Search This Blog

Wednesday, December 20, 2017

Suamiku milik ibunya


Aku milik suami ku dan suami ku milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu ingat bahawa..Dia adalah wanita yang mengandung suami ku dalam kepayahan selama 9 bulan...

Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku...

Aku tidak pernah keluarkan wang seposen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan SANGAT BAHAGIA MENJADI ISTERINYA setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku...

Cemburu? Pasti dia cemburu.. Aku wanita asing, yang kini selalu disayang2 oleh anak lelakinya. Harta anak lelakinya tercurah untuk ku nikmati. Padahal ia yang melahirkan, membesarkan dan mendidik...

Teringat nasihat ibu ku tercinta, "Nak.. sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya. Kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti. Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu.. segala sesuatu pasti ada timbal baliknya". Dan tangis ku makin deras..

Oh suami ku.. bahagiakanlah ibu dan bapa semampu mu. Semoga kelak anak2 kita pun membahagiakan kita, sebagai balasan bakti mu pada ibu bapa mu...

 Seorang  suami yg berbuat baik kpd ibubapanya... akan berbuat baik kpd isteri dan anak2nya...

Dia suamiku 😗😗😗

Alhamdulillah..dia ayah kepada anak2 ku..

 😭😭😭😭😭😭
bacalah kaum hawa

Sumber
Mesej from wsap

Tuesday, December 19, 2017

Jalan jalan ke Pulau Pinang dengan FERI

Salam korang....

Weekend ritu korang g jln2 mana....aku g jln2 round penang je..atau orang sini kata jalan2 TANJUNG...lama jugak tak jalan jalan penang ni like a TOURIST gituuu....

walaupun ari panas terik, kite teruskan perjalanan kite ke Pulau dengan FERI...yang tak best pasal feri ni, sebab nak kena tunggu lama tuuu...Memang lama la tunggu...Lebih kurang sejam jugakla kereta berhenti di tengah panas. hmmm...tu yang tak best pasal FERI...pihak feri ni pun satu, da tau ari cuti ni, tambahkan la feri sebijik dua...ni, tak...dorang kurangkan lagi jumlah Feri...so, waktu menunggu bertambah laa....

Alhamdulillah, lepas sejam menunggu, br dapat naik feri...kali ni, naik feri yang ade dua tingkat untuk kereta..so, kereta ku berpeluang naik ke tingkat dua...View pun cntik kalo drpd tingkat dua feri ni...tapi tu la, gayat jugak...ank2 aku mmg takut la....nk bergambo pun amik kat tepi kereta je,,,hehehe....

Jom layan gambo2 dulu sebelum kite sampai ke seberang sana....PULAU PINANG PULAU MUTIARA...

Anak2 muka takut n cuak n gayat

famili photo...jenuh nk dekatkan kakak kt abah...dia gayat tuu

Adik muka takut jugak
Ke Pulau Pinang
KOMTAR satu2nya bangunan yang tertinggi kat Pulau Pinang ni..
ok...lepas lbh kurang setgh jam dlm feri, br kite sampai ke PULAU PINANG...lps tu, kemana plak kite nk pegi....

Tungguuu!!!! Stay tune for next entry....

Monday, December 18, 2017

TAZKIRAH HARI ISNIN - KELUARGA SUNNAH

Assalamualaikum..hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.





Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

Sumber:
MESEJ from WASAP

Tuesday, December 12, 2017

USRAH HATI

Usrah Hati

Jika Hari ini kita masih lagi boleh berbicara,
Maka bicaralah yang baik-baik.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda,
Maka berguraulah dg penuh kasih sayang.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara,
Maka banyakkan ibadat jauhi maksiat.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh membaca al-Qur'an,
Maka hayatilah makna setiap ayat dg penuh insaf.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyu',
Maka banyakkanlah doa jangan alpa.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang,
Maka penuhilah dengan rasa kebaikan & sentuhan kasih sayang.

Mana tahu esok semuanya tiada lagi..
Mana tahu esok kita pula akan disolatkan..

Mana tahu esok kita pula yang mendengar..
Suara bacaan al-Qur'an penuh tangisan sendu..

