Search This Blog

Thursday, May 31, 2018

Resepi nasi tomato

Nasi tomato🍅
Sy suka hancurkan fresh tomato bubuh dlm nasi tomato dlm 4 biji utk 7 pot nasi
Idea utk berbuka puasa.

Resepi nasi tomato🍅
7 pot beras cuci n toskan.masuk dlm rice cooker.

Tumis dlm kuali:
-Bubuh butter 1/2 buku.
-4 sekawan
-Hirisan halia dlm 1/2inci,bwg putih 7 ulas & bwg besar 1 biji
-4 biji tomato. 2 smash hancurkan. 2 biji lagi belah 6 masuk dlm kuali.
-1/2 tin susu cair tuang dlm kuali.
-2 sdb sos tomato nak bg warna merah sikit.
-Garam n perasa.
-Kacau n terus tuang dlm periuk nasi.
-Sukat air guna jari mcm biasa.
-Taburkan kismis & gajus jika mau.
-Tggu sampai masak baru kacau balilkkan.tekan periuk nasi lg sekali.
-Siap.
-Saya lawankn dgn ayam masak merah fav.ank ank.

Kredit Resepi : Adibah Adilah Adawiyah

sumber: facebook

Pengalaman kutip durian kampung di kebun sik

Salam 15 Ramadhan korang. ni cite hari Wesak yang lepas. suami sis sgt gigih nak g kutip durian time2 posa ni...tpi, memang kena g kutip jugak...sebab, banyak sgt durian "runtuh" or luruh. Masa sis sampai kat kebun tu, da waktu tgh hari...tapi, still dengar bunyik gedebuk!! gedebuk!!...durian luruh drpd tangkai nye...Ape lagi, suami sis cpt2 g kutip laa...

Durian2 yng luruh tu memang kena kutip cepat. kalo tak, ade je binatang yang tak ingini datang "NGAP" nanti...menurut suami sis yang masuk ke kebun, mmg byk2 buah durian da di makan oleh si sang "BA** HUTAN" tu...btw, sis tak masuk pun dlm kebun yang penuh semak samun sebab sis pakai bj tak sesuai....sis jaga anak2 kat dlm keta je...hehehe....Biasala, sis pandai makan je....hihihi


Suami sis pakai mmg cover abih satu badan....sbb  byk binatang2 kecik dalam semak tuu

Anak sis nk berposing jugak

Yeay!!! dapat jugak sebijik

Anak pompuan sis takut nk kua keta...tggu dlm keta je la ye

da start menebas semak samun

tebas jgn tak tebas!!!

Alhamdulillah...muka happy dpt kutip durian

Lupa nk tangkap gambar hasil kutipan durian harini. tapi banyak jugak la. semlm, sis wat pulut durian.. nnti, sis share resepi kat sini, walaupun tak bape nk jadi...hihihi (sis budak baru belajar)... harini cam nak wat serawa durian lak...nyum..nyum...sedapnyeee....

Beraya sedondon dengan MINAZ RAYA COLLECTION

salam 15 ramadhan. waaa,,,harini da kedengaran lagu2 raya di corong2 radio. mulala terasa bahang kemeriahan hari Raya ni. nak lagi meriah, jom kite raya sakan sedondon ngan baju raya daripada MINAZ COLLECTION. mmg meletup abih hari raya korang nanti...

jom jamu2 mata,,,,


minaz raya collection
Satu famili mengenakan pakaian sedondon ngan warna dusty pink
baju raya
Grey

teal blue

Wednesday, May 30, 2018

SPRAY PENGERAS TUDUNG AWNING CANTIK KEKABOO

♥SPRAY PENGERAS TUDUNG AWNING CANTIK KEKABOO ♥

1) Spray ni untuk kegunaan apa ya?
💙Awning cantik ni boleh mengeraskan, membentuk tudung bawal, tudung awning biasa dan shawl yg lembik menjadi kemas terbentuk dan tak kedut.
💙 Juga sangat sesuai untuk tudung awning yang sudah kemek, patah, dan lembut
💙Bukan tu je, produk ni pun boleh disembur pada kolar baju kemeja dan seluar  untuk mendapatkan side tepi yg kemas dan kurang kedut

2)Betul ke Awning cantik ni boleh buat kain menjadi rosak?
💙Tak. Sebab Awning cantik ni diperbuat daripada kanji larut dan air tiada bahan kimia yang berbahaya. Ia akan melarut dalam air dan boleh dibasuh

