Search This Blog

Wednesday, January 17, 2018

Hari Orientasi di Little Caliph Kulim

Assalamualaikum korang.

Alhamdulillah, minggu ni da masuk minggu ketiga anak sulong ku (Arissa El-Zahrah) masuk sekolah. Dan, baru hari ini aku berkesempatan nak update pasal hari orentasi anakku di Little Caliph Kulim. Hari Orentasi tu dimulakan dengan pendaftaran anak2 yang berumur 4 tahun. Masa pedaftaran, ibu bapa hanya perlu mengesahkan kehadiran anak2. sume pembayaran dan deposit sudah disetelkan masa Opening day sebulan sebelum hari orentasi ni. So, masa ni, pihak LC hanya menyampaikan item2 yang diorder masa opening day. Pihak LC menyerahkan baju uniform, baju sukan dan beg sekolah yang termasuk dalam deposit.


pengetua memberikan briefing utk parents dan pelajar



bangunan Little Caliph yang dilengkapi dengan padang yang besar

Bole tengok gambo2 2 beranak kt slideshow kt bawah



Mula2 sampai sekolah memang pakai tudung comel dah. siap ade parents yang tegur, dia tak buang pun tudung tu. tapi lepas setangah jam, da tertanggal tudung tu. Rimas katanya. kesian la pulak kan.

Lepas briefing drpd pengetua, ade aktiviti antara ibubapa dan anak2. Parents perlu menyiapkan buku "ALL ABOUT ME" bersama anak2. Parents perlu isikan nama ibu dan ayah, tempat tinggal, ape yang anak suka, ape yang anak love to do. Utk anak2, dorang hanye perlu tampal2 je kat box2 dalam buku tu....QUite fun jugak...yang tak funnye, ade kanak2 lain yang suka bermain ngan gam tuu...habis tangan melekit2 ngan gam....

Lepas aktiviti bersama anak, parents dijemput menikmati hidangan makan pagi bersama anak2. makanan yang disediakan adalah mee kosong je. dan portion nye memang sesuai untuk anak2 je. Parents tumpang tengok je la....hahaha...

Lepas makan, parents diminta tinggalkan anak2 dengan teacher sahaja. so, masa ni, ramai la ank2 yang meraung2 nangis nak ikut parents masing2. Nasib baik Arissa ok je. dia tak nangis. so, aku tingglkan die kejap bersama teacher dan aku sambung masuk kerja. Ofisku dekat je ngan tadika ni...so, senang sangat nak ulang alik ke situ. 

untuk Orentasi Day ni, adalah setengah hari je. so, aku terpaksa ambil Arissa balik pukul12.30 tengah hari. Alhamdulillah, all went well. muka dia nampak happy je. tapi bile tanya nama kawan, die jawab "TAK TAU". actually, sampai ke harini, dia masih belum kenal nama kawannye...hmmmm..nampak sangat tak berkawan lagi tu...harap2 lepas ni, Arissa bole sesuaikan diri dengan sekolah, teacher dan bergaul dengan kawan2 nye.

ARISSA muka mak jemah sgt2!!!! mood baik nak pakai tudung...tp bole lekat kejap je la kat kepala tu....



11 comments:

MisDiarios said...

alolo comelnyee dak nii <3
follow titin #699

Unaizah San said...

berapa tahun tu? budak2 bila hantar sekolah dorang lebih berdikari lepas ni kan?

MiYOKO SuKi said...

tq dear...

Ann Ishak said...

comei arissa :D

MiYOKO SuKi said...

br 4thn...arapnye camtu la...bole berdikari ..

mamapp said...

Comelnya arissa.. belajar pandai2 ye nak..

Yourfabulousmama said...

Assalamualaikum. Hi salam perkenalan daripada blogger Kulim. Sama la tempat anak kita, masuk LC Kulim juga. Alhamdulillah berjaya masukkan dua orang anak sekali. LC terbaik sebab fasiliti besar & luas & paling penting selamat. Dulu bangunan ni untuk International School, sekarang jadi tempat LC.

Mimie said...

Little Caliph memang bagus. Comeinya anak dia

MiYOKO SuKi said...

tu la...dok cari jugak mana international school tu...or, da jd LC la...tempat cntik dan luas

MiYOKO SuKi said...

dok mencari jugak kt mana international school tu. rupanya bangunan LC tu laa

MiYOKO SuKi said...

terima kasih MAMAPP :)

Related Posts with Thumbnails