td, br je kwn aku ping aku tru IM...die kata kedai yg selalu kitorg mkn dah dirobohkan oleh pihak polis...huhuhu...uwaaaa..sedihnyeeee....lepas ni, aku takleh mkn kt situ dahhh....
kedai tu mmg tmpt favorite aku sbb ade LALA yg besh....n lately, ade ikan bakar yg marvellous...aku mmg selalu lunch kt situulaaa....dkt sgt ngan opis aku...
berita lanjut adalh seperti dibawah (berita drpd Utusan Malaysia Online):
Roboh gerai: Peniaga 'mengamuk', isteri pitam
PULAU PINANG 20 Julai - Operasi merobohkan struktur haram oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Medan Ikan Bakar Gold Coast, Sungai Nibong di sini kecoh apabila salah seorang pemilik gerai di situ 'mengamuk' manakala isterinya pitam.
Pemilik Hammer Bay Ikan Bakar Special, Norhisyam Ahmad pada mulanya akur dengan tindakan anggota-anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menanggalkan satu persatu kepingan binaan yang dibina tanpa kelulusan PBT itu.
Bagaimanapun, dia mula bertindak agresif apabila anggota-anggota penguatkuasa cuba memotong binaan setinggi kira-kira tiga meter itu dengan alat pemotong besi.
Norhisyam dilihat meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sikap kerajaan negeri dengan menjerit dan memaki-hamun menggunakan kata-kata kesat.
Isterinya yang dikenali sebagai Kartina turut bertindak sama sehingga pitam menyebabkan suasana di situ bertambah tegang.
Melihatkan keadaan yang kelam-kabut itu, Norhisyam kemudian dibenarkan menanggalkan sendiri struktur haram tersebut oleh pegawai MPPP dengan dibantu rakan-rakannya yang lain.
Dia bagaimanapun enggan ditemubual pihak media.
Operasi tersebut yang bermula pukul 8.30 pagi disertai kira-kira 50 anggota penguat kuasa MPPP, Pejabat Tanah dan Daerah, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBA) serta polis.
Difahamkan, pondok tanpa kelulusan PBT yang baru dibina sebulan lalu itu memakan kos kira-kira RM30,000 dan mampu memuatkan 120 pelanggan pada satu-satu masa.
Selain Hammer Bay Ikan Bakar Special, terdapat dua lagi gerai beroperasi di situ sejak 10 tahun lalu iaitu Sri Pantai Ikan Bakar dan Anggerik Biru Nasi Campur.
p/s: lepas ni, kena mkn kt Awek Muda je laa...ade sotong goreng tepung...nyum..nyum..sedappp
9 comments:
ciannya..nk wat cmna kn..tp klu dia bina kat tmpt yg lulus pun mst x jd cmnie..
cian kan kat dia... kena robohkan ... tapi kan miyoko kiter nak ckp lebeh2 tak leh kan.. insyallah wina harap agar tuan kedai akan temui tempat rezeki baru... tapi still cedih baca .... cian.. tapi wina lagi kecian kat diri cendiri.. ari ni basah kuyup.. saper nk jawb..
Alahai.
nak cari rezeki pun susah sekarang!
hammer bay kena roboh??? huhuhu..makan kat situ best la tin kan.. camner leh roboh ni...
dulu..hammer bay tu masuk warung kita ape..kan!!!! apela MPPP ni...
Fyza --> tula pasal...mknn da sedap..tp, takde lesen lakk...
Lady X0X0 --> siannye lencunn..hujan lebat giler td kann...ade bj spare ke tak niii...
si tedi --> nk wat camne, dah doef salah..kalo ade lesen sume, sure polis pun tak kaco...
Shu --> tin tak penah rasa mkn kt hammer bay tuu..tp, ramai yg kata sedap..tin selalu mkn kt anggerik biru je time lunch...MPPP tu nk duit je laa...
kesiann..yelah hasil rezeki dia kat situ kan..mane x hilan waras kalau nk roboh
siannya kat depa.... sian lagi kat princess miyoko.. sebab xleh lunch lala a.k.a siput retak seribu huu... xpe, nanti hari2 nak pesan kat diey(ank pak man ikan) simpan lala...
mmg tokey kedai tu pun salah... wat bisnes kat tempat yg xleh...
sepatutnya dia dah bersedia dgn tindakan kerajaan tu...
eg; wat kedai yang buleh buka pindah... just buka skru... masuk dlm lori.. then jalan.. <-- bagus tak idea nie..
kerajaan negeri lak....
menggunakan undang2 utk menindas org melayu..
cina jual babi bersepah tepi jalan kat air itam tu... xpe plak...
kedai makan cina susun kerusi meja sampai penuh atas jalan raya.. xpe plak.... wekkk :P
lerrr siannye kat peniaga tu. buatnye tu je satu2 mata pencarian die camne ekk.. huhu. moga ada lah rezeki tuan kedai kat tempat lain. huhu
p/s: jom baca citer anne boleyn di GH! :)
Post a Comment