Search This Blog

Wednesday, June 06, 2018

Cara berhijab ala-ala YB Nurul Izzah

Salam 21 Ramadhan korang

Pada sape yang suka menggayakan tudung bawal, dan nak meniru gaya seperti YB Izzah bole tgk tutorial kt bawah ni. Raya da nak dekat kan.. so ape lagi.. jom kite bergaya macam YB Izzah

Langkah 1: Selepas memakai anak tudung, lipat hujung tudung 4 segi kepada bentuk tiga segi kecil.

Langkah 2: Letakkan tudung  dengan belah tiga segi (lipatan di belah dalam)  di atas kepala dan biarkan belah kanan panjang daripada belah kiri.

Langkah 3: Kemaskan lipatan tudung (di sebelah kanan) dan bawa ke bawah dagu korang.

Langkah 4: Tarik lipatan daripada bawah dagu korang ke bawah telinga kiri korang.

Langkah 5: Biarkan bahagian atas jatuh dengan sendirinya dan pinkan bersama bahagian anak tudung dan tudung dengan kerongsang. 


Langkah 6: Tarik bahagian yang lebih daripada kiri tudung ke bahagian atas tngah kepala korng dan pin kan dengan jarum peniti.


TARAAAA.....jadilah tudung bawal cara YB Nurul Izzah.

Senang je kan, korang...Selamat mencuba...

Sumber: nst.com.my

3 comments:

Yaya Mohd said...

salam..

hmm cantik jugak kan YB punya gaya..
boleh jadi viral nti ni..hehe

Mrs. A said...

Dua tiga kali jugak Mrs. A ulang baca baru faham.
Nanti nak cubalah hehehehe...

mama tisya said...

muka model pn ada iras YB nurul izzah

Related Posts with Thumbnails