Assalamualaikum korang...
kali ni, sis nk share sket pasal kuman n bakteria ni...bkn ape..sejak jd mak2 ni, sis takut sgt kalo ank2 terkena jangkitan selsema atau demam....sebab, dorang ni susah sgt nk sembuh...so, selalu berigt2 pasal kuman dan bakteria nii..
So, ni cite drpd sorang pharmacist di sebuah hospital...bukan drpd sis ye...sis nk rasa info ni sgt2 penting. sbb tu sis share kat sini..
"Sebagai pharmacist di hospital kerajaan, saya tak larat bila ada pesakit cakap macam ni:
Puan A: Boleh tak saya nak antibiotik yang warna merah tu? Yang tu je 'ngam' dengan anak saya.
Saya: Hmm? Antibiotik jenis apa puan? Dulu dia sakit apa?
Puan A: Jangkitan kulit. Nama ubat tu saya tak ingat laa..
Saya: Oh tak boleh la nak pakai anibiotik tu. Sekarang dia cirit birit, kena pakai antibiotik jenis lain. Lain kuman, lain antibiotik yang kita kena pakai
Puan A: Oooooo
Okey, cakap pasal jangkitan, saya nak tanya, korang tahu tak apa beza benda-benda ni: Kuman. Bakteria. Virus. Fungus.
Saya rasa sepatutya semua orang sepatutnya tahu. Kita ada belajar pasal benda ni dulu, dalam subjek Sains. Tapi saya rasa ramai yang mungkin tak ingat sebab dulu-dulu belajar untuk pass exam je kan? Hihi. ^^;;
InsyaAllah saya akan cuba terangkan sikit demi sedikit.
Kuman
Kuman ni terminologi yang pada saya, agak ambigous. Kuman sebenarnya merujuk kepada 'germ' iaitu terma yang merangkumi pelbagai jenis mikroorganisma yang membawa keburukan pada manusia.
Tapi ada juga orang yang merujuk spesifik kepada 'bakteria' apabila menggunakan perkataan 'kuman'. So, kalau korang ada diberitahu korang dijangkiti 'kuman' bagus lah juga korang tanya untuk specify kuman jenis apa yang korang dapat tu.
Kebanyakan kuman adalah parasit yang membawa keburukan pada manusia. Parasit merujuk kepada hidupan yang menumpang hidup dengan hidupan lain tanpa memberi faedah kepada hidupan tu dan juga membahayakan hidupan yang dia tumpang tu.
Bakteria
Saya nak mulakan dengan 'bakteria'. Bakteria ni adalah mikroorganisma unisel. Maksudnya dia ada satu sel sahaja. Struktur sel dia pun simple berbanding dengan dengan hidupan multisel macam manusia. Dengan kata lain, perbezaan fugsi sel bakteria dan sel manusia sangat banyak.
Contoh penyakit yang dibawa oleh bakteria: kolera (cirit birit), pneumonia (sejenis jangkitan paru paru), cellulitis (sejenis jangkitan kulit)
Bakteria E. coli, dilihat di bawah mikroskop
Ubat untuk membunuh bakteria dipanggil antibiotik. Ada banyak jenis antibiotik. Setiap antibiotik bertindak untuk membunuh bakteria melalui pelbagai strategi. Contohnya:
1) Dengan cara memusnahkan dinding sel bakteria dan menyebabkan bakteria mati
2) Dengan mengganggu replikasi DNA bakteria dan menyebabkan bakteria tak dapat membiak
3) Menganggu metabolisma bakteria dan menyebabkan kitaran hidup bakteria terganggu
Disebabkan sel bakteria ni berbeza dengan sel manusia, secara amnya antibiotik sangat spesifik dan hanya akan membunuh sel bakteria.
Tapi anda perlu tahu, bakteria yang berbeza hanya boleh dibunuh dengan antibiotik tertentu. Antibiotik untuk bunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan kulit mungkin tidak boleh membunuh bakteria yang menyebabkan anda cirit birit. Jadi jangan makan ubat sembarangan tanpa nasihat doktor/pharmacist!
Fungus
Saya mahu pergi ke fungus dulu. Dalam bahasa orang tempatan, fungus ni juga dipanggil kulat. Contoh jangkitan daripada fungus: athlete's foot (yang menyebabkan kaki bau busuk tu), oral candidiasis (putih-putih dalam mulut, bayi selalu kena), dan vaginal candidiasis (keputihan)
Fungus ni, lebih kompleks berbanding bakteria. Ada yang unisel, ada yang multisel. Jadi, fungus ni lebih banyak persamaan dengan sel manusia.
Disebabkan itu, antifungal yang digunakan untuk membunuh jangkitan fungus secaranya amnya adalah lebih toksik kepada manusia. T__T
Kebanyakan ubat antifungal target ergosterol, sejenis bahan yang hanya terdapat di dalam fungus dan protozoa, tapi takde dalam manusia. Tapi walaupun takde dalam manusia, struktur kimia ergosterol agak menyerupai sterol di dalam manusia, so masih lagi ada kemungkinan untuk menganggu sel manusia juga.
