Pada sape yang suka menggayakan tudung bawal, dan nak meniru gaya seperti YB Izzah bole tgk tutorial kt bawah ni. Raya da nak dekat kan.. so ape lagi.. jom kite bergaya macam YB Izzah
| Langkah 1: Selepas memakai anak tudung, lipat hujung tudung 4 segi kepada bentuk tiga segi kecil. |
| Langkah 2: Letakkan tudung dengan belah tiga segi (lipatan di belah dalam) di atas kepala dan biarkan belah kanan panjang daripada belah kiri. |
| Langkah 3: Kemaskan lipatan tudung (di sebelah kanan) dan bawa ke bawah dagu korang. |
| Langkah 4: Tarik lipatan daripada bawah dagu korang ke bawah telinga kiri korang. |
| Langkah 5: Biarkan bahagian atas jatuh dengan sendirinya dan pinkan bersama bahagian anak tudung dan tudung dengan kerongsang. |
| Langkah 6: Tarik bahagian yang lebih daripada kiri tudung ke bahagian atas tngah kepala korng dan pin kan dengan jarum peniti. |
| TARAAAA.....jadilah tudung bawal cara YB Nurul Izzah. |
Senang je kan, korang...Selamat mencuba...
Sumber: nst.com.my