Friday, December 08, 2017

Pemandangan indah dari TIngkat 17 kat Gurney Drive

salam jumaat uolss...

yeay!! esok da sabtu kan..capat sangat la masa berlalu...ni, aku nk share view2 yang cntik daripada Tingkat 17 sebuah Kondominum kat Penang...

ni, sebenarnye percutian singkat aku ke Penang minggu lepas...hahaha...bercuti la sgt kann...padahal stay kat Penang jugak...saja je nak meraikan adik ku yang balik drpd KL..so, kitorang pun booking la homestay tepi laut area Gurney ni...

jom layan gambo2 dulu....nnti, aku update pasal homestay ni plak ye...

pembangunan yang pesat kt penang ni...laut pun nak ditambun lagi....

satu lagi kondo kt depan kondo yg kitorg duduk ni..

bole nmpak mainland drpd sini...

from here bole nmpak Gunung Jerai....lepas ni, kite g panjat Gunung Jerai plak laa....

bole lepal2 kat balcony tgk view laut dan gunung...tapi, budak2 memang tak berani nk kua kat sini...sume gayat kott...

tu, di seberang laut bole nmpak Butterworth..

tuan tanah nk ber OOTD kat sini jugakkk

OOTD lagi

jangan dikenang orang yang jauh....ade kat depan mata je tuuu..hihihi
next week, aku cite pasal homestay yang aku duduk nii ye...

Walk In interview at Intel Penang/Kulim

Salam uolss

my "great place to work" ade open walk in interview utk sume talented engineers out there....tak kesah la korang fresh grad o yg da experince, klo nk try ape salahnye...yang penting korang kena ade  electrical / electronics engineering / computer systems / physics degree ye...

klo sape2 berminat nk keja kat Penang or Kulim, sila2 la forward resume to me ya...best oo keja kt sini...hehehe...GREAT PLACE TO WORK sgt....




for more info, bole klik kt sini. SINI

Thursday, December 07, 2017

Jubah plain simple dan awesome

KHAS BAGI YANG SUKAKAN MATERIAL YANG RICH AND EXCLUSIVE- Bella Basic Jubah
.
#BellaBasicJubah yang paling hot selling dari Bella Ammara ni memudahkan korang semua!. Betul sis cakap, sebab sis pun rasa benda yang sama..
.
-------------------------------------------------------------------------------
6 Sebab untuk korang grab Bella Basic Jubah dengan segera
--------------------------------------------------------------------------------

1.      Menggunakan material Matte Satin Exclusive. Material ni sangattttt cantikkk, bagi sis material ni bagi effect look rich pada jubah. Sebab material ni tidak terlalu berkilat, dan tidak terlalu plain, ada shining tapi tersangatlahhh minimum.
2.      Selain tu, material Matte Satin Exclusive ini memudahkan korang sebab tak payah susah-susah iron teruk-teruk. Wahhhhhhh… 5 minit pun dah cukup untuk iron Bella Basic Jubah ni… (like banyak-banyak pls untuk yg ni)
3.      Ada 6 pilihan colour yang sangat cantik dan awesome. Semua niiiii colour favourite #BellaAmmaraLovers. Hiiiiiii… confirm tak tidur malam fikir nak grab colour yg mana satu….
4.      Sesuai untuk semua occasion. korang pakai pergi mana pun tak akan nampak overdress, sesuai je untuk semua jenis majlis, formal ke, semi-formal ke atau pun casual. Wahhhh senangnya! Tak payah pening2 nak cari baju lepas ni kan?
5.      #BellaBasicJubah ni ada poket tau di sebelah kanan, soo kalau nak letak kunci kereta ke, handphone ke, purse ke muat je,, tak payah susah-susah bawak handbag. Seeee #BellaBasicJubah ni memudahkan korang Kan? Tunggu apa lagi? Cepat2 beli yaaa
6.      Haishhhhh,, banyak sangat dah sebab  sise bagi ni, tak kan tak cukup convincing lagi #BellaAmmaraLovers?????