Fungus juga secara amnya lebih susah untuk dibunuh. Kalau untuk krim antifungal, biasanya farmasi akan suruh sapu lagi seminggu selepas jangkitan kulit hilang untuk elakkan jangkitan fungus tu datang balik.
Salah satu problem fungus ialah diorang ni boleh menghasilkan spora (biji benih untuk diorang membiak). Fungus lebih mudah dibunuh, tapi spora ni tahan panas dan lebih sukar dimusnahkan.
Protozoa
Satu lagi hidupan unisel pembawa penyakit ialah protozoa. Sel protozoa agak kompleks. Diorang ni selalunya dijumpai berenang-renang dalam air. Dalam tanah pun ada.
Protozoa. Image source: https://en.wikipedia.org/wiki/Protozoa
Cantik kan? Nampak kompleks sebab ada banyak vacuoles. Ada cilia untuk berenang-renang. Contoh penyakit yang dibawa oleh protozoa ialah malaria dan toxoplamosis (penyakit yang boleh merebak melalui tahi kucing. jeng jeng!)
Dari segi ubat, sesetengah protozoa boleh dibunuh oleh antibiotik. Plasmodium, protozoa yang menyebabkan malaria, boleh dibunuh oleh pelbagai ubat spesifik untuk malaria.
Virus
Antara banyak-banyak mikroorganisma, virus ni la antara yang paling pelik. Sudah la sifat dia pun tak macam hidupan lain. In fact, korang boleh crystallize virus, dan lepas tu, diorang masih lagi aktif dan 'hidup' macam biasa.
Saiz virus sebenarnya saaaaangaaat kecil berbanding sel mikroorganisma lain. Bakteria saiz diorang dalam 5 mikrometer. Saiz virus dalam gambar ni sebenarnya dalam 20 nanometer sahaja, beratus-ratus kali ganda lagi kecil dari bakteria.
Kalau nak senang korang fikir, bayangkan kalau bakteria ni saiz dia 5 meter, virus ni pula cuma 2 cm je.
Tapi, kecil-kecil cili api.
Bagi saya lah, virus ni memang susah betul nak bunuh. Diorang kecil, suka sembunyi dalam sel manusia. Kerja diorang ialah hijack sel badan manusia supaya menghasilkan lebih banyak virus supaya diorang terus membiak. Satu sel manusia yang dijangkiti akan hasilkan lagi beribu2 lemon virus yang baru. Scary kan?
Nak bunuh memang susah. Diorang ni takde nukleus, takde dinding sel, cuma ada beberapa protein/enzim saja di badan diorang. So kita cuma boleh target protein-protein ni sahaja.
Sebab itulah, banyak penyakit yang disebabkan oleh virus masih tiada ubat sampai sekarang. Contoh: HIV, denggi, Zika virus. Ebola.
Kalau ada ubat pun, selalunya banyak kesan sampingan dan kurang efektif. Ada yang perlu ambil secepat mungkin sementara virus belum merebak secara luas. Contoh: ubat untuk influenza, dan demam campak.
Biasanya kalau virus, kita akan mengharapkan sistem imun badan kita sendiri yang bunuh virus tu. Allah dah jadikan sel darah putih kita ni pandai kesan virus dan hapuskan diorang. Sebab itulah kalau setakat demam selesema biasa, TAK PERLU ambil antibiotik.
Virus tu tak peduli pun dengan antibiotik tu. Buang duit korang je beli antibiotik. Yang penting, banyakkan rehat, dan minum air banyak sementara tunggu sel darah putih kita hapuskan virus demam selesema tu. Kalau suhu badan naik, cepat-cepat ambil ubat demam supaya tak menganggu sistem badan kita. (Badan kita berfungsi dengan baik hanya sekitar suhu 37 darjah selsius).
TAPI dalam kes HIV di mana virus tu serang sel darah putih, susah sikit lah nak sembuh. Sebab itulah kebanyakan orang yang menghidap HIV positif akhirnya akan meninggal akibat komplikasi kurang daya tahan badan disebabkan sistem imun badan sudah dimusnahkan oleh virus HIV.
Minta dijauhkan sajalah.
Saya harap dengan entry kali ni, korang akan lebih memahami jenis-jenis kuman pembawa penyakit. Dan anda juga diharapkan faham kenapa kadang-kadang tu sakit kulit juga, tapi lain jenis ubat yang kena kasi. InsyaAllah, lepas ni kalau berkesempatan saya akan tulis pula tentang antibiotik dan masalah antibiotic resistance (kerintangan antibiotik).
Okay, itu saja dari saya. Semoga bermanfaat! :)
source: someone share this info tru my whatsap grup...
2 comments:
singgah sini, less info lagi pasal virus and kuman2 ni. tq for sharing..
info bagus :D
Post a Comment