Search This Blog

Showing posts with label short_trip. Show all posts
Showing posts with label short_trip. Show all posts

Thursday, March 22, 2018

Percutian Mewah di Parkroyal Kuala Lumpur

Percutian Mewah di Parkroyal Kuala Lumpur | Salam & Hai korang ! Sempena musim cuti sekolah ni, jom lepak di Kota Bandaraya Kuala Lumpur! Alang-alang boleh la pergi Jalan TAR, Masjid India, Pavilion, Mid Valley, Sunway Putra Mall dan banyak lagi la tempat yang boleh kita habiskan duit! Hahaha. Bukan itu saja guys, kita juga boleh pergi Taman Rama-rama, Tugu Negara, Muzium Negara, KLCC, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi laaa! Tapi bila sebut Bnadaraya Kuala Lumpur mesti semua risau kan nak menginap di hotel mana. Yela kat KL tu hotel-hotel yang ada semua yang mewah-mewah, grand grand.. Ishh takot pulak nak stay kat hotel camtuh! Tapi, kalau nak stay kat hotel bajet pulak takot tak selesa la, tempat yang terpencil la..aishh masalah betul kan. But! Dengan menginap di Parkroyal Kuala Lumpur korang boleh menikmati hotel yang selesa dengan tempat yang sangat strategic di tengah Kota Bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Bukit Bintang! Yang paling penting harga yang ditawarkan bermula dari RM200 saja u olls!


kuala lumpur
PARK ROYAL tersergam indah di tengah kota raya Kuala Lumpur
Parkroyal Kuala Lumpur ni berhampiran dengan pusat membeli belah yang popular di sekitar Kuala Lumpur antaranya ialah Sungei Wang Plaza, KLCC, Lowyat Plaza, Berjaya Times Square dan banyaklagi! Yang bestnya korang kan, di Parkroyal Kuala Lumpur ni korang boleh naik Monorel jer untuk ke tempat-tempat yang aku sebut tadi. Mudah sangat nak dapatkan pengangkutn awam di sekitar hotel ni. Tak perlu la korang bersusah payah nak drive kereta nak tempuh kesesakan jalan raya, buat pening kepala jer wei! Naik jer Monorel, LRT, Uber or Grab car, senang jer..hehehe. Dah alang-alang datang kuala Lumpur ni, korang boleh la pergi ke Aquaria yang terletak di KLCC. Tiket nak masuk bermula dari RM30++ tak silap aku. Selain itu korang juga boleh makan di Restoran berpusing iaitu di Menara Kuala Lumpur dimana, korang boleh menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur sambil menikmati makanan yang telah disediakan di sana.. Pergghhh! Best la u ollss!!

Untuk pengetahuan korang, Parkroyal Kuala Lumpur menyediakan enam jenis pilihan bilik yang sangat selesa dimana setiap bilik dilengkapi dengan alat penyaman udara, TV Satelit, alat membuat the/kopi, peralatan mandi yang lengkap, serta banyak lagi. Kalau korang nak tahu la kan, Parkroyal Kuala lumpur juga menyediakan bilik yang menawarkan permandangan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur! Boleh la korang menikmati keindahan permandangan Kuala Lumpur pada waktu malam..Cantik sangat guys! Okay now aku nak cerita antara kemudahan yang disediakan di sini antaranya ialah parking peribadi untuk penginap yang menginap di sini, so u guys boleh la park kereta korang di sini dengan selamat tanpa rasa ragu-ragu sebab di sini ada guard yang akan meninjau keselamatan kereta korang. Tapi korang akan dikenakan bayaran la kalau park kereta di sini, alaa tak mahal pon..harga yang dikenakan juga sangat berbaloi okay! Selain itu, di sini juga mempunyai kolam renang kanak-kanak dan kolam renang orang dewasa, so boleh la korang beriadah bersama family pada waktu petang di kolam renang yang telah disediakan ni. Kalau ada antara korang yang suka melakukan aktiviti senaman badan, korang boleh la pergi ke pusat kecergasan yang telah disediakan di hotel ni. Gunakan jer kemudahan yang ada di sini sebab nanti korang akan rasa rugi taw..bukan selalu kan datang menginap di Parkroyal Kuala Lumpur ni.
deluxe room
Deluxe twin room

