salam korang. harini genapla 5 tahun aku dinikahkan dengan suamiku. Alhamdulillah berjaya menempuh level 1 dalam perkahwinan ni. ramai yang kata tempoh 5 tahun ni adalah tempoh kenal mengenal hati budi masing2. banyak ups and downs, ...dan kesudahannye mestilah berbaik semula kan. Alhamdulillah...semoga perhubungan ini di redhai Allah dan berpanjangan sampai ke syurga.
nak share sket video ku masa perkahwinan kami 5 tahun lepas... :) masa tu malu2 kucing lagi...dan, kurus kering...skang ni....hahahah...masa berubah, berat badan pun berubah...hahahah
Search This Blog
Friday, March 30, 2018
Wednesday, March 28, 2018
BellaAmmara Raya Collection 2018
Salam korang. As for Wordless Wednesday today, i share to you guys baju raya untuk tahun ni...kalo ade sape2 yang berkenan, bole contact me ye... :) Ade perlbagai design: ade jubah, ade baju kurung, ade peplum. sume design ade...sape nak melaram untuk hari raya ni, jom order baju Bella Ammara ngan saya ye... :)
Labels:
baju raya,
baju raya 2018,
bellaammara,
fashion,
hijab,
jubah,
jubah muslimah,
personal shopper,
shopping
Monday, March 26, 2018
Journal For Mom Day 3: Mom life
Mom Life | Salam korang. ok da banyak hari skip challenge ni. So, arini kite sambung lagi pasal cabaran untuk journal for mom ni.
from google |
pergi kerja, cam biasa kena siapkan kerja kt ofis. tak sempat, nak siapkan kerja, da kena balik rumah. balik rumah ni, memang tak leh nk dok diam. ade je kerja nak kena wat. laundry memang kena wat tiap2 hari. kalo skip, memang akan menimbun bajunye. tapi, selalu skip jugak. so, terima la balsannye bile byk baju yang di basuh, banyak baju jugak yang kena lipat. part lipat baju yang lemah sangat tuuu.
Memang kena selalu masak untuk suami dan anak2. kadang2 da penat masak, dorang tak makan, so nk wat camne lagi, mak la yang kena habiskan. SO, end up mak yang gemuk bertambah2 lemak.
dan lagi satu, anak2 suka sepahkan permainan dorang. sape lagi kalo bukan mak2 dorang yang kutip. kadang geram jugak. sebab da train kakak yg sulung kutip dan simpan. tapi, cam biasa, dorang pandai main, simpannye tak jugak. At the end of the day, mak2 tukar jadi gergasi.
ok, cukup untuk arini. InsyaAllah, kalo mak tak busy bole update untuk hari ke-4 pulak.
Labels:
challenge,
life me,
life_as_a_mummy,
motivation
Thursday, March 22, 2018
Percutian Mewah di Parkroyal Kuala Lumpur
Percutian Mewah di Parkroyal Kuala Lumpur | Salam & Hai korang ! Sempena musim cuti sekolah ni, jom lepak di Kota Bandaraya Kuala Lumpur! Alang-alang boleh la pergi Jalan TAR, Masjid India, Pavilion, Mid Valley, Sunway Putra Mall dan banyak lagi la tempat yang boleh kita habiskan duit! Hahaha. Bukan itu saja guys, kita juga boleh pergi Taman Rama-rama, Tugu Negara, Muzium Negara, KLCC, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi laaa! Tapi bila sebut Bnadaraya Kuala Lumpur mesti semua risau kan nak menginap di hotel mana. Yela kat KL tu hotel-hotel yang ada semua yang mewah-mewah, grand grand.. Ishh takot pulak nak stay kat hotel camtuh! Tapi, kalau nak stay kat hotel bajet pulak takot tak selesa la, tempat yang terpencil la..aishh masalah betul kan. But! Dengan menginap di Parkroyal Kuala Lumpur korang boleh menikmati hotel yang selesa dengan tempat yang sangat strategic di tengah Kota Bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Bukit Bintang! Yang paling penting harga yang ditawarkan bermula dari RM200 saja u olls!