3)Macam mana nak guna Awning Cantik ni?
💙SEMBUR ➡ IRON ➡ BENTUK
💙Jangan sembur sikit sangat dan jangan sembur terlalu banyak. Sembur 45 darjah sampai lembab dan terus iron dengan suhu sederhana

4) Jenis2 material yg digunakan?
💙 Biasanya semua jenis material kain tudung sesuai digunakan

5) Berapa kuantiti isipadu ni?
💙 567ml boleh tahan antara 4 -6 bulan bergantung kepada penggunaan

------------------------------------------------------

🎇Pengeras Tudung Awning Cantik Kekaboo🎇

Boleh membantu selesaikan masalah 👇👇👇

🔉Awning tudung rosak/kemek
🔉Tudung bawal (maintain elok,tak perlu tiup2 fuh!!fuh!!)
🔉Tudung licin/lembik (boleh bentuk dengan mudah)
🔉Tudung sekolah yang renyuk/kedut
🔉Shawl melekap di dahi
🔉Kolar baju yang dah lembik/patah..
🔉Baju yg susah nk hilngkan kedut






Cara guna spray pgras tudung Soggy starch :

1⃣Hanya Goncang
2⃣Spray
3⃣ iron..

Jika berminat blh pm@ wassap 016-4145402 atau picit je link ni ye
nakKAC

Tuesday, May 29, 2018

Tips kebahagiaan suami isteri

Sepuluh tips kebahagian suami isteri. Perkongsian  Ustaz Abu Sufyan.

1. Makan bersuap. Suap isteri kita makan, asing isi bg lauk yg bertulang, amik hidangan yg jauh utknya.

2. Tidur malam dalam dakapan. Isteri nak tidur atas lengan atau atas dada suami.

3. Selalu mesej ayat-ayat cinta. Tiada bilangan khusus. Cukup nyatakan kerinduan bila berjauhan.

4. Sesekali ke dapur bantu isteri masak atau sesekali suruh isteri rehat kita yg masak lauk istimewa.
5. Ajak isteri duduk atas riba atau kita baring atas paha isteri sambil baca buku atau kitab.
6. Kemas rumah; lipat baju, mop lantai, vacum habuk dan kemas apa yg patut.

7. Kucupan manja di pipi atau di dahi. Insyaaallah seluruh hidup isteri akan berseri pagi tu.

8. Peluk dari belakang sama ada ketika isteri sedang masak atau sedang basuh pinggang di sink.  Bisik kat telinga "Jazakillahukhairan sygku."

9. Berkongsi gelas yg sama utk minum/berbuka puasa.

10. Selalu mandi bersama.Gosokkan daki, scrubkan badan, syampokan rambut.

Tidak salah selagi ia dilakukan dalam batas2 yg dibenarkan syara'.

Inilah sebahagian usaha untuk kita buat yg terbaik utk isteri-isteri kita. Seperti kata Nabi Sallallahu alaihi wasallam

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
“Sebaik-baik orang di antara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap istriku” (HR. Ibnu Majah)

Semoga bermanfaat.

Sumber facebook


Saturday, May 26, 2018

Resepi murtabak maggi

Murtabak Maggi

Sedap dan mudah dibuat. igt lagi masa sekolah menengah dulu selalu wat murtabak maggi ni...senang sgt...

🌸Bahan-bahan:

4 peket maggi - direbus mee saja
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang carrot
Isi ayam dan chicken ball secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
4 peket serbuk perisa maggi
Sedikit daun sup dan bawang

* Peket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.

🌸Cara-cara:

Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil . Kupas semua bawang dan diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil . Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga . Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu .

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau , masukkan chicken ball , carrot , daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak . Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau .

Masukkan semua mee maggi , tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni . Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata . Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat .

Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan .

Kredit : Foodink Carteen
Sumber: Facebook

sungguh enak dimakan begitu saja

Selamat mencuba dan selamat berbuka!

Resepi Air Asam Ikan kembung

Kalo ibu nyer style.. ikan tu ibu buang tulang siap2.. perghh gajah mai lalu blkang pun x pasan..

Resepi Air Asam Ikan Kembung..

🌸Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar - di potong dadu
1 biji tomato - di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api - Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh
1/2 biji cili besar - Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam

🌸Cara Membuatnya

1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor. Angkat ikan dan ketepikan.

2. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.

3. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.Perah air limau. Masukan gula. Gaul hingga rata

4. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.

# Selamat mencuba.

Nota:

👉Kalau nak tukar dengan daging, perut lembut, atau kerang pun boleh. Gunakan teknik memasak yang diajar oleh Puan Roshima ini.

👉Sukatan Air Rebusan Ikan, Jangan Sampai Ikan Tenggelam

air asam


# Selamat mencuba dan Selamat Berbuka Puasa

Resepi ikan celop tepung

RESEPI IKAN CELOP TEPUNG AKAK2 STAIL RANGUP
Sepeket tpung beras
2 biji telur ayam
3 sudu srbuk knyit
3 sudu bsr air kapur
Garam secukup rasa
Air ais - agak2 tpung tu x cair dn x pekat
# satukan tpung beras,srbuk knyit dn garam- gaul bg sebati
# msukkn air ais tu ikut kpekatan yg sesuai
# msukkn telur dan air kapur - gaul sebati
# goreng minyak bnyk dgn api sedang2 je..
* guna air ais tpung tu lg rangup
* pastikan minyak betul2 panas bru tpung dia jadi berkerak cantik
.
.
Sumber: Facebook.
Kredit Resepi - ‎Ummi Hana (mahn)


Friday, May 25, 2018

Resepi murtabak mini ayam cheese

Murtabak mini ayam cheese
.
Bulan puasa nanti x gaduh bli murtabak da kot.. buat sendiri je simpan stock byk2 😁
Lg sedap dari beli kt luar.. ayam seketoi2 bila kunyah.. huhu
.
Resepi sumber MAHN tapi sy tambah cheese 😁
.
Bahan2 Inti..
isi ayam @ daging - cincang
kentang - potong dadu
Carrot - potong dadu
rempah kari daging - 1 paket kecik
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang besar - potong dadu
daun sup - hiris
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis
Cara memasak inti..
1. Panaskan kuali.. Tuang sedikit minyak masak.. Masukkan bawang yang dihiris..
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air.. Tumis rempah hingga pecah minyak..
3. Masukkan isi ayam & masukkan kentang.. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak..
4. Masak sehingga air hampir kering.. Masukkan sedikit garam & gula.. blh juga letak serbuk cukup rasa..
5. Masak hingga betul2 kering.. Sejukkan & sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini....
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul & masukkan sedikit garam.. Masukkan inti yg telah dimasak tadi..
2. Masukkan daun sup dan bawang.. Kacau hingga sebati..
3. Buka kulit popia, letak atas dulang.. letak sekeping cheese di tengah2..
Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu.. Letak di atas cheese tadi.. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan.. lekatkan lipatan terakhir guna gam (tepung gandum + air)
Terbalikkan bila di lipat, letak atas bekas lain & ulang proses yg sama..
4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak.. Letakkan murtabak mini tadi..
5. Bakar sehingga masak.. Balik2kan ia... bila dah siap bolehlah dihidangkan..
credit : Saya CikPuan Hanani‎ 
Sumber : facebook

bahan yg diperlukan

Siap

Selamat mencuba dan selamat berbuka !!

RM114 juta dalam 35 beg

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, mengesahkan 35 daripada 72 beg yang dirampas dari sebuah unit kediaman di Pavillion Residences pada Jumaat lalu, mengandungi wang ringgit bernilai RM114 juta.
Pada sidang media khas di Ibu Pejabat JSJK pagi ini, beliau memaklumkan 37 lagi beg dirampas mengandungi wang tunai manakala selebihnya berisi barang kemas dan jam tangan mewah.
Amar memaklumkan, wang tunai dirampas itu membabitkan 26 pelbagai mata wang asing dan ringgit.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa tiga hari untuk mengira jumlah semua wang itu dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Islam.
Bagaimanapun nilai barang kemas dan jam tangan belum dapat dipastikan.
Amar turut menegaskan semua gambar beg tangan, jam tangan dan wang tunai yang tular di media sosial dan disiarkan di media cetak sebelum ini adalah palsu.

