Search This Blog

Friday, January 19, 2018

2018 New Year Lunch at Hotel Jen Penang

Assalamualaikum korang.


Lunch di Jen Hotel |   Alhamdulillah, da 19 hari kite di tahun baru 2018 dan 19 hari jugakla tahun 2017 meninggalkan kita. molekla kiranya semua kenangan manis dalam tahun 2017 di pahatkan dalam memori dan kisah teladan dijadikan pengajran untuk kita teruskan kehidupan dalam tahun 2018 ini.



Bagaimana pula dengan azam dan goal 2017? Adakah telah dicapai kesemuanya, ataupun 50% atau 0% ? Bagiku, Alhamdulillah, ada lah 50% yang di set pada awal tahun telah dicapai. ( i mean in my working life). kalo tak tercapai, susah jugak nak naik pangkat ni....hahahha..

So, sempena menyambut tahun baru dan kejayaan our team pada tahun lepas, bos belanja kitorang makan. Actually, every year, bos akan belanja makan masa CNY ni...dan yang paling best, tahun ni, bos ade kasi gift untuk setiap orang. (small gift je, angpow takde)Semoga dimurahkan rezeki bos lagi.

tahun ni, bos bawa kitorang makan International Buffet lunch kt Hotel Jen. Hotel Jen ni bersebelahan dengan KOMTAR, first Avenue dan Prangin Mall. Memang betul2 kat tengah pekan. dan, betul2 heavy trafik la kt situ.

Alhamdulillah makan kat situ sedap sangat. aku lupa nk amik gambo untuk main course sebab lapor sangat dan tak sabar2 nak makan da...untuk main course, aku ambil ayam, ikan, sotong, spageti, mee goreng, mix vege. sume dalam satu plate. bole bayangkan byk mana tuu...hahahaa...lepas tu, memang da rasa kenyang sangat..yang tak best nye, tak de seafood yang best seperti udang besar, ketam, oyster....



the price per person is RM68nett
International Buffet yang berharga RM68 nett untuk orang dewasa
marshmelow n chocolate fondue....sedap!!!
ni untuk sandwish


sushi pun ade..tp, tak byk choice. takpela, aku tak makan sushi pun....


creamy mushroom soup, garlic bread, cheese cake n bread pudding.


jom kite selpie.....ni geng2 perempuan melayu terakhir dlm team. yang lain sumenye non malay.

Lepas bos belanja ni, maknanya kitorang kena bekerja keras lagi la untuk kejayaan tahun 2018 pulak...tu la pre- reward utk 2018 ni ataupun pemberi / penggalak semangat untuk kitorang lebih bekerja keras dan berusaha untuk terus maju dan sukses untuk Tahun 2018 ni.

p/s: tu cite semalam. arini kite makan sandwish je la...

Isu kembara sufi jadikan pengajaran. tips untuk traveler

Salam Jummat untuk semua...

Isu kembara sufi yang di tuduh cuba seludup duit melalui client dia tu patut di jadikan pengajaran buat traveller-traveller yang selalu singgah di airport.. issue ini berat...  bukan isu kecil... nasib baik duit kalau dadah?

Ade beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pon tak lalu bang...

1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya...apa lagi yang sudah siap di bungkus.. kalau barang2 baru yang di beli sebaiknya anda bungkus sendiri...supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control..

2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group2 travel.. biar la check in asing2 dan bayar lebih.. kita tak tau apa yang ade dalam bag kawan tu... kecuali travel buddies anda jenis boleh share spenda ngan anda ok la...

3. Jangan pernah biarkan begpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.. boleh membuatkan anda kehilangan nyawa... kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang2 terlarang di beg anda... kalau anda lepas beg anda akan di curi.. kalau anda xlepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir...

4. Jangan berbaik hati offer anda punya space luggage untuk orang2 yang overweight luggage yang berada di depan or di sebelah anda... kalau nak tolong die beri duit lebih baik untuk keselamatan anda dari beri space luggage anda... even telebih 1 2kilo jgn la bagi depa checkin beg bawah nama anda... kalau 1 2kilo tu semua ganja tak pasal2 masuk bawah akta 39B = mati

5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport... kalau ade orang mintak tolong suruh je dia letak dekat pondok polis,kaunter information atau mana la yang selamat untuk bag dia, yang penting bukan di tangan anda... walau yang mintak tolong tu maria ozawa sekali pon tolong la jangan pegang kan.

6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut, mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.. kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau...