Harga #BellaBasicJubah yang Bella Amamara tawarkan ni terlalu murah dan mampu milik oleh semua peringkat gaji, jadi tak kan beli untuk awak je? Alang-alang beli tu jangan lupa belikan untuk kawan rapat, adik, mak, mak mertua atau bakal mak mertua.. (auuuuu)









Ada banyak cara korang semua boleh purchase #BellaBasicJubah dari Bella Ammara ni ya.
korang boleh dapatkan di
• Website Bella Ammara :
www.bellaammara.com
www.bellaammara.com
www.bellaammara.com

• Whatsaap
WASAP_AND_SAY_HI_HI

.
• Butik-butik Bella Ammara
Shah Alam: www.belleyahya.com/BAshahalam
Kuala Lumpur: www.belleyahya.com/BAkualalumpur
Bangi : www.belleyahya.com/BAbangi
Johor Bahru: www.belleyahya.com/BAjohorbahru
Kuantan: www,belleyahya.com/BAkuantan
Sungai Petani: www.belleyahya.com/BAsungaipetani.


• Authorize Dropship Bella Ammara
WASAP_AND_SAY_HI_HI

Wednesday, December 06, 2017

Wordless Wednesday: Gelagat dua beranak

salam uolss...

arini terasa tak nak tulis panjang2....hehehe..just nak share gambo2 dua beranak..bukan senang nak dapat mood baik drpd kakak Arissa...bukan senang kakak nak bergambo n bermesra dengan mamanye macam nii...hehehe...sekali sekala je....


sayang anak mama ni ye...

cubaan membuat BIG LOVE from us

kakak posing ayu ye

AYU AYU gituu

eh...ehhh

sama tak muka kitorang

till then....tata..~~

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

 🔴Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat

P/S: INFO from the whatsap group....sharing is caring kannn

Tuesday, December 05, 2017

Mee Udang belanga di Warung Rumpun MambuTanjung Dawai

salam uolss...



Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...

Cinta kita di Pantai Merdeka...

ingat lagi tak lagu ni uolsss....hehehe...da sampai ke Tanjung Dawai ni, kite kena nyanyi lagu Pantai Merdeka nii...hihihi..

Daripada Tanjung Dawai ni, kite bole nmpk Pantai Merdeka...nun jauh di sana...Actually, klo drpd Pantai Merdeka, kite bole sampai ke Tanjung Dawai ni...tapi dengan menaiki bot kecik...murah je tambangnye...Rm1 seorang....tapi kali ni, aku sekeluarga tak naik bot..aku ikut jalan darat....So, kalo ikut jalan darat jauh sket la...perjalanan mengambil masa sejam drpd rumah aku ke Tanjung Dawai nii...

warung berbumbung kuning diberi nama  WARUNG RUMPUN MAMBU . Memang ramai org waktu aku sampai di situ..Al maklumala, hari Ahad dan ramai yang singgah mai nak pekena Mee Udang yang sedap lg menyelerakan tuuu...

Bagi aku, mee udang nye mmg sedap la..THUMBS UP!!..rasa kemanisan udang yg pure sekali...so, sangat2 berbaloi makan kat sini walaupun terpaksa drive sampai sejam kannnn....uolsss mesti try tau kalo sampai kat Tanjung Dawai niii...

uissshhh...makan PANAS2 ni mmg sedap....sampai MENJILAT JARI....


Kat sini, ada jugak Mee Tulang...sedap jugak meenye....rasa tulang daging sebenar....
our famili photo...aku bawa mai adik n adik iparku  drpd KL mai mkn sini...Belakang tu, nmpak Pantai Merdeka...
Adik Emir, mama dan kakak Arissa

Lepas mkn, bolela singgah kejap dekat jeti Tanjung Dawai...ada macam2 makanan laut kering yang dijual kat situ. Ada ikan kering, ikan bils, ikan pekasam...aritu, aku beli ikan belis rangup...sedap n murah sgt...

sampai sini je, cite makan2...tata...

cara menghilangkan kelemumur dengan berkesan

Salam uolsss...

Pagi ni, aku nk share pasal satu resepi ringkas untuk hilangkan kelemumur...ini adalah cara paling berkesan tanpa penggunaan bahan kimia...menggunakan natural oil je....arap2 resepi ini dapat membantu sape2 yang ade masalah kelemumur...