PARK ROYAL tersergam indah di tengah kota raya Kuala Lumpur |
Untuk pengetahuan korang, Parkroyal Kuala Lumpur menyediakan enam jenis pilihan bilik yang sangat selesa dimana setiap bilik dilengkapi dengan alat penyaman udara, TV Satelit, alat membuat the/kopi, peralatan mandi yang lengkap, serta banyak lagi. Kalau korang nak tahu la kan, Parkroyal Kuala lumpur juga menyediakan bilik yang menawarkan permandangan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur! Boleh la korang menikmati keindahan permandangan Kuala Lumpur pada waktu malam..Cantik sangat guys! Okay now aku nak cerita antara kemudahan yang disediakan di sini antaranya ialah parking peribadi untuk penginap yang menginap di sini, so u guys boleh la park kereta korang di sini dengan selamat tanpa rasa ragu-ragu sebab di sini ada guard yang akan meninjau keselamatan kereta korang. Tapi korang akan dikenakan bayaran la kalau park kereta di sini, alaa tak mahal pon..harga yang dikenakan juga sangat berbaloi okay! Selain itu, di sini juga mempunyai kolam renang kanak-kanak dan kolam renang orang dewasa, so boleh la korang beriadah bersama family pada waktu petang di kolam renang yang telah disediakan ni. Kalau ada antara korang yang suka melakukan aktiviti senaman badan, korang boleh la pergi ke pusat kecergasan yang telah disediakan di hotel ni. Gunakan jer kemudahan yang ada di sini sebab nanti korang akan rasa rugi taw..bukan selalu kan datang menginap di Parkroyal Kuala Lumpur ni.
Deluxe twin room |
Superrior Queen Room |
Labels:
hotel,
kualalumpur,
short_trip,
traveloka
Majlis kecil-kecilan untuk Anakku
Salam korang. Ni cite weekend yang lepas. Aku dan suami decided nk wat majlis kecil-kecilan untuk birthday boy - Adik Emir. Actually, ade dua org birthday boy n birthday girl. sorang lagi, sepupu Emir, Delisha. so, kitorang combine sekali dan wat makan2 di rumah aku. tukang masak untuk majlis ni adalah husband ku. ALhamdulillah, beliau sudi memerah keringat untuk masak nasi tomato dan ayam masak merah untuk majlis tu. memang yummilicious dan tambah berkali2. selain menu nasi tomato, aku order laksa dan kakak iparku sponsor mee goreng.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. majlis dihadiri oleh keluarga terdekat je. InsyaAllah, lain kali kite wat yang grand2 lagi...
Menu utama: Nasi Tomato, ayam masak merah dan jelatah timun. menu sampingan: laksa, mee goreng. dessert: buah tembikai, pisang, sosej dan fries. |
Birthday boy yg malu2 kucing, so aku yang beriya pakai topi. yang baju kuning tu, kakak delisha. |
Arissa yang bertema Princess Elsa FROZEN |
birthday boy baru bangun tido. so, agak moody sket. |
3 generasi: Atok, Mama, mak ngah dan anak mak ngah. |
Mama dan keluarga kakakku. terima kasih sudi memeriahkan majlis. |
Alhamdulillah semua berjalan lancar. majlis dihadiri oleh keluarga terdekat je. InsyaAllah, lain kali kite wat yang grand2 lagi...
Wednesday, March 21, 2018
Buffet Lunch at Eastern and Oriental Hotel
Salam korang. Lama jugak menghilang ni. korang camne. sihat ke. ni cite semalam. Buffet Lunch kt E&O. Makanan die memang sedap and pelbagai jenis makanan disediakan. Ade pasta, ade sushi, ade ikan bakar, kambing bakar, ayam panggang. dessert memang sedap la. Makan sampai kembung perut. Ape2pun, teambuilding kali ni memang best. makan banyak dan lepas tu, g buang lemak2 tepu ngan main bowling plak.
