terkena kencing manis....huhu...padahal naik 2kg je...tp, resultnye tak tau lg camne...tggu next check up plak....

*da lama benor tak update blog niii....mmg mood ke laut nk update blog niii....anyway, thanks to sape2 yg sudi singgh ye...Salam Ramdhan utk sume...semoga Ramadhan ni membawa keberkatan n rahmat utk kita sume...baby n mummy still ok..posa still penuh...arap2 dpt posa sebulan thn nii.... :)

Monday, May 20, 2013

Doa semasa hamil...



Amalan Surah Al-Quran
• Surah Yusuf — untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
• Surah Luqman — untuk anak yang cerdik
• Surah Yaasin — untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
• Surah Maryam — untuk memudahkan bersalin
• Surah al-hujurat — untuk membanyakkan susu ibu


Doa Semasa Hamil —
Ya Allah, peliharalah anakku nii selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia.
Engkau yang menyembuhkan. tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMiu Ya Allah, keluarkanlah dia dar perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya. sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
Related Posts with Thumbnails