Salam Monday Blues untuk sume....
Jalan Jalan Cari Makan ala ala western di Bigbob Cafe | Disebabkan harini masih lagi terasa nak golek golek atas katil, kite post satu entry lagi...kali ni, pasal makan-makan....memang best kalo entri makan2 ni....(tu untuk aku la)..
Actually, first time aku makan kat sini. sebelum ni, tengok membe2 selalu post pasal makan kat sini. macam menarik pulak. sebab tu, masa en suami tanya nak makan kat mana, aku suggest nak makan kat BIGBOB Cafe ni.
Menu utama kat BIGBOB Cafe ni adalah western food. tapi, dorang ade sediakan ASIAN food seperti nasi goreng. Harga makanan kat sini adalah sangat berpatutan sepadan ngan jumlah makanan yang disediakan. bagi aku, makanan yang aku order quite a big portion. siap tapau bawa balik lagi.
Western menu untuk tatapan korang |
Starter menu pun ade |
Anak lelaki ku yang suka acah2 tido |
Oreo Smoothies (RM8.90)
Oreo smoothies ni nampak sangat menyelerakan. walaupun cuaca sejuk, terasa nak minum ice blended yang CHILL sangat... tapi, bile minum minuman yang bersusu ni membuatkan kite cepat kenyang.
Garlic bread & Mushroom soup (7.90)
Ade je tangan yang tak sabar nak makan tuu |
Sebenarnye, aku order French fries untuk anak2 ku. masa sampai je kat kedai ni, dorang da minta nak makan fries. tapi, malangnye, pekerja kat situ datang balik lepas 10 minit ambil order mengatakan fries da habis...terkejut gak la aku..sepatutnye dorang kena simpan stok yang banyak untuk fries. kata jual Western food kann.....so, terpaksa menukar menu ke mushroom soup. nasib baik anak2 ku suka jugak...berselera jugak dorang makan.
Suamiku order beef burger... |
chicken chop n cheese meleleh |
Aku order chicken parmiagana ni. sedap jugak chicken chopnye yang dicurah cheese meleleh ala2 chezza....di celup pulak dengan black paper source tuu.. Nyum..Nyum..memang sedap....tapi, disebabkan big portion, tak terdaya aku nak habiskan makanan tu. terpaksa tapau balik.
Alhamdulillah, fries yang dikatakan habis, ade dalam menu kami ni. so, anak2 ku makan dengan hati gembira.
muka ibu dan anak dara yang excited dapat makanan |
So overal, bolela aku recommend this BOGBOB CAFE untuk korang sume. sape yang terasa nak menikmati hidangan Western Food, bolela terjah ke cafe ni. Servis yang cepat walaupun ade banyak pelanggan, pekerja yang beruniform bersih, cekap dan kemas serta keadaan dan suasana Cafe yang nyaman dan selesa sesuai untuk kanak-kanak serta seisi keluarga.
Untuk maklumat lanjut, bolela check details kat bawah...klik je link kat bawah..
FACEBOOK_BIGBOB
IG_BIGBOB
9 comments:
Alaaaa...ingat kat KL...jauhnya kat Penang eh..
Nampak besar portion hidangan tu. Berbaloi dengan harga dia ye. Beef burger tu besar patty dia. Puas makan.
@Amanda Suria..... jln2 penang, bole singgah nnti...
@Ana Suhana... mmg berbaloi sangat
Adeh..jauhnye..ingat tadi area KL.. Baru nak terjah..
terliur kita wakkk hehe btw, sedap2 semuanya.
Terliur lak kita datang baca sebelum lunch ni...
nanti dtg penang, bole singgah mkn kt situ
memang berbaloi sangat
Post a Comment