Superrior Queen Room

Restoran juga ada disediakan di sini okay, kalau korang nak tahu, di restoran ni juga ada menyediakan makanan tempatan dan makanan barat. Yang paling penting u olls, makanan yang disediakan di sini sangat sedap! Dah la sedap, harga pula perghh!! Sangat bersesuaian dengan makanan yang telah disediakan! Rasa sekali nak lagi! hehehe makan la korang sampai kenyang, tak perlu la nak pikir nak cari makanan kat mana dah okay! Sebenarnya banyak lagi kemudahan yang ada di sini. Korang boleh la survey dengan menaip Parkroyal Kuala Lumpur di laman sesawang traveloka.com untuk mengetahui dengan lebih details! Korang juga boleh dapatkan best price on Parkroyal Kuala Lumpur di website atau apps traveloka. Wait no more!

Friday, February 02, 2018

Transformers di Penang

Transformer di Penang | Salam Jumaat. lama tak bersiaran kat sini. sape da pegi melawat transformers kat penang ni. aku pun tau kewujudan robot ni 2 bulan yang lepas. padahal da lama kot robot ni berdiri kat situ.


Transformers ni ade dipamerkan kat  Penang TIme Square. KL ade TIme Square.. Penang pun ade gak. Penang Time Square is an ongoing urban redevelopment project in George Town, Penang, Malaysia. It is located at Dato Keramat Road in the city centre, and comprises office blocks, condominiums, a shopping mall and an outdoor plaza. (Wikipedia)

Anak2 ku suma takut dengan transformers...nangis2 takut tgk robot tu...takut robot tu nak makan dorang kot...hahahha...

layan gambo je la ye...


time square penang



di penang





sape nak pegi melawat transformer bole g kat alamat di bawah:
Penang Times Square
Address144, Jalan Dato Keramat, George Town, 10150 George Town, Pulau Pinang

Friday, January 05, 2018

Makanan paling mahal di dunia ada di Wonderfood Museum

Assalamualaikum. Its Friday today. cepatnye seminggu berlalu. Arissa pun arini da senang nak bangun pagi walaupun hujan lebat mencurah-curah. die tetap nak bangun dan bersemangat nak pergi sekolah. Alhamdulillah.

waa...tengok tajuk tu...sape penah makan makanan paling mahal di dunia ni? cer komen kat bawah. aku tak penah makan. tapi tengok je. sebelum ni, tak penah terpikir ade makanan yang mahal yang bole mencecah beratus ribu ringgit harganya. rasa nye tak tau la sedap ke idak kannn....

So, aku dapat tau pasal makanan yang termahal ni kat Wonderfood Museum. thanks to the Museum yang beri good knowlwdge to the visitor. so, kitorang tak berjalan kosong je kan... ade jugak useful info from the trip.

ni ade lah set abalone yang rata2 digemari oleh kaum cina. harganye USD1000...kalo convert to Ringgit Malaysia, kan da jadi RM4000...mahalnye....
Ni namanye cendawan matsutake. harga kat situ ada USD160 000...mahal giler....


Apa yang membuatkan cendawan ini mahal adalah kerana proses pencariannya yang sangat rumit di mana "pemburu" cendawan ini terpaksa menggunakan khidmat anjing pengesan. ini kerana cendawan ini hanya tumbuh di kawasan semak samun dan hutan yang tebal. selain itu, kepingan daun emas 24 karat ditabur kat ats cendawan ini...emas pun kite boleh makan tauuu......maka harganya pun adalah sekita RM500 000.