First Round |
Second Round Aglio Olio Pasta |
Thsird Round: Koey Teow Goreng |
Macam2 jenis kek |
cheese cake and pudding |
View daripada restaurant. sebelah je ngan pantai |
Souveniers |
E&O Hotel was established back in 1885 and since then has become one of the most recognized hotels in the Pearl Island. Often embarked as one of the best hotels with its sophisticated design overseeing the tranquil blue sea, Sarkies Corner is also a famous eatery among the locals and tourists alike. However, if you want to indulge a little bit, you might want to go for their dinner buffet. Give it a call and book your spot today!
Time: Buffet lunch : 12.00 pm – 3.00 pm
Buffet Dinner: 7.00 pm – 10.30 pm
Price:
- Buffet Lunch at RM 92.90
- Buffet Dinner at RM 139.90
Address: Eastern and Oriental Hotel, 10 Lebuh Farquahar, Chinatown, George Town, Penang, 10200, Georgetown, Penang
Tel: +604 – 222 2000 ext. 3175
Reservations: fbcentral.resv@eohotels.com for menu.
Wefie time!!!! |
Labels:
lunch,
teambuilding,
worklife
Friday, March 16, 2018
Small celebration for Emir's birthday
Salam Jumaat korang. da Jummat pun rini kan. cepatnye masa berlalu. ni cite ari Rabu yg lps. kitoang wat small celebration je. takde tiup2 lilin n potong kek pun. just mkn2 kek one slice and dinner as a small family. kedai yang menjadi pilihan kitorang is Secret Recipe. Kat area rumh kitorang ni, tak banyak pilihan utk mkn2 kek ni. so, tula satu2nye restaurant yg jd pilihan. agak mahal actually. tapi, servis marvelous sgt. staff peramah. makanan yg pesan tu dpt cepat sgt. dan makanan pun sedap. Sangat puas hati.
cam tula klo bawa anak2 mkn luar. sume tak duduk diam. mama nak makan pun tak senang. dorang wat kedai tu da cam rumah dorang je...hmmmm...sabar je la kann....tu la kids, dorang ni takleh nk duduk satu tempat, ade je bnda2 yang dorang nk wat. Tgk ank kt meja sebelah behave je. ank aku??? hahaha...nk tergelak jugakla...
Alhamdulillah, dapat jugak mkn sekali as a family. InsyaAllah, weekend ni br kite wat majlis mkn ramai2 plak ye.
Happy Birthday to Emir. Semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.
jom tgk2 menu apa yg ade |
Birthday Boy yg da msk 2 years old |
Pilihan ku adalah spageti marinara seafood. sedap n pedas. suka sgt. |
kakak plak yg over. nk dress up cam Belle. |
Birthday boy biasa je. kakak birthday boy yg over mlm tu |
Sit like a BOSS. |
cam tula klo bawa anak2 mkn luar. sume tak duduk diam. mama nak makan pun tak senang. dorang wat kedai tu da cam rumah dorang je...hmmmm...sabar je la kann....tu la kids, dorang ni takleh nk duduk satu tempat, ade je bnda2 yang dorang nk wat. Tgk ank kt meja sebelah behave je. ank aku??? hahaha...nk tergelak jugakla...
Alhamdulillah, dapat jugak mkn sekali as a family. InsyaAllah, weekend ni br kite wat majlis mkn ramai2 plak ye.
Happy Birthday to Emir. Semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.
Labels:
birthday,
dinner,
emir,
life me,
life_as_a_mummy
Wednesday, March 14, 2018
Happy Birthday to my Son
Happy Birthday to Adik Emir | Salam to all. Alhamdulillah, harini genap umur Adik Emir 2 tahun. Bersyukur sangat sepanjang 2 tahun ni, Adik Emir tak banyak kareanah nye. senang sgt nak jaga. semoga adik Emir membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ye. (panjang jugak entry aku kali ni, harap korang bole baca sampai habis....eh....)
Ingat lagi peristiwa 2 tahun yang lepas. Since aku tak penah coretkan pasal kelahiran adik Emir kat sini, so arini aku akn sharekan camne pengalaman melahirkan adik Emir. Ingat lagi petang 13 Mac tu, aku sempat lagi pegi jalan2 ke Vision Park, bawa anak ku yang perempuan bermain layang-layang2. Masa tu, aku memang tak rasa apa lg. So, duduk dan lepak2 je kat padang tgk anak perempuan ku Arissa berlari2 mengejar layang-layang dengan abahnye.
