Search This Blog

Thursday, January 18, 2018

Pintu - pintu ke syurga

♥♥Banyak Pintu Ke Syurga๐Ÿ‚๐Ÿฅ๐Ÿ‚๐Ÿฅ๐Ÿ‚๐Ÿฅ๐Ÿ‚๐Ÿฅ๐Ÿ‚

Allah Membahagikan Amal Soleh Hamba Sebagaimana Allah Membahagikan Rezeki.

⌛✏  Amalan-amalan soleh sama seperti rezeki yang dibahagi-bahagikan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Ada yang jadi tukang kayu, ada yang berniaga, dan lain-lain.

⌛✏  Demikian pula amalan soleh, ada orang yang dimudahkan untuk selalu solat malam (namun jarang puasa sunat), ada yang sebaliknya dimudahkan untuk selalu puasa sunat (namun jarang solat malam), ada yang dimudahkan untuk solat malam dan puasa sunnah. Ada yang dimudahkan Allah untuk bersedekah namun tidak pandai berceramah, ada yang mampu memberi ceramah tapi tidak mampu bersedekah, dan seterusnya.

⌛✏  Kerananya masing-masing kita hendaklah menekuni amal soleh yang dimudahkan Allah baginya, dan jangan pernah mengambil ringan amalan soleh tersebut, serta jangan pernah pula memandang rendah amal soleh orang lain.

⌛✏ Bukankah tanpa penyumbang kewangan, usaha dakwah susah untuk berjalan? Dan bukankah dana tanpa pendakwah juga kurang berkesan?

⌛✏  Sebagaimana solat malam merupakan sebab masuk syurga, maka demikian juga puasa, bersedekah, dan berdakwah.

⌛✏  Menekuni amalan soleh yang Allah mudahkan bagi kita (apapun bentuk amalan soleh tersebut) merupakan ungkapan rasa syukur kita kepada Allah yang telah memudahkan segalanya.

Selamat Beramal

Sumber✒ Ustaz Firanda Andirja

♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥๐Ÿ‚๐Ÿฅ๐Ÿ‚๐Ÿฅ๐Ÿ‚

1 comment:

mamapp said...

Insya Allah semoga kita semua berakhir dgn husnul khotimah

Related Posts with Thumbnails