Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai 😍😍
Bahan-bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia - opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam
Cara-cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.
Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.
Sumber facebook
3 comments:
woww, rangup makan sambil rasa petai tu.. sedapnyaa
Sedap tp petai xmkn
Dah buat hari Isnin ari tu..siap bekukan dalam fridge then nak makan lagi just panaskan aje..dah 2 kali panas dan dah kering dah pun..hehehe..lagi kering lagi sedap kan..
Post a Comment