Search This Blog

Wednesday, May 23, 2018

Resepi biskut M&M Rangup



Resepi Kuih RayaBiskut M&M Rangup

🌸Masa Penyediaan: 15 minit |Masa Memasak:15 minit |Jumlah Hidangan:80-100 biji biskut mini

Oleh: Che' Nom

🌸Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 1/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan (170 gram) unsalted butter, suhu bilik
1/3 cawan gula kastor, resepi asal 2/3 cawan
2/3 cawan gula perang
1 biji telur
1 biji kuning telur sahaja
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 - 1 cawan M&M

🌸Cara Penyediaan:

👉Panaskan oven pada suhu 170°C. (Che Nom bakar pada suhu 160°C sahaja sebab ikut kesesuaian oven).

👉Ayak tepung gandum, baking soda dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.

👉Dalam mangkuk berasingan menggunakan electrik mixer ataupun hand mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang, ringan serta warna menjadi pucat.

👉Kaut bahagian bawah dengan spatula dan kacau supaya sekata. Masukkan telur dan kuning telur. Teruskan putar sehingga sebati kemudian masukkan esen vanilla.

👉Sudukan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sehingga adunan sekata. Gunakan spatula untuk pastikan bahagian bawah doh digaul sebati.

👉Jika adunan agak lembik, masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit ke 1 jam.Gunakan sudu kecil atau scoop ice cream untuk bentukkan kepada doh bulat kecil dan kemudian susun di atas dulang pembakar.

👉Selit M&M di dalam doh dan juga tekan rata M&M di atas permukaan doh.

👉Bakar selama 15-18 minit. Angkat dan sejukkan di atas dulang pembakar seketika sebelum dipindahkan ke atas rak penyejuk biskut kerana biskut agak lembut di tengah jika masih panas.

🌸Tips:

💝Jika anda suka biskut yang tidak terlalu manis, kurangkan sedikit gula seperti yang disebut di atas.Jangan tambah tepung kerana aduna memang lembik dan akan mudah dibentuk jika disejukkan di dalam peti ais seketika.

💝Resepi Biskut M&M Rangup yang pasti akan menarik perhatian kanak-kanak kerana terdapat pelbagai warna menarik dari hiasan coklat M&M. Untuk faktor rasa biskut, pemilihan butter adalah faktor yang paling utama mempengaruhi kesedapan biskut. Kalau dah guna butter salted tidak perlu lagi tambah garamdi dalam adunan. Jika gunakan Buttercup pun tak perlu lagi tambah garam.

💝Candy M&M harus dimasukkan pada saat akhir sebelum dibakar kerana kalau dimasukkan awal nanti warna M&M akan melekat dan bercampur aduk di dalam doh.

💝Biskut ini  sesuai dihidangkan pada musim perayaan dalam saiz mini. Panjangkan tempoh pembakaran sehingga warna biskut menjadi 'golden brown' jika mahu lebih rangup. Resepi diadaptasi dari Stephanie Jaworski, Joy of Baking


No comments:

Related Posts with Thumbnails