Search This Blog

Wednesday, March 14, 2018

Happy Birthday to my Son

Happy Birthday to Adik Emir | Salam to all. Alhamdulillah, harini genap umur Adik Emir 2 tahun. Bersyukur sangat sepanjang 2 tahun ni, Adik Emir tak banyak kareanah nye. senang sgt nak jaga. semoga adik Emir membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ye. (panjang jugak entry aku kali ni, harap korang bole baca sampai habis....eh....)


Ingat lagi peristiwa 2 tahun yang lepas. Since aku tak penah coretkan pasal kelahiran adik Emir kat sini, so arini aku akn sharekan camne pengalaman melahirkan adik Emir. Ingat lagi petang 13 Mac tu, aku sempat lagi pegi jalan2 ke Vision Park, bawa anak ku yang perempuan bermain layang-layang2. Masa tu, aku memang tak rasa apa lg. So, duduk dan lepak2 je kat padang tgk anak perempuan ku Arissa berlari2 mengejar layang-layang dengan abahnye.

Malam tu, aku tidur agak lambat. Biasala bile da dekat dengan waktunye, slow2 aku wat preparation untuk masuk hospital. sediakan baju baby, baju aku nak di bawa ke hospital. tapi, aku wat slow2 je sebab tak jangka baby akan kuar awl. waktu tu, baru miggu-ke39. so, aku rasa awl lagi nk prepare beg ke hospital.

Sebelum memejamkan mata malam tu, aku da rasa sakit2 perut. rasa cam nak membuang ari besar atau rasa cam period paid yang mild je. So, ape lagi, aku pun berlari masuk toilet. Masa dlm tu, terkejut gak aku bile yang keluar tu, darah. Agak heavy jugak sampai pad pun tak dpt nak menampung darah tu. aku panggil husband aku yang masih kat bawah. Pada mulanya, aku decide nak tunggu je dulu kat rumah sebab tak sakit lg. tapi, bile tgk darah yang mengalir dan meleleh2 tu, terus husband aku risau dan bawa ke Hospital. Masa perjalanan, memang da rasa sakit contraction. jerit2 jugak masa tu. 

Husband membawaku ke hospital yang berdekatan, Hospital Kepala Batas. Masa tu, dalam pukul 2pagi, macam biasa aku check in dulu dan disuruh tukar baju PINK hospital. Masa tu, sakit tu biasa2 je...kejap sakit, kejap tak....Nurse kat situ suh aku tido ats katil dalam satu bilik dan letak satu alat kat perut untuk monitor heart beat baby. Sebenarnye, alat tu sangat merimaskan aku. ye la, da la sakit rasa cam nak guling2. bile letak alat yang cam wayar tu, pergerakan aku sgt terbatas. aku tak bole pusing banyak sgt2. jalan pun tak bole. telentang je kat atas katil. 

Setelah sejam aku terlantar atas katil, Nurse datang baca bacaan graf daripada mesin heart beat tu. Nurse tu kata graf tak cantik. aku pun tak tau gaya tak cantik tu camne....Terus dia pegi menelefon Doktor. Doktor datang dan tengok graf tu dan akui graf tu memang tak cantik. Oleh sebab, kat hospital tu takde pakar dlm O&G tu, dorang terpaksa menolak ku ke Hospital Seberang Jaya. Masa tu, husband aku masih kat hospital. Dorang gitau husbandku, dan aku dibawa menaiki ambulance. first time tu naik ambulance....hehe..tapi tak dpt nak menikamti sgt sebba dlm rasa sakit guling2 n pakcik driver pun bawa laju semacam je....rasa terumbang ambing je.

Sampai kat Hospital Seberang Jaya, aku di bawa terus ke wad bersalin. Kat situ pun, aku masih di monitor oleh machine heart beat tu....rimas sgt la.. sebab aku rasa cam nak jalan2 dan guling ngan sakit contraction tu...sambil baca suruh nabi Yunus n macam2 surah aku baca nak legakan sakit tu. Dalam pukul 6.30 pagi, ade sorang doktor, check heart beat and terus dia kata kena wat emergency Czer. sebab, graf sgtla tak cun. masa tu, husband aku tak sampai lg, hanya ku sorang je. dorang terus je hulur pen n kertas suh aku sign je...aku ngan sakit contraction tu ikut je la....SIGN dan dorang terus bawa aku ke Operation Room.

Dalam bilik tu, ade ramai org jugak. pakar bius ade. pakar bedah ade. Nurse ade. memang kelam kabut jugak dlm bilik tu. utk biuskan aku, dorang suh aku peluk bantal kuat sebab dorang nk cucuk kt tulang belakng. masa tu, memang tak rasa sakit kena cucuk sebab sakit kontraksion tu mengatasi sume sakit. sampai aku suh doktor tu cepat sket sebab sakit sgt. Lepas cucuk terus aku pengsan.

Tapi sebenarnye, aku dibius separuh badan je. masa dorang membelah dan mengambil baby drpd perut ku, memang terasa sangat. rasa cam orang godek2 kt perut ku ni. tak rasa ngilu ke ape. tapi rasa cam ade orang godek2 dalam perut. lps, baby da kua, aku tak dpt tgk baby lagi masa tu. Aku rasa cam tak bole bernafas dan ade nurse yang tnya aku masa tu. lepas tu, aku rasa lemah dan pengsan terus.

Bile terjaga, first thing yg aku tnye orang dekat aku, "Mana my baby?, saya nk tgk baby. saya nak bagi susu kat baby" tapi dorang kt situ, tak tau pasal baby. sebab tugas dorang kt situ menambah darah. Ye, aku kehilangan banyak darah masa operation dan kena tambah 1 bag of darah.

Lepas setel tambah darah, baru dorang menolak ku ke wad bersalin. aku diletakkan dalam bilik khas sebab kes aku agak rumit. doktor kena monitor closedly br aku bole direlease ke wad biasa. lepas beberapa minit, barula nurse bawa anakku. Ya Allah, tula masa yang ditunggu2. aku nak tgk anak aku je. husband aku pun ade jugak masa tu. Alhamdulillah, semuanye da selamat. Doktor kata nasib baik cepat sebab uri da lekang daripada baby, maknanye baby da tak terima segala oksigen drpd badan mak. Alhamdulillah, Allah selamatkan aku dan baby. rasa kelahiran kali ni agak tragis dan bersyukur sangat sebab semuanya da selesai.



How can i ever forget the moment when I took you in my arms for the very first time? Every year your birthday reminds of this beautiful moments and I find tear rollong down my cheeks. Here's wishing the best of blessings and good luck on your Happy Birthday.

9 comments:

Mimi Azirah said...

Happy birthday Emir. Dah jd big boy dah

Hans said...

alhamdulillah
dua2 selamat
semoga membesar menjadi anak yang berjaya

Amanda Suria said...

Happy Birthday Emir..semoga membesar menjadi anak yang soleh buat ibu dan ayah...be a good boy..

mama tisya said...

ingtkn ada ank gegurl je..rupanya dh sepasang..happy birthday emir

MiYOKO SuKi said...

yup, da sepasang @mama tisya....tq so much

Dunia Zumal said...

Alhamdulillah Emir sihat...

Ijoy Z said...

Tahniah2x

Amanda Suria said...

Subhanallah..tragik sungguh kelahiran baby Emir..semoga Emir membesar menjadi anak yang soleh dan sayangkan mommynya...

Radhia Razali said...

rasa baru jeakan bersalin..pejam celik pejam celik, tengok anak dah 2 tahun dah..tak perasan masa bila membesar..hehe

Related Posts with Thumbnails