macaron yang disalut emar 24 karat membuatkan ia antara makanan paling mahal
cuba teka ape ni? makanan ni mahal sebab di tabur daun emas 24 karat
Bestnye kalo dapat dinner dalam bilik yang disalut emas 24 karat ni... ini adalah emas betul dan bilik ini dilengkapi CCTV and pintu besi untuk melindungi daripada kejadian yang tak diingini. Nampak ekslusif sangat!!!
Ada lagi satu makanan yang mahal iaitu PIZZA...Pizza bersaiz 12 inci ini dihasilkan menggunakan ramuan yang paling mahal di dunia antaranya daging rusa, kaviar yang direndam dalam champagne dan ditabur daun emas 24 karat...wah...sanggup ke nak makan emas ye? baik pakai kat badan kann....hehehe

Happy weekend everyone....
till then...bye....

Tuesday, December 26, 2017

Ada Apa dengan Wonderfood Museum - Part 2

Assalamualaikum sume....skang ni mood blogging da ke laut..mood nk bercuti je rasa...nak wat kerja pun mood kurang lagi ni...padahal tak amik cuti panjang pun...

ok, ni sambungan daripada PART_1. banyak jugak gambar yang nak diupload..nak kena wat banyak part jugak ni..arap korang tak bosan la ye...

jomla layan gambo aku n anak beranak....

ABC yang gedabak besar kt belakang tuuuu....tgk, anakku pun layan jugak karenah mama nye...SATE pun besar....rasa nak nyum nyum je niiii

gambo satu famili ngan ASAM LAKSA PENANG....tgk gambo ni rasa nak pegi cari laksa la plak....perut pun da berbunyi niiii...kruk..krukkk

Abahnye pun sama....nak makan sate tuuu

makanan basi pun ada kt sini....

Bayangkan kalo makanan kite sume HITAM n PUTIH (BLACK N WHITE)...mesti tak best kannnn...tak de selera nk makan...
NAHHH!!!! sy belanja sepinggaan CHAR KOEY TEOW Penang....
ok...sebenarnye, ade lagi nk cite niii...kite sambung lain kali plak ye....

TATA...

Wednesday, December 20, 2017

Ada apa dengan wonderfood museum

Ada apa dengan wonderfood museum | Assalamualaikum korang....sape penah pegi Wonderfood museum, angkat tangan?? Muziumm ni kat Penang...saya org Penang tp br first time terjah ke muzium ni...ade ape ek kat situ...

Wonderfood Museum ni adalah Muzium Makanan Pertama di Malaysia. Ia dibuka pada 21 Nov 2015 (da hampir 2 thn di penang ni) dan fames dengan nama the world’s first inter-food fantasy.  Dalam muzium ni, pelbagai jenis makanan tempatan yang korang bole tgk...saiznye besar gedabak sesuai sangat untuk korang yang suka bergambar...its FAKE tapi nampak REAL sgt...cam ank2 saya, sumenya pakat nak makan makanan yang di pamerkan...dah la masa pegi tu, tak makan lagi...Adik Emir memanjang kata "Nak makan, mama."  sian sgt kat anak mama..



TARIK jgn tak TARIK
INDIAN food kat belakang tuuu....siap ngan daun pisang lagi
Belakang kitorang ni, Malay food...ade lemang, nasi beriyani ngan ayam, roti jala, ketupat....nyum2...sume rasa nk makan je
Nasi Kandar...Penang mmg sinonim sgt ngan NASI KANDAR...tgk ni, terus nk g terjah nasi kandar
Ni plak chineese food:  yang besar kt tgh tu namanye POON CHOOI (Chineese Casserole) , Yusheng, kuih kapit, tangyuan, local biscuits, tim sam...
sedapnye kalo dpt makan asam laksa semangkuk besar ni...kenyang sampai seminggu laa....hahahha

kalo korang berminat bole masukkan alamat kt bawah ni dlm GPS korang....sure sampai kt depan pintu masuk muzium tu...

Alamat: 49, Lebuh Pantai, 10200 Georgetown, Penang
Phone: +604-251 9095
Waktu Buka: Daily 9am-6pm
Harga Tiket: Malaysian- Adult RM15, Child RM10
Non-Malaysian- Adult RM25, Child RM15

p/s: ade banyak lagi nk cite ni, kite sambung part 2 plak ye....stay tune guys!!!... :)

Tuesday, December 19, 2017

Jalan jalan ke Pulau Pinang dengan FERI

Salam korang....

