Search This Blog

Friday, January 19, 2018

Isu kembara sufi jadikan pengajaran. tips untuk traveler

Salam Jummat untuk semua...

Isu kembara sufi yang di tuduh cuba seludup duit melalui client dia tu patut di jadikan pengajaran buat traveller-traveller yang selalu singgah di airport.. issue ini berat...  bukan isu kecil... nasib baik duit kalau dadah?

Ade beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pon tak lalu bang...

1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya...apa lagi yang sudah siap di bungkus.. kalau barang2 baru yang di beli sebaiknya anda bungkus sendiri...supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control..

2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group2 travel.. biar la check in asing2 dan bayar lebih.. kita tak tau apa yang ade dalam bag kawan tu... kecuali travel buddies anda jenis boleh share spenda ngan anda ok la...

3. Jangan pernah biarkan begpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.. boleh membuatkan anda kehilangan nyawa... kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang2 terlarang di beg anda... kalau anda lepas beg anda akan di curi.. kalau anda xlepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir...

4. Jangan berbaik hati offer anda punya space luggage untuk orang2 yang overweight luggage yang berada di depan or di sebelah anda... kalau nak tolong die beri duit lebih baik untuk keselamatan anda dari beri space luggage anda... even telebih 1 2kilo jgn la bagi depa checkin beg bawah nama anda... kalau 1 2kilo tu semua ganja tak pasal2 masuk bawah akta 39B = mati

5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport... kalau ade orang mintak tolong suruh je dia letak dekat pondok polis,kaunter information atau mana la yang selamat untuk bag dia, yang penting bukan di tangan anda... walau yang mintak tolong tu maria ozawa sekali pon tolong la jangan pegang kan.

6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut, mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.. kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau...

7.jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana anda pergi walau ke toilet sekali pon takut di masukkan benda2 terlarang oleh sindiket2 tertentu...

Ada kisah benar, pasal seorang pemuda yang mana beliau sudah arwah di tali gantung.. semasa di airport berhampiran tandas seorang lelaki tergesa2 hendak masuk ke tandas (macam org cirit)dan meminta dia pegang briefcase dan terus berlari masuk ke toilet, kurang dari 5minit pemuda itu telah di kepung dan ternyata di dalam briefcase itu adalah dadah... lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah kemana..

Ps:- cerita ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu, kalau cerita ini tipu ambil je pengajaranya bukan persoalkan kerja polis..


snow di US
wat ais kepal n letak sirap sedap nii.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab masa aku travel g US, Allah melindungi ku. mungkin sebab masa tu, aku kesorangan dan masa tu aku hanya harapkan Allah untuk melindungi sepanjang perjalanan pergi dan balik. dan tips di  atas bolela kita ikut supaya kita lebih berhati2.

Apa-apa hal, happy traveling guys... stay safe... jangan baik sgt, selfish bertempat..

Sumber: Facebook

5 comments:

ai said...

Nice tips. Kadang tu niat kita ikhlas tapi lain pula jadinya. Yang penting bila dah banyak sangat kes macam ni, kita jadikan sahaja pengajaran dan ambil langkah berhati-hati.

Suria Amanda said...

ye setuju dengan titin...memang semua tu patut jadi peringatan..jangan menempah maut sendiri..nak- nak pergi tempat orang..jangan terlebih peramah walaupun orang yang kita jumpa tu seagama dan sebangsa sekalipun..

cikyan said...

good sharing sis..

bestnya oii main salji.. jeles !

Ana Suhana said...

Betul tu awak. Jangan sesekali nak share beg ke nak pegang kan barang ke dekat airport. Banyak penjenayah nak amik kesempatan dekat kita. Biarlah dorang merayu ke apa. Janji kita tak terlibat. Ingat lagi masa di airport sanahiada org ni nak minta shate luggage. Dia sanggup bayar katanya. Tapi kami tak benarkan. Bahaya kan.

Ann Ishak said...

thanks for the reminder, kadang2 kita selalu alpa dan ada yang cuba ambik kesempatan. yang penting kena beringat kan :D

Related Posts with Thumbnails