Search This Blog

Wednesday, January 10, 2018

Jauh lagi perjalanan hidup kita


*_PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA*_

*Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati*

*Jahat atau Baiknya kita...*
*Solat jangan ditinggalkan.*
*Solat Bukan sebab kita baik.*
*Solat sebab perintah Allah.*
*Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...*

*Ada orang tidak dpt Nikmat pun dlm solat...renung sejenak,  apa kah solat kita sekadar perlakuan solat ?*

*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...*
*Berapa Ramai yang  berkejar-kejaran Mencari duit, harta kekayaan Tanpa solat...?*
*Rezeki sentiasa dirasa tidak pernah cukup...*
*Kerana  kita merasa duit adalah segala2nya.*
*Maka kita menjadi hamba kepada duit...*

*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.*
*Jika tidak, sudah pasti Gunung yg hendak di tukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...*

*Syukur Tanpa hilang Allah...itu lah perjuangan hidup...*
*Yakinlah dgn solat...solat Akan merubah seluruh Kehidupan kita...*

*Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup...*

*Kalau dah mati...*
*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus...*
*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...*
*Sedekah masa hidup itu bonus...*
*Ilmu yg di kongsi itu bonus...*

*Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati...*
*Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...*

*Takut mcm mana pun dengan mati...tetap Akan mati...*
*Berani mcm mana pun...tetap Akan mati*
*Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...*
*Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya...*
*Mati itu pasti...*
*Sakaratul maut itu pasti...*
*Alam barzakh itu pasti...*
*Ingat mati...*
*Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun...*

*Kita tak bawa segunung harta setelah mati.*

*Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekalian alam...*

*Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik*

*Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai*

*Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan*

*Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu*

*Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri*

*Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza*

*Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya*

*KITA BUKAN SIAPA-SIAPA UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA*

*_Semoga bermanfaat._*

4 comments:

Hanachie said...

Dengan tiba-tiba Hana sentap seketika~hihih ^^ Thanks untuk entri yang memberi kesedaran <3 Innshaallah akak dapat saham akhirat daripada dakwah ini.

cikyan said...

entah bila kita akn mati kan.. takutnya... hmmm

ray said...

good read here. thnx for the reminder

mamapp said...

Iye.. solat itulah tiang agama..

Related Posts with Thumbnails