Malam tu, aku tidur agak lambat. Biasala bile da dekat dengan waktunye, slow2 aku wat preparation untuk masuk hospital. sediakan baju baby, baju aku nak di bawa ke hospital. tapi, aku wat slow2 je sebab tak jangka baby akan kuar awl. waktu tu, baru miggu-ke39. so, aku rasa awl lagi nk prepare beg ke hospital.
Sebelum memejamkan mata malam tu, aku da rasa sakit2 perut. rasa cam nak membuang ari besar atau rasa cam period paid yang mild je. So, ape lagi, aku pun berlari masuk toilet. Masa dlm tu, terkejut gak aku bile yang keluar tu, darah. Agak heavy jugak sampai pad pun tak dpt nak menampung darah tu. aku panggil husband aku yang masih kat bawah. Pada mulanya, aku decide nak tunggu je dulu kat rumah sebab tak sakit lg. tapi, bile tgk darah yang mengalir dan meleleh2 tu, terus husband aku risau dan bawa ke Hospital. Masa perjalanan, memang da rasa sakit contraction. jerit2 jugak masa tu.
Husband membawaku ke hospital yang berdekatan, Hospital Kepala Batas. Masa tu, dalam pukul 2pagi, macam biasa aku check in dulu dan disuruh tukar baju PINK hospital. Masa tu, sakit tu biasa2 je...kejap sakit, kejap tak....Nurse kat situ suh aku tido ats katil dalam satu bilik dan letak satu alat kat perut untuk monitor heart beat baby. Sebenarnye, alat tu sangat merimaskan aku. ye la, da la sakit rasa cam nak guling2. bile letak alat yang cam wayar tu, pergerakan aku sgt terbatas. aku tak bole pusing banyak sgt2. jalan pun tak bole. telentang je kat atas katil.
Setelah sejam aku terlantar atas katil, Nurse datang baca bacaan graf daripada mesin heart beat tu. Nurse tu kata graf tak cantik. aku pun tak tau gaya tak cantik tu camne....Terus dia pegi menelefon Doktor. Doktor datang dan tengok graf tu dan akui graf tu memang tak cantik. Oleh sebab, kat hospital tu takde pakar dlm O&G tu, dorang terpaksa menolak ku ke Hospital Seberang Jaya. Masa tu, husband aku masih kat hospital. Dorang gitau husbandku, dan aku dibawa menaiki ambulance. first time tu naik ambulance....hehe..tapi tak dpt nak menikamti sgt sebba dlm rasa sakit guling2 n pakcik driver pun bawa laju semacam je....rasa terumbang ambing je.
Sampai kat Hospital Seberang Jaya, aku di bawa terus ke wad bersalin. Kat situ pun, aku masih di monitor oleh machine heart beat tu....rimas sgt la.. sebab aku rasa cam nak jalan2 dan guling ngan sakit contraction tu...sambil baca suruh nabi Yunus n macam2 surah aku baca nak legakan sakit tu. Dalam pukul 6.30 pagi, ade sorang doktor, check heart beat and terus dia kata kena wat emergency Czer. sebab, graf sgtla tak cun. masa tu, husband aku tak sampai lg, hanya ku sorang je. dorang terus je hulur pen n kertas suh aku sign je...aku ngan sakit contraction tu ikut je la....SIGN dan dorang terus bawa aku ke Operation Room.
Dalam bilik tu, ade ramai org jugak. pakar bius ade. pakar bedah ade. Nurse ade. memang kelam kabut jugak dlm bilik tu. utk biuskan aku, dorang suh aku peluk bantal kuat sebab dorang nk cucuk kt tulang belakng. masa tu, memang tak rasa sakit kena cucuk sebab sakit kontraksion tu mengatasi sume sakit. sampai aku suh doktor tu cepat sket sebab sakit sgt. Lepas cucuk terus aku pengsan.
