Search This Blog

Tuesday, January 16, 2018

Tips Mengatasi Bibir Kering, Pecah dan Berdarah

Assalamualaikum korang,

Sebelum nak melangkah pulang ke rumah ni, elok benarla aku sharekan satu tips ni. actually, last week, aku mengalami bibir kering, pecah dan hampir berdarah. Ya Allah, pedih sangat. memang tak bole nak buka mulut pun.

Selepas aku discover, punca bibir pecah ni adalah kerana lipstik MAC yang aku pakai. aku pun tak sure kenape jadi camtu. sebabnye aku da pakai lisptik MAC tu kurang daripada setahun. takkan la da expired kan.

Lepas kejadian bibir pecah ni, terus aku berhenti pakai lipstik sampai ke hari ini. rasa fobia plak nak pakai lipstik ni. takut kejadian tu berulang lagi sekali. sekarang ni, aku pakai lip balm je yang di recommend oleh farmacis.

Alhamdulillah, lip balm herbals jenama HIMALAYA sangat serasi dengan bibir sensitifku ini walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. sampai ke hari ini, aku sentiasa mengoleskan bibirku dengan lip balm ni, kalo tak memang terasa kering sangat bibir ku.

Harga RM15.90 je beli kat kedai farmasi. Organic ingredients n non chemicals. 


lebih kurang camnila bibirku...tp, rasanye lebih teruk. sumber: google 

Bibir yang kering akan membuatkan kita hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai kerana ianya merupakan "first impression" apabila kita bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain.
Ia juga akan membuat kita rasa tidak selesa,menyakitkan dan merasa rimas.
Jom ketahui tips merawat bibir kering merekah dan mengelupas secara semulajadi. Semoga kita  sama - sama mendapat bibir yang mungil dan lembap sentiasa! (sumber daripada Google)

Mari kita lihat, apa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai rawatan bibir ! 

1. Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil

Minyak kelapa dara bukan sahaja baik untuk pemakanan dalaman, tetapi juga sangat baik sebagai agen pelembap semulajadi! Tuangkan 1-2 titis dan oleskan di bibir anda.

2. Madu
Madu disapu setiap hari dengan kerap dengan mengoleskan sedikit di jari.

3. Air Suam
Minumlah air suam sebanyak 8 gelas sehari dan ambil sehelai tuala dan rendamkan dengan air suam dan lap bibir yang kering sebelum memakai sebarang lipstick.

4. Gula dan Madu
Gunakan adunan gula dan madu sebagai lulur/scrub bibir 2 kali seminggu

5. Lidah Buaya 
Gunakan lidah buaya yang asli untuk dioleskan di bibir.

Elakkan menjilat bibir terlalu kerap juga dapat membantu mengurangkan bibir kering

4 comments:

Fatin Shahrizam said...

fatin selalu letak madu je kalau rajin. Hahaa tapi biasanya Fatin malas :p

Galaksi Viral said...

Salam perkenalan kak. GV follow blog akak ya. Tambah satu letak marjerin pun leh lembapkan dan merahkan bibir kan kak. huhu.

cikyan said...

good sharing sis.. kdg suka jugak jilat bibir.. pastu kering... aiishh.. sakit tu kalau mgelupas mcm tu.. huhu

Anonymous said...

saya pon ada bibir pecah2 ni sejak kecik lagi sob sob.. x comel terus

Related Posts with Thumbnails