Search This Blog
Friday, September 16, 2011
Mengapa Islam mengharamkan daging babi?
Naluri manusia yang baik sudah barang tentu tidak akan menyukainya, karena makanan-makanan babi itu yang kotor-kotor dan najis. Ilmu kedokteran sekarang ini mengakui, bahwa makan daging babi itu sangat berbahaya untuk seluruh daerah, lebih-lebih di daerah panas. Ini diperoleh berdasarkan penyelidikan ilmiah, bahwa makan daging babi itu salah satu sebab timbulnya cacing pita yang sangat berbahaya. Dan barangkali pengetahuan modern berikutnya akan lebih banyak dapat menyingkap rahasia haramnya babi ini daripada hari kini. Maka tepatlah apa yang ditegaskan Allah:
"Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor." (al-A'raf: 156)
Sementara ahli penyelidik berpendapat, bahwa membiasakan makan daging babi dapat melemahkan perasaan cemburu terhadap hal-hal yang terlarang.
source from: http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/2017.html#2.1.7
*selalu terpk nape org2 bukan Islam suka sgt mkn benda nii..hampir setiap hari jugak laa...tapi, badan dorang masih sihat dan otak dorang masih berjalan...sgt2 bijak pandai*
Hukum memakan haiwan dua alam -katak, ketam nipah, ketam batu dan seumpamanya
Apa yang ditanya adalah perihal binatang dua alam. Setakat pencarian dan perolehan awal, tidak terdapat sebarang dalil yang khusus mengatakan binatang dua alam itu haram dimakan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yang masyhur dalam mazhab syafi’I sepertimana dinukilkan oleh kitab-kitab an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali.
Mereka yang mengatakan binatang dua alam ini haram di makan berdasarkan hadis berikut:
Dari Abdur Rahman ibnu Uthman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah S.A.W. seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah S.A.W. melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]
Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kepada yang hidup sepertimana katak.
Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”
Hadis di atas merujuk kepada hidupan laut. Adapun binatang dua alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa dua alam itu haram di makan.
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3]
Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yang menjelaskan ayat di atas iaitu:
Rasullullah S.A.W. bersabda, “Dihalalkan untuk kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”
Ulama’ mengqiaskan ikan itu kepada segala jenis hidupan laut yang hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.
Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.
Daripada Abi Darda’, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).
Maka, berdasarkan dalil yang dipakai oleh mereka yang mengatakan binatang dua alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yang khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yang paling hampir ialah mengenai katak. Tetap berdasarkan kaedah yang telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kepada semua yang hidup dua alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendapat haramnya binatang dua alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yang pada biasanya dijual di pasar-pasar dalam keadaan hidup. Bukankah itu membuktikan binatang ini mampu hidup di atas darat?
Pendapat yang kuat ialah secara umumnya, binatang dua alam itu halal. Dia didiamkan syara’. Hanya saja kita perlu ingat, bahawa Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kepada firman Allah S.W.T.:
“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” ( Surah Al-Baqarah: 16)
“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (Surah Al-An’am: 145)
*selalu jugak garu kepala bile membe2 tanye nape tak bole mkn yg ini..nape tak bole mkn yg itu...hmmm...ada sesetgh membe tu, ada je mengajak join dorang mkn sekali..bukan mkn...*minum*..pastu, dorang suh mintak doa dan bertaubat...senang je dorang ckp..Alhamdulilah, iman aku masih lg kuat...semoga aku diberi kekuatan ini untk meneruskan hidup di samping mereka yg bukan Islam...tp, ada jugak yg sgt2 menghormati dan respek ngan agama dan kepercayaanku..*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
thx for dis info k..=)
fakta....daging babi haram dimakan....begitu juga haiwan dua alam...katak.....
Alhamdulillah... semoga terus terpelihara dari memakan makanan yang haram...
Aritu syg tgk segmen 'Tanyalah Ustaz' kat TV9..
ada org tanya ustaz, boleh x makan sekali dlm majlis yang ada makanan or minuman haram...
ustaz tu kata, x boleh...
tapi kalau terpaksa ada disitu, kena segerakan, dan beredar... x boleh duduk lama2.
thanks titin...sharing info.....tp ada BENARnya kenapa ALLAH haramkan makan dagin babi......uwekkkk
dah lama khinzir diharamkan utk dimakan...
dunia perubatan hari ini membuktikan khinzir boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya eg: japanese encephalitis, wabak nipah, selsema babi( h1n1 &h1n2) dan lain2..
http://deariegjal.blogspot.com/2011/09/eating-pork-can-be-hazardous-to-your.html
nice dear...;d
ALLAH ada sebab musabab mengharamkan apa yang haram..dan menghalalkan apa yang halal kan....
Post a Comment