Weekend ritu korang g jln2 mana....aku g jln2 round penang je..atau orang sini kata jalan2 TANJUNG...lama jugak tak jalan jalan penang ni like a TOURIST gituuu....

walaupun ari panas terik, kite teruskan perjalanan kite ke Pulau dengan FERI...yang tak best pasal feri ni, sebab nak kena tunggu lama tuuu...Memang lama la tunggu...Lebih kurang sejam jugakla kereta berhenti di tengah panas. hmmm...tu yang tak best pasal FERI...pihak feri ni pun satu, da tau ari cuti ni, tambahkan la feri sebijik dua...ni, tak...dorang kurangkan lagi jumlah Feri...so, waktu menunggu bertambah laa....

Alhamdulillah, lepas sejam menunggu, br dapat naik feri...kali ni, naik feri yang ade dua tingkat untuk kereta..so, kereta ku berpeluang naik ke tingkat dua...View pun cntik kalo drpd tingkat dua feri ni...tapi tu la, gayat jugak...ank2 aku mmg takut la....nk bergambo pun amik kat tepi kereta je,,,hehehe....

Jom layan gambo2 dulu sebelum kite sampai ke seberang sana....PULAU PINANG PULAU MUTIARA...

Anak2 muka takut n cuak n gayat

famili photo...jenuh nk dekatkan kakak kt abah...dia gayat tuu

Adik muka takut jugak
Ke Pulau Pinang
KOMTAR satu2nya bangunan yang tertinggi kat Pulau Pinang ni..
ok...lepas lbh kurang setgh jam dlm feri, br kite sampai ke PULAU PINANG...lps tu, kemana plak kite nk pegi....

Tungguuu!!!! Stay tune for next entry....

Friday, December 08, 2017

Pemandangan indah dari TIngkat 17 kat Gurney Drive

salam jumaat uolss...

yeay!! esok da sabtu kan..capat sangat la masa berlalu...ni, aku nk share view2 yang cntik daripada Tingkat 17 sebuah Kondominum kat Penang...

ni, sebenarnye percutian singkat aku ke Penang minggu lepas...hahaha...bercuti la sgt kann...padahal stay kat Penang jugak...saja je nak meraikan adik ku yang balik drpd KL..so, kitorang pun booking la homestay tepi laut area Gurney ni...

jom layan gambo2 dulu....nnti, aku update pasal homestay ni plak ye...

pembangunan yang pesat kt penang ni...laut pun nak ditambun lagi....

satu lagi kondo kt depan kondo yg kitorg duduk ni..

bole nmpak mainland drpd sini...

from here bole nmpak Gunung Jerai....lepas ni, kite g panjat Gunung Jerai plak laa....

bole lepal2 kat balcony tgk view laut dan gunung...tapi, budak2 memang tak berani nk kua kat sini...sume gayat kott...

tu, di seberang laut bole nmpak Butterworth..

tuan tanah nk ber OOTD kat sini jugakkk

OOTD lagi

jangan dikenang orang yang jauh....ade kat depan mata je tuuu..hihihi
next week, aku cite pasal homestay yang aku duduk nii ye...

Tuesday, December 05, 2017

Mee Udang belanga di Warung Rumpun MambuTanjung Dawai

salam uolss...



Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...

Cinta kita di Pantai Merdeka...

ingat lagi tak lagu ni uolsss....hehehe...da sampai ke Tanjung Dawai ni, kite kena nyanyi lagu Pantai Merdeka nii...hihihi..