Tapi sebenarnye, aku dibius separuh badan je. masa dorang membelah dan mengambil baby drpd perut ku, memang terasa sangat. rasa cam orang godek2 kt perut ku ni. tak rasa ngilu ke ape. tapi rasa cam ade orang godek2 dalam perut. lps, baby da kua, aku tak dpt tgk baby lagi masa tu. Aku rasa cam tak bole bernafas dan ade nurse yang tnya aku masa tu. lepas tu, aku rasa lemah dan pengsan terus.
Bile terjaga, first thing yg aku tnye orang dekat aku, "Mana my baby?, saya nk tgk baby. saya nak bagi susu kat baby" tapi dorang kt situ, tak tau pasal baby. sebab tugas dorang kt situ menambah darah. Ye, aku kehilangan banyak darah masa operation dan kena tambah 1 bag of darah.
Lepas setel tambah darah, baru dorang menolak ku ke wad bersalin. aku diletakkan dalam bilik khas sebab kes aku agak rumit. doktor kena monitor closedly br aku bole direlease ke wad biasa. lepas beberapa minit, barula nurse bawa anakku. Ya Allah, tula masa yang ditunggu2. aku nak tgk anak aku je. husband aku pun ade jugak masa tu. Alhamdulillah, semuanye da selamat. Doktor kata nasib baik cepat sebab uri da lekang daripada baby, maknanye baby da tak terima segala oksigen drpd badan mak. Alhamdulillah, Allah selamatkan aku dan baby. rasa kelahiran kali ni agak tragis dan bersyukur sangat sebab semuanya da selesai.
Labels:
birthday,
life me,
life_as_a_mummy,
pregnancy
Tuesday, March 13, 2018
Journal for Mom Day 2: Kids Are FUNNY
Kids Are Funny | Assalamualaikum. da masuk hari kedua arini. sape yang kata kids tak funny, tipu sangat la kan. Suka sangat tengok telatah anak2. kalo balik rumah, tgk telatah dorang, terus terlupa keja2 yang melambak kat opis tu. Memek muka dorang pun selalu membuatkan kite tersenyum. kadang2 bole gelak terbahak2.
Macam anak ku yang no 2 tu, Adik Emir, dia tu cam pelawak sketla. Mak Ndak nye panggil die Pak Ude (alaa yang dlm Pi Mai Pi Mai Tang Tu tuuu) Maybe, sebab dia cam gemuk2 pendek...sama la cam Pak Ude tu. Lagi satu, bile berjalan o berlari, kepala adik Emir ke depan dulu....kadang2 memang nak tergelak cara lari dan jalan adik Emir tu. Lagi satu, dia suka angkat baju tunjuk perut dia. tau tak sebab apa? Nak suruh orang gomol2 la tu...bile gomol2 dia memang gelak guling2 laaa...
Kakak Arissa pun banyak telatah nye jugak. kakak ni sgt2 obses ngan FROZEN. sampai dlm hospital pun bole wat performance nyanyi lagu "Let It Go"...
Wanna be Princess Anna |
Sumber google.....lawak kan niii |
Ok, esk birthday adik Emir. da 2 tahun da....nnti, aku nak share pasal pengalaman melahirkan Adik Emir ni. agak tragis sket. Alhamdulillah, ibu dan anak dah selamat. :) (kalo tak, takdela penulis blog belovedtitin ni :) )
Labels:
challenge,
kids,
life,
life_as_a_mummy,
motivation
Monday, March 12, 2018
Journal for Mom Day 1: #parenting advise
Parenting advise | Salam korang..Hari Isnin yang busy. lambat sket bersiaran. cam biasa sabtu dan ahad akan skip update blog sbb busy ngan anak2. maklumla working mom. hari weekend je nk spend time ngan anak. tupun, tak cukup jugak. banyak kena setelkan hal rumah plak. mendobi, lipat baju....hmmm...dan bla..bla..bla...
So, untuk menepati challenge utk day 1, nasihat untuk ibu bapa:
Yes!! suka sgt ngan advise ni...kids memang sgt2 suka mengopi (eh..bukan minum kopi ye)...meniru tingkah laku org2 yang dekat ngan nye. especially ibu bapa la...so, ape2 yang dia lihat, nampak dan dengar, macam tu jugakla die akan cuba ikut.