Sumber: bhaian.com

Resepi Rendang Daging Power

RENDANG DAGING POWER

Ada yang suka? Share dulu nanti boleh buat

Resepinya:

🌸Bahan:
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan2 bertanda* smp cili kering jd rapuh.. api slow je
-kisar kering smp halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bwg merah kecik*
4 ulas bwg putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 btg serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lg lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)

🌸Cara penyediaan:
-kisar bahan2 bertanda *
-tumis bahan2 kisar smp garing@pecah minyak
-masukkan rempah yg dikisar halus td..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan msk smp pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dgn garam.. sy x suka rendang yg manis, kalau suka manis nak letak gula pun blh
-sy buat byk rendang ni.. blh frozen kan.. in case ada tetamu dtg mengejut blh p cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan☺️
*rendang sy x ada lengkuas.. kalau nak tambah blh jer, selera masing2

Kredit resepi & video: Zaimah Zakaria

Untuk lebih banyak resepi setiap hari jom follow fb Zaimah Zakaria
Sumber facebook


Berhari Raya bersama Bella Ammara: Baju kurung moden Raya 2018

YYYEEEEYYY DAH BOLEH BORONG BAJU RAYA- BAIMONDS KURUNG- #VividVelvetCollection

.
Salam 9 Ramadhan korang...Puasa dah masuk hari ke 9 harini, mesti #BAlovers dah sibuk cari baju untuk raya tahun ni kan? Mesti korang dah plan nak pakai colour apa tahun ni. Biasa lahh,, musim raya ni lahh paling meriah kannn!! Semua dan pakai baju cantik-cantik, sedondon suami isteri. Ada juga yang dah tak sabar nak raya sebab terujaaa sangat nak pakai baju pilihan hati.
.
Untuk #BAlovers yang confim sibuk time raya mesti korang akan titik beratkan tentang keselesaan baju raya korang, tanak yang vogue sangat sebab nanti nak ke dapur basuh pinggan, nak sediakan makanan untuk tetamu dannn banyak lagiii.. haishh tetiba bau rendang pulak.. hihihi
.
Sebab tu lahhh untuk tahun ni Kak Belle focuskan look yang simple untuk #BALovers, sebab Kak Belle tahu korang mesti nak cantik tapi pada masa yang sama tak nak baju raya yang sarat dengan detailing kann?
.
Soo untuk koleksi raya tahun ni terutama sekali #VividVelvetCollection, kak belle produce design yang simple, minimum detailing sesuai untuk korang pakai masa buat open house nanti! Kak Belle nak listkan pada korang kenapa korang patut grab #VividVelvetCollection untuk raya tahun ni!
--------------------------------------------------------------------------------------
Sebab utama kenapa korang kena choose #VividVelvetCollection
--------------------------------------------------------------------------------------
  • Material royal velvet dan lycra yang sangat cooling. Yeee betul tu,, percayalan material ni sangat sejuk, Kak Belle dah banyak kali pakaiii dan ada texture best. Texture ni buat korang rasa nyamann jee,,
  • IRONLESS.. haaa ini yang paling best untuk baju raya kann.. mesti korang suka. Yaa betul tuuu kesemua baju untuk #VividVelvetCollection ni tak perlu iron! Jadi mudah lahh untuk yang traveling ke kampong, tak deee lah berebut iron di pagi raya dengan sedara mara.. hahahaah
  • Cutting yang sangat simple, masih kekalkan potongan tradisional. Cutting untuk jubah ataupun kurung yang buat korang rasa selesa, tidak terlalu ketat dan syariah compliance. Boleh terus solat je tanpa perlu pakai telekung tauuu. Satu lagi kak belle nak bagi tahu, yang cutting untuk #BellaRaya2018 ni sangat sesuai untuk semua bentuk badan, sebab Kak Belle nak #BAlovers cantik dan yakin dengan bentuk badan masing-masing. #EmbraceYourCurves
  • Detailing yang boleh buat korang jatuh cinta!! Yeee betul tuuu.. Ruffles pada bahagiang tangan jubbah atau pada hujung baju kurung tuu betul- boleh buat jiwa raga melting kannn? Ada juga detailing yang buat mata korang tak keruan, sebab glitters yang memukau! Confim untuk bahagian detailing ni buat korang tak boleh decide nak grab yang mana satu… heeeeee
  • Must have features untuk semua baju Bella Ammara.. ada poket, Breast Feeding dan Wudhu’ Friendly. Mudah lahh untuk korang beraya nanti kan..
  • Pilihan warna yang confim colour favourite #BAlovers. Mudah untuk korang matchkan dengan adik beradik, atau suami.

