Search This Blog

Thursday, March 22, 2018

Percutian Mewah di Parkroyal Kuala Lumpur

Percutian Mewah di Parkroyal Kuala Lumpur | Salam & Hai korang ! Sempena musim cuti sekolah ni, jom lepak di Kota Bandaraya Kuala Lumpur! Alang-alang boleh la pergi Jalan TAR, Masjid India, Pavilion, Mid Valley, Sunway Putra Mall dan banyak lagi la tempat yang boleh kita habiskan duit! Hahaha. Bukan itu saja guys, kita juga boleh pergi Taman Rama-rama, Tugu Negara, Muzium Negara, KLCC, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi laaa! Tapi bila sebut Bnadaraya Kuala Lumpur mesti semua risau kan nak menginap di hotel mana. Yela kat KL tu hotel-hotel yang ada semua yang mewah-mewah, grand grand.. Ishh takot pulak nak stay kat hotel camtuh! Tapi, kalau nak stay kat hotel bajet pulak takot tak selesa la, tempat yang terpencil la..aishh masalah betul kan. But! Dengan menginap di Parkroyal Kuala Lumpur korang boleh menikmati hotel yang selesa dengan tempat yang sangat strategic di tengah Kota Bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Bukit Bintang! Yang paling penting harga yang ditawarkan bermula dari RM200 saja u olls!


kuala lumpur
PARK ROYAL tersergam indah di tengah kota raya Kuala Lumpur
Parkroyal Kuala Lumpur ni berhampiran dengan pusat membeli belah yang popular di sekitar Kuala Lumpur antaranya ialah Sungei Wang Plaza, KLCC, Lowyat Plaza, Berjaya Times Square dan banyaklagi! Yang bestnya korang kan, di Parkroyal Kuala Lumpur ni korang boleh naik Monorel jer untuk ke tempat-tempat yang aku sebut tadi. Mudah sangat nak dapatkan pengangkutn awam di sekitar hotel ni. Tak perlu la korang bersusah payah nak drive kereta nak tempuh kesesakan jalan raya, buat pening kepala jer wei! Naik jer Monorel, LRT, Uber or Grab car, senang jer..hehehe. Dah alang-alang datang kuala Lumpur ni, korang boleh la pergi ke Aquaria yang terletak di KLCC. Tiket nak masuk bermula dari RM30++ tak silap aku. Selain itu korang juga boleh makan di Restoran berpusing iaitu di Menara Kuala Lumpur dimana, korang boleh menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur sambil menikmati makanan yang telah disediakan di sana.. Pergghhh! Best la u ollss!!

Untuk pengetahuan korang, Parkroyal Kuala Lumpur menyediakan enam jenis pilihan bilik yang sangat selesa dimana setiap bilik dilengkapi dengan alat penyaman udara, TV Satelit, alat membuat the/kopi, peralatan mandi yang lengkap, serta banyak lagi. Kalau korang nak tahu la kan, Parkroyal Kuala lumpur juga menyediakan bilik yang menawarkan permandangan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur! Boleh la korang menikmati keindahan permandangan Kuala Lumpur pada waktu malam..Cantik sangat guys! Okay now aku nak cerita antara kemudahan yang disediakan di sini antaranya ialah parking peribadi untuk penginap yang menginap di sini, so u guys boleh la park kereta korang di sini dengan selamat tanpa rasa ragu-ragu sebab di sini ada guard yang akan meninjau keselamatan kereta korang. Tapi korang akan dikenakan bayaran la kalau park kereta di sini, alaa tak mahal pon..harga yang dikenakan juga sangat berbaloi okay! Selain itu, di sini juga mempunyai kolam renang kanak-kanak dan kolam renang orang dewasa, so boleh la korang beriadah bersama family pada waktu petang di kolam renang yang telah disediakan ni. Kalau ada antara korang yang suka melakukan aktiviti senaman badan, korang boleh la pergi ke pusat kecergasan yang telah disediakan di hotel ni. Gunakan jer kemudahan yang ada di sini sebab nanti korang akan rasa rugi taw..bukan selalu kan datang menginap di Parkroyal Kuala Lumpur ni.
deluxe room
Deluxe twin room

Superrior Queen Room

Restoran juga ada disediakan di sini okay, kalau korang nak tahu, di restoran ni juga ada menyediakan makanan tempatan dan makanan barat. Yang paling penting u olls, makanan yang disediakan di sini sangat sedap! Dah la sedap, harga pula perghh!! Sangat bersesuaian dengan makanan yang telah disediakan! Rasa sekali nak lagi! hehehe makan la korang sampai kenyang, tak perlu la nak pikir nak cari makanan kat mana dah okay! Sebenarnya banyak lagi kemudahan yang ada di sini. Korang boleh la survey dengan menaip Parkroyal Kuala Lumpur di laman sesawang traveloka.com untuk mengetahui dengan lebih details! Korang juga boleh dapatkan best price on Parkroyal Kuala Lumpur di website atau apps traveloka. Wait no more!

8 comments:

Ana Suhana said...

Mewah nampak bilik2 tu. Lokasi pin strategik.

Dunia Zumal said...

Wah, menariknya. Teringin nak merasai penginapan mewah camtu

Abam Kie said...

dah hampir 3 thn x menginap di hotel krna bajet KPM x de. huhuhuhu....

Mimie said...

Besar dan luas. Kagum tengok bilik. Memangs elesa sangatlah.

mrhanafi said...

memang teringin juga nak pergi tempat begini..

tempat merehatkan badan ..

Suria Amanda said...

Teringin nak bawak kakak Dania bercuti tido kat hotel..dulu masa umur dia 5 tahun selalu buat..ni dah lama tak buat...kena repeat lagi ni

Sha Mohamed said...

Kalau dekat tengah town memang mudahlah.. Senang nak berjalan..

Cho Zila said...

menarikni... akak memang kalau cuti tak panjang dan rasa nak relax cari hotel kl2jer.. sampai kawan opis pun heran.... ok boleh masuk list... terima kasih untuk info...

Related Posts with Thumbnails