7.jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana anda pergi walau ke toilet sekali pon takut di masukkan benda2 terlarang oleh sindiket2 tertentu...

Ada kisah benar, pasal seorang pemuda yang mana beliau sudah arwah di tali gantung.. semasa di airport berhampiran tandas seorang lelaki tergesa2 hendak masuk ke tandas (macam org cirit)dan meminta dia pegang briefcase dan terus berlari masuk ke toilet, kurang dari 5minit pemuda itu telah di kepung dan ternyata di dalam briefcase itu adalah dadah... lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah kemana..

Ps:- cerita ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu, kalau cerita ini tipu ambil je pengajaranya bukan persoalkan kerja polis..


snow di US
wat ais kepal n letak sirap sedap nii.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab masa aku travel g US, Allah melindungi ku. mungkin sebab masa tu, aku kesorangan dan masa tu aku hanya harapkan Allah untuk melindungi sepanjang perjalanan pergi dan balik. dan tips di  atas bolela kita ikut supaya kita lebih berhati2.

Apa-apa hal, happy traveling guys... stay safe... jangan baik sgt, selfish bertempat..

Sumber: Facebook

Thursday, January 18, 2018

Pintu - pintu ke syurga

♥♥Banyak Pintu Ke Syurga🍂🍥🍂🍥🍂🍥🍂🍥🍂

Allah Membahagikan Amal Soleh Hamba Sebagaimana Allah Membahagikan Rezeki.

⌛✏  Amalan-amalan soleh sama seperti rezeki yang dibahagi-bahagikan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Ada yang jadi tukang kayu, ada yang berniaga, dan lain-lain.

⌛✏  Demikian pula amalan soleh, ada orang yang dimudahkan untuk selalu solat malam (namun jarang puasa sunat), ada yang sebaliknya dimudahkan untuk selalu puasa sunat (namun jarang solat malam), ada yang dimudahkan untuk solat malam dan puasa sunnah. Ada yang dimudahkan Allah untuk bersedekah namun tidak pandai berceramah, ada yang mampu memberi ceramah tapi tidak mampu bersedekah, dan seterusnya.

⌛✏  Kerananya masing-masing kita hendaklah menekuni amal soleh yang dimudahkan Allah baginya, dan jangan pernah mengambil ringan amalan soleh tersebut, serta jangan pernah pula memandang rendah amal soleh orang lain.

⌛✏ Bukankah tanpa penyumbang kewangan, usaha dakwah susah untuk berjalan? Dan bukankah dana tanpa pendakwah juga kurang berkesan?

⌛✏  Sebagaimana solat malam merupakan sebab masuk syurga, maka demikian juga puasa, bersedekah, dan berdakwah.

⌛✏  Menekuni amalan soleh yang Allah mudahkan bagi kita (apapun bentuk amalan soleh tersebut) merupakan ungkapan rasa syukur kita kepada Allah yang telah memudahkan segalanya.

Selamat Beramal

Sumber✒ Ustaz Firanda Andirja

♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥🍂🍥🍂🍥🍂

Wednesday, January 17, 2018

Hari Orientasi di Little Caliph Kulim

Assalamualaikum korang.

Alhamdulillah, minggu ni da masuk minggu ketiga anak sulong ku (Arissa El-Zahrah) masuk sekolah. Dan, baru hari ini aku berkesempatan nak update pasal hari orentasi anakku di Little Caliph Kulim. Hari Orentasi tu dimulakan dengan pendaftaran anak2 yang berumur 4 tahun. Masa pedaftaran, ibu bapa hanya perlu mengesahkan kehadiran anak2. sume pembayaran dan deposit sudah disetelkan masa Opening day sebulan sebelum hari orentasi ni. So, masa ni, pihak LC hanya menyampaikan item2 yang diorder masa opening day. Pihak LC menyerahkan baju uniform, baju sukan dan beg sekolah yang termasuk dalam deposit.


pengetua memberikan briefing utk parents dan pelajar



bangunan Little Caliph yang dilengkapi dengan padang yang besar

Bole tengok gambo2 2 beranak kt slideshow kt bawah



Mula2 sampai sekolah memang pakai tudung comel dah. siap ade parents yang tegur, dia tak buang pun tudung tu. tapi lepas setangah jam, da tertanggal tudung tu. Rimas katanya. kesian la pulak kan.