Dahh banyakkk dah kak belle share ni,, tak kan korang kena fikir lagi koottt cepat tauu buat keputusan nak yang mana satu. Sebabnya untuk koleksi #BellaRaya2018 ni, kak belle tak produce banyak stock tau,, semua sangat limited, jadi kalau dah ada yang bekenan tu, Kak Belle cadangkan untuk orang cepat-cepat grab tanpa pelu fikir panjang tauuuu. Dapatkan segera diii
.
  • Website Bella Ammara :

  • Whatsapp

  • Butik-Butik Bella Ammara
Shah Alam
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Bangi
Kuantan
Sungai Petani



raya 2018









Thursday, May 24, 2018

'Pemecatan' MB Perlis tak sah

KUALA LUMPUR: Pemecatan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, daripada UMNO, sejurus beliau mengangkat sumpah jawatan itu, hari ini, tidak sah.

Berdasarkan Perlembagaan UMNO, pemecatan seseorang ahli hanya boleh diputuskan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti dan Pengerusi Perhubungan Negeri tidak mempunyai kuasa berkenaan.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Pemecatan diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, yang beliau dakwa diputuskan sebulat suara oleh UMNO Perlis dalam satu mesyuarat, hari ini.

Shahidan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, berkata keputusan itu dibuat susulan penolakan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perlis terhadap pelantikan Azlan sebagai Menteri Besar.

"BN Perlis memenangi 10 kerusi daripada 15 kerusi yang dipertandingkan dan majoriti daripada ADUN ini tidak memberi sokongan kepadanya.

"Pemecatan beliau sudah dimaklumkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang kini menjalankan tugas Presiden UMNO dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO," katanya.

Terdahulu, UMNO Perlis bermesyuarat kira-kira dua jam dengan Ahmad Zahid dan Hishammuddin.

Azlan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua di hadapan, Tuanku Syed Sirajuddin jam 11.10 pagi, di Balai Menghadap, Istana Arau. Hanya tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) dan dua ADUN PAS yang hadir.

Sebelum ini, Shahidan mengumumkan nama ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim, yang juga adiknya sebagai calon Menteri Besar.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan BN berjaya meraih 10 kerusi (DUN, manakala PH tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Sumber: berita harian online

Sape kt sini org Perlis?? 🙋‍♀️🙋‍♀️🙋‍♀️ Cer komen sket..

Resepi buah melaka viral yang sedap

Resepi Buah Melaka Sedap 😍😍😍

🌸Bahan-bahannya:

2 cwn tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 biji Gula melaka yg saiz kecik (@stgh biji yg standard size)
1 cwn air @ air secukupnya
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pandan
Serbuk pewarna yg dibenarkan

🌸Cara penyediaan

1) Gula melaka dipotong kiub kecil2.

2) Gaulkan kelapa kering dgn sedikit garam sehingga rata.. ketepikan..

3) Satu kan tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dan sedikit pewarna hijau dlm satu bekas.

4) Bancuh tepung dengan air sikit demi sedikit sampai adunan sebati sehingga boleh digentel dan tidak melekat di tangan..

5) Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.

6) Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.

7) Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.

😎 Angkat kuih yg dah timbul dipermukaan air dan toskan di dalam tapis.

9) Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.

Sedia untuk dihidangkan.

like & share
Bawang goreng utk resepi2 hebat menanti
Sumber facebook


Meghan Markel kini dilarang lakukan 9 perkara ini setelah berkahwin dengan putera idaman,

MAJLIS gilang-gemilang perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markel telah berlangsung pada Sabtu yang lepas.

Namun, usai menjadi puteri baharu kerajaan England, ada beberapa perkara yang Meghan perlu patuhi.

Berikut adalah senarai yang tidak boleh dilakukan Meghan selepas menjadi isteri Putera Harry.

1. Tiada swafoto
Anda tidak akan melihat lagi sebarang selfie daripada Meghan selepas ini, sama ada bersendirian, berdua atau ber-wefie.

Couple mana yg lagi sepadan?? Suka sgt wedding gown Kate kann...cantik sgt. yg Megahn nye weding gown terlalu simple n plain.


2. Tidak boleh berautograf
Atas dasar keselamatan bagi mengelak peniruan tanda tangan keluarga diraja, Meghan sudah tidak boleh memberikan sebarang autograf kepada peminatnya.


Sape lagi CUN??


3. Tidak boleh mengundi
Menjadi neutral dan menghormati semua parti politik antara syarat yang perlu dipatuhi Meghan.


4. Tidak boleh menayangkan kaki
Pakar diraja, Victoria Arbiter menjelaskan orang ramai tidak akan melihat keluarga diraja tanpa memakai sarung kaki berona nude.

