Search This Blog

Tuesday, January 23, 2018

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku dengan ikan goreng panas panas

Resepi masak lemak pucuk paku |  Assalamualaikum korang. harini baru masuk keja. semalam cuti Sultan Kedah Birthday. cuti tiga hari tu, aku tak kemana pun.. just spent time with my kids and main masak2 jugak.

Pagi Ahad, cik husband g pasar tani dan bawa balik pucuk paku....waaaa....dalam hati ni, sedap betul kalo wat masak lemak kann...so, ape lagi, aku terus masuk dapur dan start puch card....

ni, resepi yang aku guna:


Bahan-Bahan:
1 ikat pucuk paku
Segenggam ikan bilis
9 biji cili api – tumbuk (aku tak letak sebab nak bg anak2 yang kecil makan sekali)
1cm isi kunyit – tumbuk
2 biji bawang merah – tumbuk
1 batang serai – titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak:
1. Pucuk paku dibersihkan dan diambil hanya daun2 dan batang yg lembut. Ikan bilis dibersihkan dan di tumbuk kasar.
2. Masukkan pucuk paku dan ikan bilis ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air.
3. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan sikit air.
4. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat
tara....

*
*
*
*
*
*
masak lemak pucuk paku
SIAP!!! 



sambal merah
makan sekali dengan  sambal masak merah ikan temenung.



panas panas
Anak2ku memang suka makan ikan goreng panas2 niii...

1 comment:

Dunia Zumal said...

Dah lama tak makan...

Related Posts with Thumbnails