Lepas briefing drpd pengetua, ade aktiviti antara ibubapa dan anak2. Parents perlu menyiapkan buku "ALL ABOUT ME" bersama anak2. Parents perlu isikan nama ibu dan ayah, tempat tinggal, ape yang anak suka, ape yang anak love to do. Utk anak2, dorang hanye perlu tampal2 je kat box2 dalam buku tu....QUite fun jugak...yang tak funnye, ade kanak2 lain yang suka bermain ngan gam tuu...habis tangan melekit2 ngan gam....

Lepas aktiviti bersama anak, parents dijemput menikmati hidangan makan pagi bersama anak2. makanan yang disediakan adalah mee kosong je. dan portion nye memang sesuai untuk anak2 je. Parents tumpang tengok je la....hahaha...

Lepas makan, parents diminta tinggalkan anak2 dengan teacher sahaja. so, masa ni, ramai la ank2 yang meraung2 nangis nak ikut parents masing2. Nasib baik Arissa ok je. dia tak nangis. so, aku tingglkan die kejap bersama teacher dan aku sambung masuk kerja. Ofisku dekat je ngan tadika ni...so, senang sangat nak ulang alik ke situ. 

untuk Orentasi Day ni, adalah setengah hari je. so, aku terpaksa ambil Arissa balik pukul12.30 tengah hari. Alhamdulillah, all went well. muka dia nampak happy je. tapi bile tanya nama kawan, die jawab "TAK TAU". actually, sampai ke harini, dia masih belum kenal nama kawannye...hmmmm..nampak sangat tak berkawan lagi tu...harap2 lepas ni, Arissa bole sesuaikan diri dengan sekolah, teacher dan bergaul dengan kawan2 nye.

ARISSA muka mak jemah sgt2!!!! mood baik nak pakai tudung...tp bole lekat kejap je la kat kepala tu....



Saya Nak Masuk Bloglist January by STNRSYFH

Salam korang...

jom ramai2 kite join bloglist STNRSYFH...klik je kt gambar di bawah...syarat je senang je... :)


tudung bawal terkini yang eksklusif , murah dan simple

Salam korang...


Mesti ada antara korang yang tak confident nak pakai shawl kan sebab risau takut   muka korang nampak tembamtapi dah bosan pakai bawal sebab mostly tudung   bawal lebih kurang sama jee,, material dan design tak ada kelainan langsung!. Huh

Betul tak? Sis tahu, sis perasan   kebanyakan tudung di pasaran sekarang terlalu   samaowhhh pilihan warna pun samamesti korang sendiri dah bosan kan?

Tak apa #BALoversini solution untuk korang yaa,, tudung bawal atau square scarf ni tak akan lupus,,. Square scarf ni sangat sesuai dipakai pada bila-bila masaJadi korang jangan risau,ketinggalan zaman bila pakai square scarf…
.
Sebab tuuuu lahh Bella Ammara release #AleeyaSquare untuk korang.   Okkkkk ada banyak sebab kenapa korang patut grab #AleeyaSquare tanpa fikir dua kali…
.
Yaaaaa serioussss sangat#AleeyaSquare ni sesuai di gayakan dengan apa jenis baju sekalipun, kemejabaju kurungjubah, semuaaa sesuaiii.. nak pakai pergi kerjakelaskuliah,kelas mengajisantai-santai dengan buah hatipunnnn sesuai..
.
Sebab?Material yang digunakan akan buat   korang rasa selesatak perlu bersusah payah  pakai fabric starch untuk bentukan   #AleeyaSquare ni,,,maksudnyaaaa..material matte satin ni tersangatlah berkualiti tinggi.!
.
Haaa.. Sis tahukorang mesti tak nak pakai material satin sebab taku tak selesa terutama sekali dibahagian telingakanSebab kebanyakan tudung material ni akan buakorang rasa bising di telingaatau pun akan buat korang rasa bengang..betuluntuk Aleeya,korang jangan risausebab Kak Belle sendiri yang pilih material dan Kak Belle sendiri pakai sebelum kita produce,, sooo memang confirm,, #AleeyaSquare sangat selesa di pakai!
.
Untuk collection kali ni kita keluarkan colour yang kebanyakan #BALovers sukaPilihan warna yang sangat banyakmemudahkan korang untuk matchkan dengan baju-baju dalam almari tu.
.
Sooooapa lagi yang korong tungguCepat dapatkan #AleeyaSquare sebelum terlepas  yaaaaa.
.
Ada banyak cara sis semua boleh purchase#AleeyaSquare dari Bella Ammara ni ya.
Sis boleh dapatkan di
.
• Website Bella Ammara :
www.bellaammara.com
www.bellaammara.com
www.bellaammara.com