5. Tidak boleh beradu ikut suka
Pernah berlaku kejadian di mana Puteri Diana meminta izin untuk beradu lebih awal daripada Permaisuri Elizabeth dan perbuatan itu adalah tidak wajar.


6. Tidak boleh duduk bersilang kaki
Menjadi protokol istana untuk tidak duduk dalam keadaan bersilangkan kaki melainkan hanya hujung kaki sahaja.

7. Tidak boleh berlakon
Tiada lagi dunia glamor bagi Meghan selepas menjadi sebahagian daripada kerabat diraja

ROYAL FAMILY POTRAIT


8. Tidak boleh melancong bersendirian
Meghan akan dikawal 24 jam oleh pegawai perlindungan diraja.

9. Tiada manicure warna-warni, beg besar
Menurut StyleCaster, kerabat diraja dilarang untuk menyalitkan warna kuku selain warna neutral. Tiada lagi warna merah menyala atau ungu gelap bagi Meghan.


Selain itu, etika pemakaian diraja hanya membenarkan clutch atau beg kecil dibawa setiap kali keluar dari istana.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: The List, Pens & Patron
Astroawani.com



Resepi nasi tomato dan ayam masak merah

RESEPI NASI TOMATO

🌸Bahan nasi:

4 cawan beras
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
3 sudu minyak masak
Rempah kasar
3 sudu tomato puri
Garam
Air secukupnya

🌸Bahan ayam masak merah:

1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 cawan cili kering (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kasar
1 biji tomato

🌸Bahan acar:

1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 batang cili hidup
3 sb cuka
5 sb gula

🌸Cara-cara:

1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu
2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu
3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan
4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa.
5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau
6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
7)Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang
8)Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang.

Kredit: Seminit Resepi
Sumber : Facebook


Resepi Biskut samprit

Biskut samprit. Guna majerin jer. Nak guna mentega mahal 😄. Tapi rasanya tetap tidak mengecewakan.


🌸Bahannya
150 gm majerin
80 gm gula aising
50 gm tepung jagung
80 gm tepung kastard
120 gm tepung gandum
1 biji kuning telur

🌸Cara2
👉pukul majerin guna whisk @ senduk kayu. Sebatikan
👉masukkan kuning telur & kacau.
👉masukkan tepung gandum,tepung jagung & tepung kastard.
👉uli hingga jd doh & terap atas loyang yg disapu majerin.
👉bakar pd suhu180°c selama 20-25 min begantung pd suhu oven masing² & saiz biskut.


Sumber facebook

Wednesday, May 23, 2018

Resepi biskut M&M Rangup



Resepi Kuih RayaBiskut M&M Rangup

🌸Masa Penyediaan: 15 minit |Masa Memasak:15 minit |Jumlah Hidangan:80-100 biji biskut mini

Oleh: Che' Nom

🌸Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 1/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan (170 gram) unsalted butter, suhu bilik
1/3 cawan gula kastor, resepi asal 2/3 cawan
2/3 cawan gula perang
1 biji telur
1 biji kuning telur sahaja
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 - 1 cawan M&M

🌸Cara Penyediaan:

👉Panaskan oven pada suhu 170°C. (Che Nom bakar pada suhu 160°C sahaja sebab ikut kesesuaian oven).

👉Ayak tepung gandum, baking soda dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.

👉Dalam mangkuk berasingan menggunakan electrik mixer ataupun hand mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang, ringan serta warna menjadi pucat.

👉Kaut bahagian bawah dengan spatula dan kacau supaya sekata. Masukkan telur dan kuning telur. Teruskan putar sehingga sebati kemudian masukkan esen vanilla.

👉Sudukan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sehingga adunan sekata. Gunakan spatula untuk pastikan bahagian bawah doh digaul sebati.

👉Jika adunan agak lembik, masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit ke 1 jam.Gunakan sudu kecil atau scoop ice cream untuk bentukkan kepada doh bulat kecil dan kemudian susun di atas dulang pembakar.

👉Selit M&M di dalam doh dan juga tekan rata M&M di atas permukaan doh.

👉Bakar selama 15-18 minit. Angkat dan sejukkan di atas dulang pembakar seketika sebelum dipindahkan ke atas rak penyejuk biskut kerana biskut agak lembut di tengah jika masih panas.