Dandruff Recipe
  • 5 drops lemon.
  • 2 drops lavender.
  • 2 drops peppermint.
  • 1 drop rosemary.
  • Application: Dilute 50:50 with a carrier oil (campurkan sume essential oils kt ats dengan carrier oil..kite bole guna vegetable oil ataupun VCO (virgin coconut oil)) and massage 1 teaspoon into scalp vigorously for 2-3 minutes. Rinse. 
  • OR. Dilute 5 drops of the essential oils with 20 drops of carrier oil. Massage into scalp. Leave overnight while you sleep. 




Selamat Mencuba!!!

Monday, December 04, 2017

Black Cardigan Abaya by Bella Ammara

Salam uolsss....nk share sket pasal black cardigan abaya niii...sgt2 best okay!!! 
#BlackCardiganAbaya2.0 penyelamat untuk #BellaAmmaraLovers yang dah buntu nak pakai baju apa bila keluar santai-santai 
Ini lah satu-satunya Cardigan yang sesuai untuk di padankan dengan pelbagai jenis tops dan  palazzo. Tambahan pula, untuk koleksi kali ini, Bella Ammara keluarkan dengan warna kegemaran setiap orang Black Black Black.  
Yeeeee uolssss, warna hitam kan mudah nak match kan dengan warna favorite korang, nak pakai shawl colour apa pun sesuai ,, Nampak helokk jeee. 

Satu lagi yang best, korang perasan tak detailing untuk #BlackCardiganAbaya2.0, yesss itu high quality prada lace.. wow ada exclusive look laaahhh. Simple tapi boleh buat org sebelah sakit mata sebab jelling lama sgt. Hhihihi 

Pada uolls yang masih terfikir nak pakai #BlackCardiganAbaya2.0 ni pergi mana, yang #BlackCardiganAbaya2.0 sangat sesuai kalau di pakai bersantai-santai dengan buah hati, family dan kawan. Macam  sis cakap, walau pun simple tapi #BlackCardiganAbaya2.0 ni Extra
Haaaaaaa. kalau nak tahu apa yang EXTRA kenalah purchase dan rasai sendiri.. Pstttt jangan  lupa share dengan kawan-kawan ok! Ada banyak cara uolss semua boleh purchase 
#BlackCardiganAbaya2.0 dari Bella Ammara ni ya.
paling senang, order tru wasap je....cpt, mudah dan pantas...


-Cardigan with Prada Lace
-Round neckline 
-Exclusive Soft Crepe 
-Pocket Left and Right  
-Hook and Eye for fastening 
-BA Plate 
-Model wears an XS and is 154cm tall 
Product Care: Suitable for Hand Wash. Iron on Medium Temperature 







Japaneese cotton murah





KAIN UNTUK KAKAK BUAT BAJU PERGI KENDURI

salam uolsss....hujung2 tahun ni sure banyak kenduri kann...sape yang suke pakai japaneese cotton bolela window shopping kat sini...cuci2 mata tgk kain japaneese cotton nii...

Harga yang ditawarkan adalah sgt berpatutan..super crazy murah setanding ngan quality kain yang bermutu tinggi...sangat2 berbaloi kalo dpt beli...waaaahhhh!!! sape tak nak kann...


Beli kain dari Bella Ammara Textile lepas tu boleh tempah rekaan kesukaan korang, sesuai juga kalau nak pakai sedondon dengan family attend kenduri nanti. 

KELEBIHAN BATEX JAPANESE COTTON
  • -Kain 4 meter (45”) 
  • -Kualiti kain yang bermutu tinggi
  • -Design dan corak kain yang terbahru 
  • -Tidak mudah berbulu 
  • -Tidak akan mengecut selepas basuh 
  • -Kain yang lembut 
  • -Tidak jarang 
  • -Tidak akan mudah luntur warna selepas basuhan 
  • -Material kain yang sejuk dan selesa walaupun pakai seharian
  • -Sesuai di buat baju kurung atau jubah

sape berminat bole wasap no kt bawah ye....












Ammara ya
Related Posts with Thumbnails