• Whatsaap trusted dropshipper
.
• Butik-butik Bella Ammara
Shah Alam: www.belleyahya.com/BAshahalam
Kuala Lumpur: www.belleyahya.com/BAkualalumpur
Johor Bahru:www.belleyahya.com/BAjohorbahru
Bangi: www.belleyahya.com/BAbangi
Kuantan: www,belleyahya.com/BAkuantan
Sungai Petani: www.belleyahya.com/BAsungaipetani.



tudung bawal mint green
Lady Boss in mint green
tudung bawal satin
Lady boss bella Ammara in ROSEWOOD
Aleeya Square is made from a high quality Matte Satin material, a less slippery and less shiny finish!


Aleeya Square
.
Design: Square Shape
Material: Matte Satin – Soft Texture Fabric
Detailing: BA Plate
Colour: Black, Bronze, Smoke Grey, Sand, Silver Grey, Navy Blue, Emerald Green, Apple Green, Dusty Purple, Maroon, Gold, Rosewood,Bubblegum, Creamy Chocolate, Nude, Ivory
Price: RM 39 GST included
Release Date: 19. January. 2018.
Product Care: Suitable for Hand Wash. Iron on Medium Temperature

Available at website www.bellaammara.com and ALL Bella Ammara Boutique

Aleeya Square will be your solution for almost any occasion. Matte Satin is a luxurious softness and it creates flowy, gentle drapes effect

Tuesday, January 16, 2018

Tips Mengatasi Bibir Kering, Pecah dan Berdarah

Assalamualaikum korang,

Sebelum nak melangkah pulang ke rumah ni, elok benarla aku sharekan satu tips ni. actually, last week, aku mengalami bibir kering, pecah dan hampir berdarah. Ya Allah, pedih sangat. memang tak bole nak buka mulut pun.

Selepas aku discover, punca bibir pecah ni adalah kerana lipstik MAC yang aku pakai. aku pun tak sure kenape jadi camtu. sebabnye aku da pakai lisptik MAC tu kurang daripada setahun. takkan la da expired kan.

Lepas kejadian bibir pecah ni, terus aku berhenti pakai lipstik sampai ke hari ini. rasa fobia plak nak pakai lipstik ni. takut kejadian tu berulang lagi sekali. sekarang ni, aku pakai lip balm je yang di recommend oleh farmacis.

Alhamdulillah, lip balm herbals jenama HIMALAYA sangat serasi dengan bibir sensitifku ini walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. sampai ke hari ini, aku sentiasa mengoleskan bibirku dengan lip balm ni, kalo tak memang terasa kering sangat bibir ku.

Harga RM15.90 je beli kat kedai farmasi. Organic ingredients n non chemicals. 


lebih kurang camnila bibirku...tp, rasanye lebih teruk. sumber: google 

Bibir yang kering akan membuatkan kita hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai kerana ianya merupakan "first impression" apabila kita bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain.
Ia juga akan membuat kita rasa tidak selesa,menyakitkan dan merasa rimas.
Jom ketahui tips merawat bibir kering merekah dan mengelupas secara semulajadi. Semoga kita  sama - sama mendapat bibir yang mungil dan lembap sentiasa! (sumber daripada Google)

Mari kita lihat, apa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai rawatan bibir ! 

1. Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil

Minyak kelapa dara bukan sahaja baik untuk pemakanan dalaman, tetapi juga sangat baik sebagai agen pelembap semulajadi! Tuangkan 1-2 titis dan oleskan di bibir anda.

2. Madu
Madu disapu setiap hari dengan kerap dengan mengoleskan sedikit di jari.

3. Air Suam
Minumlah air suam sebanyak 8 gelas sehari dan ambil sehelai tuala dan rendamkan dengan air suam dan lap bibir yang kering sebelum memakai sebarang lipstick.

4. Gula dan Madu
Gunakan adunan gula dan madu sebagai lulur/scrub bibir 2 kali seminggu

5. Lidah Buaya 
Gunakan lidah buaya yang asli untuk dioleskan di bibir.

Elakkan menjilat bibir terlalu kerap juga dapat membantu mengurangkan bibir kering

Kesan Negatif Jika Gemar Jemur Baju Dalam Rumah

5 Kesan Bahaya Pada Diri Sendiri Jika Gemar Jemur Baju Dalam Rumah Yang Ramai Tak Tahu
=======================
🎯 5 Bahaya Keringkan Pakaian Dalam Rumah 🎯
Peluang membasuh pakaian bagi anda yang bekerja mungkin pada hujung minggu. Namun kadang-kadang kain yang terlalu banyak menyebabkan anda terpaksa menjemur di dalam rumah kerana tiada ruang untuk sidai kain. Cuaca juga boleh menjadi penyebab anda tidak jemur kain di luar rumah. Tetapi tahukah anda jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?