🌸Tips:

💝Jika anda suka biskut yang tidak terlalu manis, kurangkan sedikit gula seperti yang disebut di atas.Jangan tambah tepung kerana aduna memang lembik dan akan mudah dibentuk jika disejukkan di dalam peti ais seketika.

💝Resepi Biskut M&M Rangup yang pasti akan menarik perhatian kanak-kanak kerana terdapat pelbagai warna menarik dari hiasan coklat M&M. Untuk faktor rasa biskut, pemilihan butter adalah faktor yang paling utama mempengaruhi kesedapan biskut. Kalau dah guna butter salted tidak perlu lagi tambah garamdi dalam adunan. Jika gunakan Buttercup pun tak perlu lagi tambah garam.

💝Candy M&M harus dimasukkan pada saat akhir sebelum dibakar kerana kalau dimasukkan awal nanti warna M&M akan melekat dan bercampur aduk di dalam doh.

💝Biskut ini  sesuai dihidangkan pada musim perayaan dalam saiz mini. Panjangkan tempoh pembakaran sehingga warna biskut menjadi 'golden brown' jika mahu lebih rangup. Resepi diadaptasi dari Stephanie Jaworski, Joy of Baking


Resepi terung goreng berlada

*RESEPI TERUNG GORENG BERLADA*

🌸Bahan2🌸
Terung
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Bawang besar-dihiris
Ikan bilis digoreng garing

🌸Bahan2 tumbuk kasar🌸
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Cili besar merah
Cili padi

🌸Cara memasak🌸
- terung dibasuh dan dibelah tengah..Goreng dlm minyak panas, biar smp masak tpi jgn lembik sgt... Angkat toskan...

- kemudian tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau wangi ..Masak sehingga pecah minyak...

- kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula.. kalu nak lebihkan kuah masukkan sedikit air.. biarkan mendidih..

- kemudian masukkan terung yg telah ditoskan tadi dgn bawang besar yg dihiris... biarkan kejap bg sambal berlada sebati dgn terung..

- bila sudah betul2 masak, angkat dan gaulkan dgn ikan bilis goreng... siap!!

Selamat mencuba !!!



Sumber facebook

Wang tunai, barang kemas isteri bekas Pengerusi Tabung Haji dirampas SPRM

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan bahawa beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah datang ke rumahnya semalam.

Beliau yang dihubungi oleh Astro AWANI sebentar tadi mengesahkan kira-kira 10 anggota SPRM telah datang ke rumahnya sebelum memaklumkan kepada beliau untuk melakukan penggeledahan.

Kesemua pegawai SPRM itu hadir sekitar jam 1 petang semalam.

Tambah Azeez, daripada penggeledahan tersebut, pegawai SPRM turut merampas barang kemas milik isterinya serta wang tunai
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah wang tunai yang dirampas oleh SPRM.

Azeez berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan.

“Saya sedia pada bila-bila masa sahaja untuk membantu dan memberi kerjasama kepada SPRM dalam sebarang siasatan.

"Saya tiada apa yang hendak disembunyikan. Sebenarnya saya sudah duga ini akan berlaku memandangkan nama saya memang disebut," katanya.

SPRM pada Selasa melancarkan serbuan serentak di lima lokasi berbeza melibatkan kediaman dan juga pejabat Abdul Azeez.

Menurut sumber, serbuan dilakukan di kediaman beliau di Subang, Selangor dan Baling, Kedah.

Selain itu, SPRM turut membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

SPRM turut merampas wang tunai hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan nilai tukaran sekitar RM1.2 juta.

Difahamkan serbuan yang bermula 12.30 tengah hari itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.

Astro AWANI sudah cuba mendapatkan pengesahan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM mengenai perkara ini.

Sumber: AstroAwani.com

Resepi sambal ikan bilis dengan petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai 😍😍

Bahan-bahan:

1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia - opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara-cara:

Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Nota:

Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.




Sumber facebook


Tudung bawal kekaboo raya 2018

Salam 7 Ramadhan korang

Jom cuci2 mata tgk tudung bawal viral KEKABOO raya 2018 nii. Material cotton yang cantik dan senang dibentuk. Kainnya tidak jarang dan sangat selesa dipakai hari2.