Yang aku perasan ngan ank sulongku sorang...percakapan da ikut sebijik apa yang aku cakap...hmm..lps ni, nk cakap sesuatu kena bertapis sket. sebab nanti dia nk ikut ja apa yang kita cakap kan...
Labels:
life_as_a_mummy,
motivation,
parent
Friday, March 09, 2018
31 days of Journal Prompts for MOMs
Salam Jumaat | In the next 31 days, I'm going to take this challenge. Update blog everyday for 31 days... Please bear with me....arap2 la bole abiskan 31 hari of Journel ni ye....
sape nk join lagi...jom la ramai2 meriahkan lg suasana journal mak2 niii... :)
sape nk join lagi...jom la ramai2 meriahkan lg suasana journal mak2 niii... :)
Labels:
challenge,
giveaway,
life_as_a_mummy,
motivation
Happy international women day
Salam suma. Da hampir semggu tak update blog ni. Arap korang tak rindu la ye. Bz sket mggu ni. Tapi sempena Hari wanita ni nk update jugak kt sini.
I met lots of strong women. I think strong women are everywhere. And really they can live strong n steady without any helps from others. I really admire those strong women and i hope become strong women one day.
I met lots of strong women. I think strong women are everywhere. And really they can live strong n steady without any helps from others. I really admire those strong women and i hope become strong women one day.
Behind every SUCCESSFULL WOMAN is a tribe of other SUCCESFULL WOMEN who have her back |
Little GIRL wth dream become woman with VISIONs. |
TO stunning beautiful WOMEN who read my blog, i wish you,
HAPPY INTERNATIONAL WOMEN'S DAY
Friday, March 02, 2018
Tazkirah Hari Jumaat: ISTIDRAJ
Istidraj adalah kesenangan dan nikmat yang Allah berikan kepada orang yang jauh dari-Nya yang sebenarnya itu menjadi azab baginya apakah dia bertobat atau semakin jauh.
Sederhananya adalah, jika kita dapati seseorang yang semakin buruk kualitas ibadahnya, semakin tidak ikhlas, berkurang kuantitasnya, sementara maksiat semakin banyak, baik maksiat kepada Allah dan manusia, lalu rezki baginya Allah berikan melimpah ruah, kesenangan hidup begitu mudah didapatkan, tidak pernah sakit dan celaka, panjang umur, bahkan Allah berikan keluarbiasaan pada kekuatan tubuhnya. Maka, hati-hatilah bisa jadi ini adalah istidraj baginya, bukan karamah, secara beransur Allah menariknya dalam kebinasaan.
Yang seperti ini biasanya memang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan ahli maksiat. Sebagaimana keterangan berikut:
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan. (Ali ‘Imran: 178)
Ayat lain:
Apakah mereka mengira bahwa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (berarti bahwa), Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka tidak, sebenarnya mereka tidak sadar. (Al Mu’minun: 55-56)
Ayat lainnya:
Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan Perkataan ini (Alquran). nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui, (Al Qalam: 44)
Ayat lainnya:
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku”. sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. (Az Zumar: 49)
Tertulis dalam Tafsir Al Muyassar tentang ayat Az-Zumar 49 ini:
ولكن أكثرهم -لجهلهم وسوء ظنهم- لا يعلمون أن ذلك استدراج لهم من الله، وامتحان لهم على شكر النعم
Tetapi kebanyakan manusia –karena kebodohan dan buruknya prasangka mereka- tidak mengetahui bahwa hal itu merupakan istidraj dari Allah dan ujian bagi mereka agar mensyukuri nikmat. (Tafsir Al Muyassar, 1/464)
Hal ini juga dikabarkan oleh hadits Nabi dari ‘Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu ‘Anhu, bahwa Nabi bersabda:
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ، فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ” ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ} [الأنعام: 44]
Apabila engkau melihat Allah memberikan kepada seorang hamba berupa nikmat dunia yang disukainya padahal dia suka bermaksiat, maka itu hanyalah istidraj belaka, lalu Rasulullah membaca: Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. (Al An’am: 44). (HR. Ahmad No. 17311. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mentatakan: hasan. Lihat Ta’liq Musnad Ahmad No. 17311)
Begitulah istidraj.