Cuba lihat beberapa alasan yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan...

1. Boleh Jadi Kanser
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
3. Beracun
Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

4. Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.

Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.

Resepi tomyam daging dengan periuk NOXXA

Salam sume.

Resepi tomyam daging | Minggu lepas, aku ada masakkan tomyam daging menggunakan periuk NOXXA. Senang dan cepat sangat. Kalau masak kt dapur gas, mmg byk stepnye tapi sebab masak guna Noxxa, kurang 20minit, siap setel!



Bahan2 :
2 btg serai diketuk,
1inc lengkuas diketuk
5ulas bwg putih diketuk
1bj bwg besar dipotong 6
1bj tomato dipotong 6
2bj cili besar di potong ikut suka
cili api ikut suka kepedasan diketuk
2sudu besar pes tomyam
1sudu perahan limau nipis

Daging dihiris nipis
Sayur2an : carrot, bunga kobis, kobis

Cara2 :


  • Masukkan daging dan semua bahan2 yang diketuk dan dipotong.

     **pes tomyam, sayur-sayuran, perahan limau ketepikan dulu


  • Tuang air paras2 bahan2 td atau lebih

    (Ingat tau, HP / LP tidak mengeringkan air)


  • Onkan PC Noxxa
  • Tekan HP15 (High Pressure for 15 minits)
  • ON
  • Laraskan tombol ke pressure
  • Selesai 15 minit, wap dh abes kuar, on Stir Fry (SF) masukkn udang, sayur2an, smua yg diketuk dan dipotong, pes tom yam, garam dan gula dan perahan limau. Pastu kacau2 sebati, adjust rasa smua, siap!!



Senangkan dgn Noxxa? Balik keje lambat2 pun, bole rilek2 lg masak sblm masuk waktu maghrib. 

Kini, hidup lebih mudah dengan NOXXA. :)

Monday, January 15, 2018

Jubah simple, besar dan patuh syariah daripada Bella Ammara

Assalamualaikum korang...meh sis nak share jubah yang best simple dan patuh syariah daripada Bella Ammara ni....

NAK TAHU SEBAB KENAPA SUAMI JARANG AJAK DATING?
Haaa... mesti korang risau kan kalau cik abang dah jarang ajak dating.. sebelum dia bagi tahu, kakak kena bertindak dengan CEPAT!

Selalunya kalau diaorg jarang ajak dating ni sebab diorg dah bosan dengan kita.. ohhh no no no.. jom kembalikan kehangatan masa mula-mula becinta dulu..

Tapi mcm mana? Dulu saya slim,,, pakai baju apa pun nampak terletak helokk je.. sekarang ni,, pakai apa pun nampak mcm tak siap.. aduhhhhhh . 

Siap jeee kakak, jangan risau,, ni Kak Belle nak bagi tahu, kalau nak tambat balik hati cik abg, korang kena pakai baju cantik-cantik..biar tak bekedip mata dia..haaaa gitu . 

Pppsssttttt Bella Ammara baru release Jubah best yang super cantik dengan detailing yang boleh buat korang jatuh cinta pandang pertama tau. Huhuhu.... Bestnyaa.

#NaelydiaJubah ni kan yang paling best sebab datang dengan colour yang sangat cantik dan sesuai sangat kalau nak dating dengan buah hati kakak tu. Yang mana suka colour-colour lembut ala-ala fairy tale tu.. sesuai tersangatlah kalau nak grab #NaelydiaJubah

Ehhh jap apa lagi yang bestnya #NaelydiaJubah ni? Material yang digunakan tu,, haishhh mestilah yang high quality, super comfy dan tak perlu spend banyak masa untuk iron.. kalau korang pakai seharian pun tak akan nampak comot kedut-kedut.







Design: A-Cut Jubah with tie sleeves
Material: Exclusive Crepe –Lightweight Flowing
Detailing: BA Plate
Feature: Hidden Pocket, Breast Feeding and Wudhu Friendly


Berminat bole WASAP_ME_&_SAY_HI_HI

Related Posts with Thumbnails