Search This Blog

Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Wednesday, October 05, 2011

IPHONE 4S is release....no iphone 5 yet...


iphone 4S is called as the most amazing iPhone ever....

Pre-order open on this Friday (7th October) and available in store on 14th Oct....but, not sure for Malaysia..this is for US and few others - Canada, Australia, Japan, UK and France...maybe, it will hit Malysia at the enf of this year....

it is cool....because it have SIRI that can talk to you...Siri understands what you say, knows what you mean, and even talks back. Siri is so easy to use and does so much, you’ll keep finding more and more ways to use it...its SIRI not SITI....

sgt2 cool....if we need to send SMS, we just talk to SIRI...ahd, it will send sms to that person....

see demo here:
click here

and new 8MP camera and HD video recording...


waaa...iphone 3GS free tuuu....ada sapa2 yg berkenan ke.....iphone 4S cheap here but with 2 years contract...i need to wait for unlock version...must be expensive than this.
more news here: http://www.engadget.com/2011/10/04/apples-lets-talk-iphone-keynote-liveblog/?sort=newest&refresh=60

*mari kite letak dlm wishlist*

Tuesday, December 28, 2010

DAHSYATNYA HARI KIAMAT DAN PADANG MAHSYAR

Salam sume..

tazkirah di pagi hari..just to share with uollss....selamat membaca dan mudah-mudahan mendapat iktibar dan pengajaran...


Hari yang Pasti Terjadi

Gambaran Hari Qiamat

� Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

� Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

� Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

� Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

� Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

� Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

� Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

� Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

� Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

� Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

� Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

â…°- Pemimpin yang adil.

â…±- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

â…²- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

â…³- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

â…´- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

â…µ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

â…¶- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


� Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

� Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

� Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

� 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

� Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

� Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

� Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

� Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

� Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

� Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

� Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

� Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

� Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

� Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

� Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

â…°- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

â…±- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

â…²- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

� Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

� Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

� Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

� Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: � Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. � Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
â‘ Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
â‘¢ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, December 22, 2010

Baru teringat nk tambah collection beg Coach, tapi....

Salam sume,

Memandangkan bonus yg bertimbun2 thn ni, berangan gakla nk tambahkan collection beg COACH...patutkah beli ek....tapi, bile terbaca berita yg mengejutkan ni, kena pikir beribu2 kalila utk beli beg niii....

sian sungguh ngan wanita yg bawa beg ni..tambah2 beg yg besar gedabak...memang menarik perhatian para peragut diluar sana....kalo nk elakkan drpd peragut, baik bawa plastik beg yg bodo2 tu je....biar nmpk miskin, tapi duit dlm bank takde sapa yg tau kannn...kuikuikui...


Baca cerita dibawah:
Seorang wanita berusia awal 20-an bukan saja diragut, malah ditendang ketika bergelut dengan seorang lelaki bermotosikal yang meragutnya di depan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang kerugian wang kira-kira RM500 cedera pada tangan dan lutut apabila dia diseret hampir lima meter.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli-belah dihampiri seorang lelaki bermotosikal yang menarik beg tangannya. “Mangsa cuba menarik semula begnya menyebabkan berlaku pergelutan. Mangsa yang gagal merampas semula beg tangannya itu menjerit meminta pertolongan orang ramai,” katanya.

Sumber berkata, tersentak dengan itu suspek memecut motosikalnya menyebabkan mangsa terseret hingga terpaksa melepaskan genggaman pada beg tangannya.

Sumber berkata, wanita terbabit pergi ke sebuah hospital di kawasan berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitaditendang_diseretperagut/Article/index_html



p/s: utk wanita diluar sana, berhati2la ketika keluar membeli-belah...jaga beg masing2, kalo bole bw beg sekecik2nye atau bw je plastik beg...hehe

Wednesday, December 01, 2010

Potongan 50% untuk saman yang dibayar dalam tempoh 15 hari

Yahooo...dah melompat2 aku semlm bile dgr cite ni kat Buletin Utama semalam...tapi, bile dengar full report, actually diskaun ni diberi kepada saman yang dikuarkan selepas 30-Nov-2010...hampeh tuilaaa...

saman yg berlambak2 before 30-nov-2010 tetap takde diskaun...sobsobsob...sedih...nampaknye bonus thn ni akan dilaburkan kedlm akaun pakcik2 polis trafiklaa...

Untuk berita lanjut, sila klik
di sini

Harga RON97 naik 15 sen....arrrghhhh...
klik di sini untuk berita lanjut

Wednesday, July 21, 2010

alaaa...lepas ni, susahla nk cari LALA....

td, br je kwn aku ping aku tru IM...die kata kedai yg selalu kitorg mkn dah dirobohkan oleh pihak polis...huhuhu...uwaaaa..sedihnyeeee....lepas ni, aku takleh mkn kt situ dahhh....

kedai tu mmg tmpt favorite aku sbb ade LALA yg besh....n lately, ade ikan bakar yg marvellous...aku mmg selalu lunch kt situulaaa....dkt sgt ngan opis aku...

berita lanjut adalh seperti dibawah (berita drpd Utusan Malaysia Online):


Roboh gerai: Peniaga 'mengamuk', isteri pitam

PULAU PINANG 20 Julai - Operasi merobohkan struktur haram oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Medan Ikan Bakar Gold Coast, Sungai Nibong di sini kecoh apabila salah seorang pemilik gerai di situ 'mengamuk' manakala isterinya pitam.

Pemilik Hammer Bay Ikan Bakar Special, Norhisyam Ahmad pada mulanya akur dengan tindakan anggota-anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menanggalkan satu persatu kepingan binaan yang dibina tanpa kelulusan PBT itu.

Bagaimanapun, dia mula bertindak agresif apabila anggota-anggota penguatkuasa cuba memotong binaan setinggi kira-kira tiga meter itu dengan alat pemotong besi.

Norhisyam dilihat meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sikap kerajaan negeri dengan menjerit dan memaki-hamun menggunakan kata-kata kesat.

Isterinya yang dikenali sebagai Kartina turut bertindak sama sehingga pitam menyebabkan suasana di situ bertambah tegang.

Melihatkan keadaan yang kelam-kabut itu, Norhisyam kemudian dibenarkan menanggalkan sendiri struktur haram tersebut oleh pegawai MPPP dengan dibantu rakan-rakannya yang lain.

Dia bagaimanapun enggan ditemubual pihak media.

Operasi tersebut yang bermula pukul 8.30 pagi disertai kira-kira 50 anggota penguat kuasa MPPP, Pejabat Tanah dan Daerah, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBA) serta polis.

Difahamkan, pondok tanpa kelulusan PBT yang baru dibina sebulan lalu itu memakan kos kira-kira RM30,000 dan mampu memuatkan 120 pelanggan pada satu-satu masa.

Selain Hammer Bay Ikan Bakar Special, terdapat dua lagi gerai beroperasi di situ sejak 10 tahun lalu iaitu Sri Pantai Ikan Bakar dan
Anggerik Biru Nasi Campur.

p/s: lepas ni, kena mkn kt Awek Muda je laa...ade sotong goreng tepung...nyum..nyum..sedappp
Related Posts with Thumbnails