Ada pun jika ada kenikmatan dunia diberikan kepada orang mu’min, shalih, ahli ibadah, bukan orang kafir dan ahli maksiat, maka itu merupakan nikmat Allah yang disegerakan baginya di dunia, atau bisa juga ujian untuk meninggikan lagi kedudukannya. Wallahu a’lam (farid/dakwatuna)
Sumber: https://www.dakwatuna.com/2015/11/02/76502/mengenal-maksud-dan-pengertian-istidraj/#ixzz58SvqZY3a
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook
Thursday, March 01, 2018
FEB TOP COMMENTATORS
Assalamualaikum korang. Alhamdulillah harini kite da masuk bulan Mac di tahun 2018 ni. aku ngan murah hati nak kasi hadiah untuk TOP COMMENTATORS utk bulan Feb.
So, mereka adalah blogger Amanda Suria [http://www.suriaamanda.com] dan Mama Tisya [http://mamatisya.blogspot.com/]. nanti, tinggalkan alamat kat bahagian komen ye. saya nak kasi hadiah. :) Terima kasih banyak sebab menyokong blog picisan saya ni...lepas ni, saya kena banyakkan entry lagi. sekang ni makin lama makin pemalas...hahaha... kepada mamapp, ana suhana dan blogger dunia zumal, terima kasih byk2 sebab selalu datang melawat blog saya ni. mungkin lepas ni korang bole jd top komenteor plak. teruskan komen di blog ni.
dan hadiah yang dorang akan dapat adalah merupakan Bella Ammara Lip Cream. it worth RM49. best sgt lip cream ni sebab high pigmented dan tahan lama. dan yang paling best ia tidak mengeringkan bibir.
sape yang berminat nk beli lipcream ni bole contact sy jugak ye. bole komen kat bawah je...
Ade 2 orang yang beri jumlah komen yang sama. |
dan hadiah yang dorang akan dapat adalah merupakan Bella Ammara Lip Cream. it worth RM49. best sgt lip cream ni sebab high pigmented dan tahan lama. dan yang paling best ia tidak mengeringkan bibir.
sape yang berminat nk beli lipcream ni bole contact sy jugak ye. bole komen kat bawah je...
Labels:
bellaammara,
contest,
top komen
Tutorial on how to repair Samsung S7 Edge LCD cracked.
Assalamualaikum. Sedih bile terkenangkan nasib phone ku. br 2 bulan tukar screen br, semlm kena tukar lagi. dah la nak tukar screen tu mahal...RM1200 uolss....hmmm....better beli phone lain...
aku igt phone tu ok je sebab kat luar mmg takde pecah langsung. tapi, bile buka phone, mmg white screen je....bile g tanye kedai phone n samsung katanye, LCD cracked....maybe kat dalam... OMG!!!.....luluhnya rasa hati...sedih sgt.... kaching kaching bakal terbang lagi.... :(
Btw, bile gugel pasal LCD cracked ni, bole nk repair sendiri. tp, still kena beli LCD yg super mahal tu....tpi takdela semahal RM1200 yang dicharge oleh SAMSUNG...
it's time to switch to another brand now... bye! bye! SAMSUNG... you are so fragile!!
aku igt phone tu ok je sebab kat luar mmg takde pecah langsung. tapi, bile buka phone, mmg white screen je....bile g tanye kedai phone n samsung katanye, LCD cracked....maybe kat dalam... OMG!!!.....luluhnya rasa hati...sedih sgt.... kaching kaching bakal terbang lagi.... :(
Btw, bile gugel pasal LCD cracked ni, bole nk repair sendiri. tp, still kena beli LCD yg super mahal tu....tpi takdela semahal RM1200 yang dicharge oleh SAMSUNG...
it's time to switch to another brand now... bye! bye! SAMSUNG... you are so fragile!!
Subscribe to:
Posts (Atom)