RM35 ekslusif design

RM35 limired design

Rm25





Tuesday, May 22, 2018

Resepi buttermilk chicken ringkas dan mudah

Resepi Buttermilk Chicken

BAHAN2:
1 ketul Dada Ayam - potong kiub kecil
1 bj Putih Telur
1/2 cwn Tepung Kentucky
2 sb Butter
1 ulas Bwg Putih - cincang
2 tangkai Daun Kari
3 bj Cili Padi
1/2 cwn Susu Cair Evaporated (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada

CARA2:
1. Perap ayam dgn garam, serbuk lada & putih telur selama 5-10 minit.
Golekkan ke dlm tepung Kentucky & goreng sehingga masak & garing.
2. Cairkan butter & tumis bwg putih, daun kari & cili padi sehingga wangi.
Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga pekat.
3. Tuangkan ke atas ayam goreng & hidangkan segera dgn nasi putih.

Like & Share
Resepi Memikat Suami



Sumber facebook

Menteri Pendidkan Malaysia yang baru

Hasrat Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu, YB Dr Maszlee Malik sejurus selepas mengangkat sumpah.

Beliau menyuarakan hasrat untuk melihat bagaimana sistem pendidikan di Finland boleh dimanfaatkan. Selain pendidikan dengan rangsangan teknologi, YB juga berhasrat menjadikan pembelajaran awal lebih menumpukan perhatian kepada pembentukan syahsiah dan bukannya peperiksaan.

Pembelajaran dan pengajaran perlu menjadi suatu proses yang menggembirakan, dengan kasih sayang.

Manakala di dalam konteks kepelbagaian latar belakang masyarakat kita, budaya hormat menghormati perlu diterapkan.

Sama-sama kita bantu beliau dan pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia merealisasikan hasrat murni ini.

Terima kasih Sinar Harian untuk temubual ini.

https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/10156598346689883/


Alhamdulillah one of my UIA lecturer da jadi Menteri Pendidikan skang ni. Walaupun die tak penah mengajar aku, tapi rasa bangga jugak. Sbb from my previous UIA kann. My ex unimate cite beliau penah mengajar diorang. Orangnye tegas tapi penyayang. Beliau penah jugak menjemput pelajar2 nye ke rumah beliau untuk makan2 bersama... waa.. nampak orangnye sgt pemurah n frendly kann. Semoga beliau dapat mengubah pendidikan kita ke arah yang lebih baik lagi..

Resepi kerabu telur masin mudah dan cepat

Dua pinggan bertambah berbuka semalam. Balik kerja tak sempat nak masak beria. Tapi tak sedar dua pinggan bertambah. Lupa diri ini diet. Sedap sgt. Try la..

Kerabu telur masin

cara2
rebus telur masin

cincang hncur bwg besar/ bwg merah halia bwg putih n lada burung dan serai
gaul gula garam aji cuka dgn bhn yg cincang td
nnt letak kacang panjang n tomato..

siap perasakan air asam td.. guna sudu utk buang telur td n rendamkan..siapp..

Kredit Resepi : nor ezae via mahn


Resepi mee goreng Basah sedap meletups

Resepi Mee Goreng Basah Sedap Meletops dan mudah!

Bahan bahan

-1 pack mee kuning
-isi ayam potong kecil ( ambil bhagian kepak,peha n campur sikit dada)
- daun kucai
-1 biji buah tomato - potong kasar
- 8-9 ulas bawang putih - ditumbuk
- segenggam cili kering ( potong , rendam , kisar (time kisar letak air lebih sikit)
- kicap manis mudim
-1 sudu besar Garam
-5 sudu besar gula
-5 sudu besar Minyak masak
*Admin tambah udang

Cara cara:

Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi. pastu masukkan ayam.. goreng kejap bg isi ayam nampak putih . lepas tu boleh la Masukkan cili kering yg dkisar td, lepastu boleh terus masuk gula ,garam, kicap. nak bg warna cantik kicap jgn kedekut sngt 😒
.

tunggu smpai mndidih , n nampk mcm pekat dah, rasa sikit ok x.lepastu Masukkan mee dan gaul sebati.

jgn tinggal me tu.. gaul ja dia smpai agak2 bersalut dah ..n kuah agak2 nak kering tu.. lepaskan tomato n daun kucai yg dh di potong tu... gaul dlm 2 minit... tutup api.. dan siap..😍😍😍😍.

p/s...  jgn smpai kering tau  ... 😜😜😜😜

Mee sedia dihidangkan

Kredit resepi ini kepada Cik Puan Hajar

.
.

Related Posts with Thumbnails