Assalamualaikum sume,
En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.
Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.
Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.
1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
***Betul sgt ni...bile kite membandingkan hidup kite ngan org lain, mulala rasa iri hati, rasa tak best ngan hidup sendiri, rasa tak bersyukur...sume perasaan negatif la....then, kite jadi muram n sedih je...***
2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.
***POSITIF..POSITIF..POSITIF!!! Aura negatif tu selalu membuatkan kite sedih...terus rasa tak happy***
3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.
4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.
5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.
7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.
8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.
***betul sangat ni...janganla nak harapkan org lain especially husband ke, kawan ke nk gembirakan diri sendiri...Diri sendiri je yang tahu benda apa yang bole membuatkan diri ni HAPPY selalu...sebab tu, dalam hidup ni, aku tak pernah harapkan orang lain....**
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.
13. Senyum dan tertawa selalu. ***YES....senyuman itu suatu sedekah kannnn!!!***
14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
15. Hubungi keluarga kamu selalu.
16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.
17. Maafkan orang lain.
18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.
19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.
21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.
22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.
23. Tuhan itu penyembuhan.
24. Buat perkara yang betul.
25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.
26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.
27. Yang terbaik akan datang kemudian.
28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.
29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.
30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.
Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.
Menarik utk dikongsikn bersama..😊😊😊
Sumber drpd Whatsapp message.
2 comments:
Sentap bertubi-tubi baca entri ni~ huhuhu T_T salam jumaat kak :)
Berguna sangat pesanan arwah,nice sharing...
Post a Comment