Daripada Tanjung Dawai ni, kite bole nmpk Pantai Merdeka...nun jauh di sana...Actually, klo drpd Pantai Merdeka, kite bole sampai ke Tanjung Dawai ni...tapi dengan menaiki bot kecik...murah je tambangnye...Rm1 seorang....tapi kali ni, aku sekeluarga tak naik bot..aku ikut jalan darat....So, kalo ikut jalan darat jauh sket la...perjalanan mengambil masa sejam drpd rumah aku ke Tanjung Dawai nii...

warung berbumbung kuning diberi nama  WARUNG RUMPUN MAMBU . Memang ramai org waktu aku sampai di situ..Al maklumala, hari Ahad dan ramai yang singgah mai nak pekena Mee Udang yang sedap lg menyelerakan tuuu...

Bagi aku, mee udang nye mmg sedap la..THUMBS UP!!..rasa kemanisan udang yg pure sekali...so, sangat2 berbaloi makan kat sini walaupun terpaksa drive sampai sejam kannnn....uolsss mesti try tau kalo sampai kat Tanjung Dawai niii...

uissshhh...makan PANAS2 ni mmg sedap....sampai MENJILAT JARI....


Kat sini, ada jugak Mee Tulang...sedap jugak meenye....rasa tulang daging sebenar....
our famili photo...aku bawa mai adik n adik iparku  drpd KL mai mkn sini...Belakang tu, nmpak Pantai Merdeka...
Adik Emir, mama dan kakak Arissa

Lepas mkn, bolela singgah kejap dekat jeti Tanjung Dawai...ada macam2 makanan laut kering yang dijual kat situ. Ada ikan kering, ikan bils, ikan pekasam...aritu, aku beli ikan belis rangup...sedap n murah sgt...

sampai sini je, cite makan2...tata...

Saturday, April 30, 2011

IKEA...kami datang lagi....

hahahaha..tak abih2 budak ni ngan IKEA...sgt2 obses ngan KEK DAIM nye....Alhamudlilah, tercapai gak hasrat nk mkn KEK DAIM....ya hooo!!!! yerla..nnti, tak tau bile lg bole mkn kan kan kannnn....

lepas jln2 the curve, (cite kt sini ) dan tak jumpa barang yg dicari..apa lagi, terpaksa berangkat ke IKEA lakk...alor...dekat je nok..jln beberapa tapak je sudah sampaiii....yeay!!! motip utama mmg nk g IKEA..tp, ada follower yg takmo pegi...hihihihihi...tp, at the end, terpaksa pegi jugak sbb budak ini nk beli hadiah kawen utk kawan nye yg nk jmpa esk harinye....lupa nk g beli rituuuu....hadiah kena beli jugak2 sbb budak ini tak dpt attend kenduri kawen kawannye nnti kt seremban sbb budak ini tak larat nk drive lagi dr penang ke seremban...hahahaha...byk tui alasan mung niiii....

jln punye jln, macam2 kitorang jumpa...lampu besar yg cntik laaa....wat dr kertas je...jam dinding yg cntik dan tak bernombor...tok saya suh beli jam yg ada nombor, katanye senang nk tgk....tp, budak zaman skang, bole je tgk jam walau tanpa nombor kannn....hehehe....dan, finally, jumpala hadiah yg berkenan di hati utk diberi kepada kawan U yg tersayang....hadiahnye adalah......


pinggan tingkat2...sgt cool, kannn..sy suka....

jam bernombor dot dot dot..tok tak reti tgk...

Follower pertama saya...cun kan die...

follower kedua dan ketiga saya..saya sayang atok saya.. :)

saya yg perasan CUN bersama lampu UNIK....syg, nk satu!!!

ngan lampu unik...pendeknye saya...huhu

last but not least, follower saya yg ke empat... yg belakng tu ye =p

lepas shopping2, kite mkn dulu...nk tau apa yg saya mkn di IKEA....for sure la...KEK DAIM....at last, dpt gak mkn kek niiii sebelum pegi jauuuuhhhhh....


kek daim yg bolelah thn...saya rasa yg saya mkn thn lepas lagi sedap drpd skang.....die ada tmbh satu layer kt kek niii...

choc kek....sedap jugakkkk

budak ni mkn spageti bersoskan tomato je....
Related Posts with Thumbnails